Ketandusan idea memilih tempat makan bersama keluarga atau teman-teman di sekitar jajahan Manjung?? The answer is YES absolutely think 'bout 'Thukang Bakar"!! Menghidangkan makanan laut segar yang dipanggang bersama sos sambal istimewa dengan adunan resipi unik dan disulam bersama hidangan nasi lemak bungkus yang penuh aroma pastinya akan membuatkan anda pulang ke rumah dengan "kenyang perut s**a
hati"!. Antara pilihan makanan laut segar yang dihidangkan ialah ikan Pari,Siakap,Kembong,Sotong dan Lala. 'LALA CHILLI' adalah menu 'Terantok' di Thukang Bakar dan pastinya anda akan teringat-ingat selepas menikmatinya. In Sha Allah menu Chilli Crab juga akan dihidangkan di masa akan datang. Serba sedikit mengenai 'Thukang Bakar', ditubuhkan pada 5 April 2013 memulakan operasi sulungnya di Lumut Waterfront Bistro. Pada awalnya kami memulakan perniagaan secara kecil-kecilan di Bazar Ramadhan Seri Manjung pada tahun 2011 dengan nama 'Ikan Bakar Pak Jabit'. Sambutannya amatlah mengalakkan sehingga Ikan Bakar Pak Jabit mempunyai peminatnya tersendiri. Kelainan ikan bakar kami adalah ikan yang dibakar bersama sambal. Sambal kami diadun dengan resipi rahsia yang pedas manis dan lazat menjadikan ikan bakar kami lain dari yang lain. Bermula dari sinilah visi dan misi 'Thukang Bakar' bermula. Alhamdulillah berkat semangat dan izin Allah SWT 'Thukang Bakar' kini bersedia melayan kehendak peminat Ikan Bakar seluruh Malaysia! Business Detail:-
Location : Thukang Bakar, Lot B2, Lumut Waterfront Bistro, 32100 Lumut, Perak Darul Ridzuan. (bersebelahan Terminal jetty Lumut-Pangkor). Operation hours : 6pm-12am. Operation day : Selasa hingga Ahad (perniagaan ditutup setiap hari Isnin)
Contact : 011-2644 1663, 019-352 8875
Email : [email protected]
Selamat menjamu selera kepada semua 'Thukang Bakar' maniacs! In Sha Allah the best fish grilled will always serve hot on your table!
**'Masak dari hati, dia punyer sedap 'Terantok' beb!!!...."