Beriani Warisan Pak Ngah

Beriani Warisan Pak Ngah COME.EAT.ENJOY.SHARE Restaurat Dine In _ Table Reserve _ Delivery _ Take Away

24/10/2022

PETUA MASAKAN

1. Mencuci Kerang Dengan Mudah
Supaya mudah mencuci kerang, masukkan hampas kelapa bersama kerang didalam besen dan gaulkan bersama sedikit air. Tunggu beberapa ketika dan hasilnya kerang tadi akan bersih dan putih.

2. Jemput-jemput Sentiasa Lembut
Bancuh adunan jemput-jemput dengan air suam. Kemudian goreng seperti biasa. Hasilnya jemput-jemput anda akan sentiasa lembut, walaupun setelah ianya sejuk.

3. Menghilangkan Pahit Peria
Untuk menghilangkan pahit peria, cuba potong peria dan rendam didalam air berisi garam halus. Setelah lebih kurang 25 minit, toskan dan sedia untuk dimasak.

4. Ikan Tidak Melekat Dikuali
Ketika menggoreng ikan, perap ikan bersama asam gelugur. Kemudian goreng asam gelugur hingga hitam diikuti ikan. Hasilnya, ikan tidak melekat lagi.

5. Tauhu Tidak Melekat Dikuali
Tauhu akan melekat jika digoreng. Taburkan garam halus pada permukaan atas dan bawah tauhu sebelum digoreng. Hasilnya, tauhu tidak melekat lagi.

6. Membersihkan Perut Lembu
Untuk memutihkan perut lembu, rendam dan gaulkannya dengan bancuhan kapur sirih berserta rincikan daun pisang atau daun lalang. Lakukan beberapa ketika sebelum dibilas dengan air bersih.

7. Santan Tidak Berbau dan Tahan Lama
Bagi puan yang bekerja atau suri rumah mungkin bermasalah apabila santan diperah terlebih banyak. Untuk memastikan ia tidak berbau dan tahan lama masukkan dua/tiga cili padi kedalam santan dan simpan di dalam peti sejuk, insya-Allah santan tidak berbau dan tahan lama

8. Segarkan Taugeh
Taugeh akan menjadi segar walaupun berhari-hari sekiranya anda mencampurkan perahan air limau nipis ke dalam air tempat anda merendamkan taugeh. Tetapi pastikan anda menukar airnya setiap hari.

01/10/2022

SAMBAL GORENG BERAPII 🔥🔥

Bahan - Bahan

- bawang besar
- bawang putih
- cili padii merah + hijau ( ikut tahap kepedasan masing - masing )
- ikan biliss
- asam keping + serbuk perasa
- kualii legend ( ramuan utama sambal bertambah sedap )

Cara - cara

- goreng semuaa bahann
- kisar hancur
- goreng balik bahan kisar ikutt citaraa nak kering / basahh basahh
- makan dengan nasikk panass panas + telur mataa kuning telur cair 😋

Credit : Nuraini Hazirah Zulkefli Parenzas

01/10/2022
01/10/2022

Assalamualaikum

Bandaraya Melaka Berselawat Sempena Sambutan Maulidur Rasul 2022 | 1444H bersama Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid Dan Ustaz Azhar Idrus

Tarikh : 2 Oktober 2022 Bersamaan 5 Rabiulawal 1444H
Waktu : 8:00pm / Malam
Tempat : Dataran Bandaraya Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

🔴LIVE STREAMING media sosial rasmi Ustaz Wadi Annuar [ Facebook & YouTube ] pada jam 9:35pm/malam

Muslimin muslimat dijemput hadir dan digalakkan membawa tikar sendiri.

01/10/2022

Dengar di Radio IKIM... Ustaz Pahrol Mat Juoi kupas tentang LALAI. Mula² Ustaz kongsi tanda² LALAI.

Tanda2 LALAI antaranya:
1. Kurang membaca Al Quran
2. Kurang berzikir
3. Lalai dlm solat, kurang ingat pd Allah:
- Tidak fokus,
- Sering terlupa bilangan rakaat,
- Melewatkan solat,
- Kurang solat jemaah.
4. Banyak membuang masa utk hiburan, s**an & dimeja makan serta menonton tv.
5. Kurang @ malas berdoa. Kalau berdoa, tidak ada penghayatan, pakat hafal saja.
6. Sentiasa sibuk dgn urusan dunia; mudah stress.
7. Cara hidupnya menyerupai musuh Islam.
8. Tak berhati² dgn perkara yg syubhah & haram.
9. Tangguh utk bertaubat.
10. Malu utk belajar agama.
11. Bangun fikir nak makan apa & apa aku nak buat hari ini.

Ada juga Ustaz sebut:
_Jarak antara hati kita dgn ketenangan, ibarat jarak' kita dgn Al-Quran._

Pesan Ustaz:
_Beli Al Quran guna duit sendiri. Pilih ikut citarasa kita. Cakap dgn Al Quran tu, kita nak bersahabat dgn dia. (nak baca)_

Kemudian, Ustaz cerita tentang akibat LALAI:
1. Kurang semangat nak beribadah, tidak s**a baca Quran.
2. 'Bunuh' kebaikan yg kita buat, kita tak nampak berbuat baik itu suatu yg utama.
3. Hilang fokus dlm hidup.
4. Mudah lesu & buntu, sentiasa rasa esok masih ada & s**a tangguh beribadah & kerja soleh.

Sebab-Sebab LALAI:
1. Mengulang² dosa kecil sampai jadi kelaziman.
2. Berkawan dgn org² yg lalai.
3. Berada dlm persekitaran 'rosak'. (Cth: pergaulan bebas dgn bukan muhrim, dedah aurat & buat maksiat), berada di situ bukan utk tujuan berdakwah.
4. Tidak berzikir.
5. Terjerat dlm perancangan² licik musuh Islam. (Cth: berlebihan dlm mendengar lagu, tonton filem Yg melalaikan dll.

Cara² mengatasi LALAI:

1. Cari sahabat yg baik & soleh.
2. Hadiri majlis ilmu.
3. Bangun malam utk solat tahajjud.
4. Banyakkan zikir & taubat.
5. Rajin baca quran.
6. Bersangka baik pd org lain.
7. Pemaaf.
8. Ingat mati.
9. Kurangkan makan.
10. Amalkan sunnah Nabi saw.
11. Bersabar bersyukur & bertawakkal.

Na'uzubillahhi min zalik. Semoga tidak termasuk dalam golongan (lalai) ini.

30/09/2022

1 jam selepas subuh menentukan bagaimana hala tuju hidup kita.
Jadi, apakah yang perlu kita buat 1 jam selepas subuh?
1. Jangan tidur lepas subuh. Ia menutup banyak pintu rezeki malah akan membuatkan tubuh jadi lemah. Kalau terlalu penat, tunggu waktu syuruk jam 7.00 pagi ke atas. Dan selepas itu rehatlah tak mengapa.
2. Biasakan untuk mandi dan bersihkan diri. Mandi sebelum dan selepas subuh akan membantu sistem badan menjadi segar dan sihat. Juga membuatkan wajah menjadi awet muda. Cubalah!
3. Sarapan. Makan sikit diwaktu pagi membuatkan sistem penghadaman akan berfungsi dengan baik. Ambil sepotong roti pun takpe. Segelas susu dan kopi pun baik. Janji makan atau minum sikit.
4. Ini yang terpenting. Baca Al Quran. Zikir. Selawat. Nak buat atau nak baca atau nak pasang sahaja di Youtube pun tak mengapa. Asalkan kita niat untuk memberi makan buat hati. Hati akan jadi kuat dan tidak akan lemah.
1 jam kita buat semua ini, insyaAllah hidup akan bermakna.
Dan kita mampu melangkah lebih jauh dan bertenaga.
Kredit : ustaz Abu Hurairah Asifa

17/07/2022
17/06/2022

6 TIPS MEREBUS JAGUNG..

1. Jangan tambah garam semasa merebus jagung. ia akan keraskan isi jagung anda. Selepas masak baru taburkan sedikit garam halus.

2. Semasa rebus jagung tambah sedikit gula dalam air rebusan jagung untuk rasa yang sedap.
3. Jagung segar yang dibeli jangan biarkan diluar, ia akan kehilangan kemanisan semula jadi. Kalau jagung segar, terus simpan di peti sejuk. Jagung segar masih kehijaun kulitnya.

4. Cara rebus jagung , biarkan air mendidih dan masukkan jagung yang telah kupas, bila air mendidih semula, kecilkan api dapur dan rebus dlm keadaan reneh (simmering) dalam 5-10 minit sudah mencukupi.

5. Selepas jagung masak, boleh sapukan butter dan taburkan sedikit garam dan sedikit serbuk lada putih.

6. Kalau anda ada tanam jagung, petik jagung waktu pagi dan kalau ingin simpan biar simpan di peti sejuk.

Alhamdulillah pelanggan2 kami sepanjang ramadhan & open house raya 2022. Hanya sebahagian yg sempat kami rakam tanda men...
09/06/2022

Alhamdulillah pelanggan2 kami sepanjang ramadhan & open house raya 2022. Hanya sebahagian yg sempat kami rakam tanda menghargai 💐
Terima kasih terus support kami 🙌
Salam Perkenalan 😃

Address

No 41, Jalan MP 1 , Taman Merdeka Permai, Batu Berendam Melaka
Malacca City
75350

Telephone

+60137196225

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Beriani Warisan Pak Ngah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share