20/06/2023
SIAPA SINI PENGGEMAR COKLAT? 🍫
Buat coklat sendiri atau homemade ni tak susah mana. Mari kami kongsikan cara menyediakan coklat 👨🍳
Dengan dua bahan utama ni je untuk buat coklat buatan sendiri, yang pasti sedap hasil di rumah. 🥣🍫
Resipi:
1) Coklat compound - Anda boleh pilih samaada ingin menggunakan coklat gelap (dark chocolate), coklat putih (white chocolate) atau coklat susu (milk chocolate). Kalau nak rasa yang tak terlalu manis boleh gunakan coklat gelap.
2) Bahan-bahan untuk ditambah seperti kismis, almond, kacang tanah dan sebagainya.
Coklat compound ada banyak jenama yang boleh anda beli. Antara jenama yang popular dan yang selalu digunakan untuk homemade chocolate adalah brand Beryl's, Colatta, Selborne. jenama Beryl's lebih sedap dan coklat dia senang nak dicairkan dan dibekukan.
Alatan:
1) Coklat mould yang mempunyai pelbagai bentuk seperti bentuk hati, bentuk bunga ros, bentuk geometri.
2) Piping bag untuk memudahkan anda memasukkan coklat cair ke dalam mould.
3) Periuk kukus untuk kerja mencairkan coklat compound.
Cara membuat coklat:
1) Panaskan air dalam satu bekas, letakkan coklat dalam bekas lain dan masukkan bekas yang mengandungi coklat tadi dalam air yang sedang dipanaskan.
2) Kacau coklat tersebut sehingga cair, tambahkan sedikit cocoa-butter atau marjerin. Gunakan api sederhana kecil semasa mencairkan coklat, bagi mengelakkan hangus atau rasa hangit.
3) Setelah coklat cair, isikan coklat tersebut ke dalam piping. masukkan cairan coklat tersebut ke dalam mould
4) Jika anda ingin meletakkan bahan lain, masukkan coklat cair separuh sahaja ke dalam mould coklat. Sejukkan lapisan tersebut di dalam peti ais. Bila sudah agak-agak keras sedikit, letakkan bahan lain tersebut di atas lapisan tadi. Kemudian sambung semula kerja memasukkan coklat cair untuk menutup bahagian coklat anda.
5) Ketukkan sikit kerangka mould coklat anda supaya coklat jadi padat dalam mould tersebut.
6) Sejukkan dalam peti ais. Letakkan di bahagian bawah, bukan sejuk beku.
7) Biarkan dalam 30 minit sehingga 1 jam dan siap
📲 Info lanjut sila klik link:
http://www.wasap.my/601162210738/Nakorderpopis
http://www.wasap.my/60175815208/Nakorderpopis