15/10/2026
Ramai tak tahu, dekat Ayam Bismi Langkawi kita guna ice flakes untuk membantu mengekalkan kesegaran ayam tau! 🧊🐔
Ice flakes ni ais yang berbentuk kepingan nipis. Ia membantu menyejukkan ayam dan mengekalkan suhu yang sesuai supaya kualiti ayam terjaga sepanjang penyimpanan di kedai.
Bagi kami, jual ayam bukan sekadar pastikan ayam cukup untuk pelanggan. Tapi kami juga kena ambil berat tentang cara ayam disimpan dan dikendalikan.
Sebab itulah setiap perkara kecil dalam operasi kedai pun penting. Kami nak pelanggan bukan saja dapat ayam yang segar, tapi juga yakin dengan penjagaan ayam yang kami utamakan. ❤️
Ayam Bismi Langkawi, Ayam Sihat, Keluarga Sihat! Dari Ladang kami🐔