06/09/2026
PENGUMUMAN PENTING β Restoran KRUA THAI STATION untuk dilepaskan!!! Boleh DM utk takeover kedai. Boleh terus berniaga.
Dengan hati yang berat, kami ingin berkongsi satu perkara yang tidak pernah mudah untuk kami sampaikan.
Setelah hampir 5 tahun Krua Thai Station beroperasi, melalui pelbagai kenangan, cabaran, s**a dan duka bersama anda semua, kami kini sedang membuat perancangan untuk menutup operasi restoran ini.
Keputusan ini bukanlah sesuatu yang dibuat dengan mudah.
Namun, peningkatan kos operasi, bahan mentah, utiliti, sewaan dan perbelanjaan perniagaan yang semakin tinggi menyebabkan kami tidak lagi mampu menanggung kos operasi seperti sebelum ini.
Kami telah cuba sedaya upaya untuk terus bertahan dan memberikan yang terbaik kepada pelanggan. Tetapi ada ketika, kita perlu akur bahawa kemampuan juga mempunyai batasnya.
π Lima tahun bukanlah tempoh yang singkat.
Dalam tempoh tersebut, Krua Thai Station telah menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup kami. Lebih bermakna lagi apabila restoran kecil ini turut menjadi tempat anda sekeluarga menikmati hidangan, berkumpul bersama rakan-rakan dan mencipta kenangan.
Kepada semua pelanggan yang pernah datang, menyokong, membuat pesanan, berkongsi posting, memberikan ulasan dan sentiasa memilih Krua Thai Station β TERIMA KASIH.
Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan kami selama 5 tahun ini.
π Tarikh rasmi penutupan akan kami umumkan dalam masa terdekat.
Sementara itu, Krua Thai Station masih akan beroperasi seperti biasa sehingga tarikh yang akan dimaklumkan.
Kami mohon maaf sekiranya sepanjang perjalanan ini terdapat kekurangan daripada pihak kami.
Terima kasih kerana pernah menjadi sebahagian daripada cerita Krua Thai Station. β€οΈ
Lima tahun mungkin akan berakhir, tetapi kenangan bersama anda semua akan sentiasa kami hargai.
Krua Thai Station
Terima kasih atas 5 tahun yang sangat bermakna.