04/12/2025
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pelanggan setia GTR Burger Kuah.
Kami ingin memaklumkan bahawa operasi kami di Kuah kini telah ditutup sepenuhnya. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang selama ini singgah, order, support dan menjadi sebahagian daripada perjalanan kami di Kuah.
Dengan ini, kami ingin memaklumkan bahawa GTR Burger kini berpindah dan kembali beroperasi di Kampung Nyior Chabang. Walaupun lokasi berubah, kualiti, rasa dan layanan kami tetap sama seperti selalu — insyaAllah lebih baik lagi.
Kami amat menghargai sokongan anda semua.
Jika rindu burger kami atau nak cuba menu kami yang lain, jemput datang ke lokasi baru.
Semoga terus diberi peluang untuk serve anda semua di tempat baru ini.
Terima kasih daripada kami di GTR Burger Kuah 🍔✨