Tanjung Tirai View Cafe

Call Directions Website Contact the business

Tanjung Tirai View Cafe Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Tanjung Tirai View Cafe, Malaysian restaurant, Penarak Bamboo Resort Langkawi, Langkawi.

Our restaurant located in the heart of langkawi and we serve Fresh seafood, Malay & Thai cuisines and our special Deep Fried Calamari and also our Secret Recipe Special Deep Fried Fish With Tamarind Sauce.

Untuk pengetahuan semua, Tanjung Tirai View Cafe kini telah menutup sepenuhnya operasi kami setelah hampir 18 tahun berk...
08/06/2026

Untuk pengetahuan semua, Tanjung Tirai View Cafe kini telah menutup sepenuhnya operasi kami setelah hampir 18 tahun berkhidmat dan bertahan di Langkawi.

Keputusan ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk kami lakukan. Faktor kekurangan pelancong yang semakin merosot secara drastik di Langkawi telah memberi kesan besar kepada perjalanan perniagaan kami sehingga kami terpaksa menamatkan operasi. Kami telah sedaya upaya mempertahankan Tanjung Tirai View Cafe, namun apakan daya... rezeki dan perancangan Allah SWT adalah sebaik-baik perancangan.

Sehingga hari ini, masih ramai pelanggan setia yang menghubungi kami melalui telefon dan WhatsApp untuk membuat tempahan serta bertanyakan ke mana kami berpindah. Setiap panggilan dan setiap mesej yang kami terima benar-benar menyentuh hati kami kerana tidak dapat lagi menyantuni pelanggan-pelanggan setia yang sentiasa ingin kembali menikmati masakan kami.

Antara menu yang paling dirindui sudah tentunya IKAN MASAK ASAM JAWA dan SPECIAL SOTONG TEPUNG yang menjadi kegemaran ramai sepanjang Tanjung Tirai View Cafe beroperasi.

Baru-baru ini, kami menerima satu panggilan daripada seorang pelanggan yang terlalu merindui hidangan Ikan Masak Asam Jawa kami. Dengan izin Allah, kami cuba menunaikan permintaan beliau. Alhamdulillah... beliau sangat berpuas hati dan dapat melepaskan rindu terhadap masakan kami walaupun kami tidak lagi beroperasi seperti dahulu.

Walaupun Tanjung Tirai View Cafe sudah tidak beroperasi, insya-Allah jika diberi kesempatan dan ruang, kami akan cuba memenuhi permintaan pelanggan-pelanggan yang masih merindui masakan kami.

Dari lubuk hati yang paling dalam, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pelanggan setia yang pernah hadir, menyokong, dan menjadi sebahagian daripada perjalanan Tanjung Tirai View Cafe selama ini. Segala kenangan, sokongan, dan kasih sayang anda semua akan sentiasa terpahat dalam ingatan kami.

Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan kita semua, melimpahkan rezeki yang luas, serta merahmati setiap pelanggan setia kami di mana jua berada.

Terima kasih kerana pernah menjadi sebahagian daripada cerita kami.

– Tanjung Tirai View Cafe

Address

Penarak Bamboo Resort Langkawi
Langkawi
07000

Opening Hours

Monday 17:00 - 00:00
Tuesday 17:00 - 00:00
Wednesday 17:00 - 00:00
Thursday 17:00 - 00:00
Friday 17:00 - 00:00
Saturday 17:00 - 00:00
Sunday 17:00 - 01:00

Telephone

+60195288399

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tanjung Tirai View Cafe posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Tanjung Tirai View Cafe:

Shortcuts

Share