22/05/2021
Historic Story for Kedai Makan Kak Zan.
Kejayaan bukan di ukur dari jangka masa kita berniaga, tapi dari brapa b*k kita dapat hasilkan. Sebab tu ramai org bisnes, sekejap jew dia bisnes. Terus berjaya. Terus kaya.
B*k medium yang dapt di gunakan dewasa kini, terutamanya medsos.
Dulu orang tua bisnes secara 'kampung' atau konvensional. Medium iklan dari mulut ke mulut. Lambat tersebar, tapi bila dah tersebar cepat melekat.
Masih segar di ingatan dulu, masa tu kami berniaga di perumahan kos rendah di Padang Selising, masa tu aku kecik lagi( sekolah rendah). My mom kerja keras,utk membantu my 'unsung hero'.
Alhamdulillah, makin lama. Makin di kenali penduduk kampung. Tidak lama lepas tu, banyak peniaga baru, tumbuh macam cendawan selepas hujan.
Dalam hati kecil aku, yang di sertakan akal yang dangkal berfikir. Bertanya pada hati,
"haaaa sudoh, tok laku doh la keda aku"
Aku cuba bersuara dan berkongsi perasaan dengan my mom. Tapi jawapan dari my mom yang aku panggil 'ma' cukup mudah dan masih aku pegang sampai sekarang.
" Bia nyo nego la ore, ado rezeki dio gak ado. Nyo ado la rezeki kito tu" . Ore cemuh masakan kito, ore gi tra lain pulok. Pusing g, pusing mari lagu tu la.
Jawapan membuat minda kecil aku terdiam tanpa jawapan, sehingga 20 tahun selepas itu baru aku faham selepas aku sendiri menguruskan kedai makan sekarang.
Pengalaman adalah pembelajaran paling berharga, untuk raih sesuatu perlukan ilmu. Ilmu perlu di cari, pastikan kemahiran di asah terus terusan, mengelakkan dari berkarat.
Walaupun dah almost 20tahun + kami bisnes. Kami belum dapat pakai ferari atau lambo. Cuma kami bahagia dengan cara kami.
Dunia beredar mengikut arus masa, siapa kita mahu tentukan apa yang terjadi di hari muka. Berjalan seiring bagi mengelakkan di tinggal.
Jadikan perniagaan satu ibadah, suntikkan dalam diri dan minda dengan nilai positif supaya kita kuat dan tabah utk menghadapi setiap dugaan yang mendatang.