Cocktailicious by NaAish

Cocktailicious by NaAish Nothing refreshes me more than this drink.

Fakta menarik tentang buah markisa!! Mesti ada kalangan anda tidak pernah dengar tentang buah ini kan? Ok jum kita tengo...
25/01/2023

Fakta menarik tentang buah markisa!!
Mesti ada kalangan anda tidak pernah dengar tentang buah ini kan? Ok jum kita tengok🥳

Buah markisa kelihatan sedikit pelik, yang mana ia tumbuh pada pokok yang menjalar, boleh membungkus dirinya hampir pada mana-mana permukaan yang berpaut padanya, dan mencari matahari. Tetapi jangan biarkan penampilan buah ini menipu anda. Ini kerana ia dimakan secara meluas di seluruh negara

-Buah markisa adalah sejenis beri.
-Biji buah ini boleh dimakan dan ia berkhasiat.
-Buah ini adalah makanan ringan kalori yang sangat baik. Satu hidangan buah ini hanya mempunyai 17 kalori.
-Terdapat lebih daripada 200 spesies tumbuhan markisa di Amazon.
-Buah yang mempunyai kulit sedikit berkedut sebenarnya adalah yang paling manis.
-Minyak yang diekstrak daripada biji buah ini adalah baik untuk sakit otot.
-Pisau dan sudu adalah semua yang anda perlukan untuk membuka dan mengeluarkan kebaikan di dalam buah ini.

Manfaat Apple Hijau untuk Ibu mengandung😍🫣Tubuh Moms selama kehamilan memerlukan nutrisi tambahan. Berikut ini merupakan...
25/01/2023

Manfaat Apple Hijau untuk Ibu mengandung😍🫣

Tubuh Moms selama kehamilan memerlukan nutrisi tambahan. Berikut ini merupakan manfaat mengambil epal hijau bagi ibu hamil

1. Baik untuk percernaan
Manfaat apel untuk ibu mengandung yang pertama adalah mencegah masalah pencernaan. Selama kehamilan menurut jurnal dari Obstetrics & Gynecology, Moms akan mengalami banyak masalah pencernaan seperti sembelit dan sindrom iritasi usus besar.

Apple hijau yang mengandungi banyak serat diyakini dapat membantu menjaga sistem pencernaan Moms dengan lancar.

2. Mencegah diabetes gestasional
Manfaat apel untuk ibu mengandung yang selanjutnya adalah mencegah diabetes gestasional. Diabetes gestasional sering terjadi selama kehamilan menurut National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases.

Tak hanya itu diabetes gestasional tersebut pun mampu menyebabkan komplikasi serius. Nah, manfaat konsumsi apel hijau bagi ibu mengandung ini dapat mengelola kadar gula darah dan menjaga diabetes gestasional sejauh mungkin.

3. Bagus untuk kulit
Manfaat epal untuk ibu mengandung yang selanjutnya adalah bagus untuk kulit. Indian Journal of Dermatology menjelaskan banyak ibu mengandung yang menderita masalah kulit. Hal ini pun bisa mengurangi rasa percaya diri Moms.

3 Kebaikan Buah Pisang🍌Assalamualaikum semua. Harini kami nk share pasal kebaikan buah pisang yang ramai tidak tahu🤔1. M...
25/01/2023

3 Kebaikan Buah Pisang🍌

Assalamualaikum semua. Harini kami nk share pasal kebaikan buah pisang yang ramai tidak tahu🤔

1. Menurunkan tekanan darah
-Oleh kerana buah pisang mengandungi kandungan kalium yang tinggi, ianya mampu untuk menurunkan tekanan darah. Kalium merupakan mineral yang akan menyebabkan saluran darah untuk mengembang lalu menurunkan tekanan darah. Selain itu, kandungan natrium di dalam buah pisang juga sangat rendah dan sangat sesuai untuk diambil oleh pesakit hipertensi.

2. Mengatasi masalah sembelit
-Tahukah anda bahawa buah pisang mampu untuk mencegah masalah sembelit ataupun kesukaran untuk membuang air besar. Hal ini kerana kandungan serat yang tidak terlarut yang terdapat di dalamnya seperti cellulose, hemicellulose dan alpha-glucans. Serat tidak terlarut adalah serat yang tidak akan tercerna oleh badan lalu akan menyumbang kepada penambahan isipadu najis lalu mencegah sembelit.

3. Memberikan rasa kenyang
-Buah pisang yang kaya dengan kandungan serat mampu untuk memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Hal ini kerana serat melambatkan proses pengosongan perut lalu membuatkan kita berasa kurang lapar. Pengambilannya sebelum memakan hidangan utama boleh mengurangkan pengambilan makanan.

Resipi Air Epal Asam Boi😍Cuaca panas2 ni best klau dapat minum air kan tambah2 lagi air epal asam boi😘😘Mari kami kongsik...
25/01/2023

Resipi Air Epal Asam Boi😍
Cuaca panas2 ni best klau dapat minum air kan tambah2 lagi air epal asam boi😘😘
Mari kami kongsikan resepinya
BAHAN-BAHANNYA
1 biji epal hijau
2 biji asam boi
3 sudu besar sirap gula
1 gelas air masak
Air batu hancur secukupnya
CARA MEMBUATNYA
1. Epal hijau dikupas kulitnya dan dibuang bijinya lalu dipotong kecil2
2. Masukkan kedalam juice blender sekali dengan sirap gula dan air masak
3. Blend kan sehingga betul2 sebati dan hancur epalnya
4. Ambil jusnya dan tuangkan ke dalam gelas
5. Masukkan asam boi dan diikuti air batu hancur dan sedia untuk dinikmati🤤

Alhamdulillah🫶🏻 Harini dapat feedback lagi dari customer kami😍
25/01/2023

Alhamdulillah🫶🏻 Harini dapat feedback lagi dari customer kami😍

Cara mengeratkan hubungan kekeluargaan 👨‍👩‍👧‍👧❤️1. Menyambut hari penting bersamaMenyambut hari penting setiap ahli kelu...
25/01/2023

Cara mengeratkan hubungan kekeluargaan 👨‍👩‍👧‍👧❤️

1. Menyambut hari penting bersama

Menyambut hari penting setiap ahli keluarga adalah cara mengeratkan hubungan ibu bapa dan anak. Dengan menyambut hari penting bersama, ia merupakan satu aktiviti yang sememangnya dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Hari penting yang dimaksudkan adalah hari lahir, hari ibu, hari bapa, hari kesyukuran dan sebagainya. Walau bagaimanapun, perkara ini semakin dilupakan oleh sesetengah keluarga disebabkan oleh beberapa faktor terutamanya faktor pekerjaan yang membuatkan mereka lupa akan hari-hari penting.

2. Beriadah bersama
Aktiviti riadah ini sangat sesuai dilakukan bersama keluarga bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan. Di samping dapat meluangkan masa bersama dan melakukan aktiviti bersama, ia dapat mengeratkan hubungan ibu bapa dan anak.

Aktiviti riadah di hujung minggu amat digalakkan bagi setiap keluarga supaya dapat mengeratkan lagi hubungan dan bagi membantu mengurangkan masalah stress di tempat kerja. Apa kata anda beriadah bersama keluarga selepas ini!

3. Memberikan pujian
Tidak salah untuk memuji sesama ahli keluarga sendiri bagi mengeratkan hubungan. Hal ini demikian kerana secara semulajadinya pujian tersebut akan membuatkan anak-anak merasa gembira. Diri juga akan terasa dihargai selain mengeratkan hubungan ibu bapa dan anak.

Anda boleh memuji mereka disaat mereka melakukan sesuatu seperti mengemas rumah, memasak, berusaha untuk belajar dan sebagainya. Oleh itu, memuji mampu mengeratkan lagi hubungan dan dapat menenangkan hati tatkala sedang marah,sedih atau kecewa.

Get ready dengan morning sale promo kami pagi ini !😍 Kami membuat promosi harga cocktail limit pada jam 7 pagi hingga 9 ...
24/01/2023

Get ready dengan morning sale promo kami pagi ini !😍 Kami membuat promosi harga cocktail limit pada jam 7 pagi hingga 9 pagi hanya ya. Jangan lepaskan peluang ini. Selamat malam semua 🥰

Feedback dari customer kesayangan kami 😍thank you order dari kami Cocktailicious by NaAish💓
24/01/2023

Feedback dari customer kesayangan kami 😍thank you order dari kami Cocktailicious by NaAish💓

Khasiat avokado untuk kecantikan💓🌸Avokado juga kaya dengan antioksidan seperti karotenoid, flavonoid dan asid lemak tak ...
24/01/2023

Khasiat avokado untuk kecantikan💓🌸

Avokado juga kaya dengan antioksidan seperti karotenoid, flavonoid dan asid lemak tak tepu yang baik untuk kulit. Jom semak manfaat avokado kepada kesihatan dan kecantikan kulit.


1. Mencegah kerosakan kulit

Dalam satu kajian yang dijalankan pada 2011, keputusan menunjukkan bahawa avokado mengandungi sebatian yang boleh membantu melindungi kulit anda daripada kerosakan matahari dan radang.
Seperti yang anda tahu, sinaran ultraviolet (UV) pada kulit boleh menyebabkan kedutan serta tanda-tanda penuaan lain dan kanser kulit.

Selain itu, kajian juga telah menunjukkan bahawa kedua-dua vitamin C dan vitamin E yang terdapat dalam avokado memainkan peranan penting dalam membantu melindungi kulit daripada kerosakan oksidatif yang disebabkan oleh matahari dan faktor persekitaran yang lain.

2. Meningkatkan keanjalan kulit

Dalam satu kajian yang dimuatkan di dalam Jurnal Pemakanan British pada 2010 mendapati terdapat hubungan antara keadaan kulit dan pengambilan lemak dan mikronutrien antioksidan. Kajian ini melibatkan lebih 700 orang wanita.

Para penyelidik membuat kesimpulan bahawa pengambilan lemak yang tinggi - terutamanya lemak tak tepu tunggal yang sihat, seperti lemak yang terdapat dalam avokado membantu meningkatkan keanjalan kulit dan mengurangkan penampilan kedutan.

3. Menghaluskan dan melembapkan kulit
Nutrisi yang terkandung di dalam pupur avokado sangat banyak dan salah satunya adalah steroline yang diketahui dapat menghaluskan dan melembapkan kulit wajah.

Selain itu, kandungan vitamin E dalam avokado juga dapat melembapkan kulit, sekali gus meningkatkan produksi kolagen.
Jadi tunggu apa lagi jum makan avokado 😘🥑

Hai assalamualaikum pelanggan Cocktailicious by NaAish semua.. hari ini kami mengadakan promosi happy hour kepada semua....
23/01/2023

Hai assalamualaikum pelanggan Cocktailicious by NaAish semua.. hari ini kami mengadakan promosi happy hour kepada semua. Valid untuk 2 jam pertama sahaja ye💓

Untuk customer kami yang setia, kami telah membuat menu cocktail terbaru iaitu cocktail strawberry special🍓🍓 wahh bestny...
23/01/2023

Untuk customer kami yang setia, kami telah membuat menu cocktail terbaru iaitu cocktail strawberry special🍓🍓 wahh bestnyaaa 😍 jum grab satu !

Sempena dengan Chinese new year kami telah mengadakan promosi untuk cocktail buah kami dengan harga yg menarik😍 hanya pa...
23/01/2023

Sempena dengan Chinese new year kami telah mengadakan promosi untuk cocktail buah kami dengan harga yg menarik😍 hanya pada hari ini sahaja ye😘

Address

Bukit Ilmu
Machang
18500

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cocktailicious by NaAish posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Cocktailicious by NaAish:

Share

Category