MISI Rakyat KUNAK

MISI Rakyat KUNAK FISABILILLAH

27/08/2025

Sedikit saja lagi. Hashtag
Menuju ke 1 juta. Kamu sudah ka guna Hashtag ni? Jom ramai2 kasih cukup..

Si bermata satu. Dajjal akan dibunuh oleh Nabi Isa Alaihissalam dengan menggunakan tombak yang dicucuk tepat mengenai da...
21/11/2023

Si bermata satu. Dajjal akan dibunuh oleh Nabi Isa Alaihissalam dengan menggunakan tombak yang dicucuk tepat mengenai dadanya dihadapan Baitul Maqdis.

Setelah 3 tahun Ad-Dajjal dibunuh, akan keluar p**a Yakjuj dan Makjuj.

Bilangan Yakjuj dan Makjuj ini sangat banyak kerana dikatakan 1 Yakjuj dan Makjuj boleh melahirkan sehingga 1000 Yakjuj dan Makjuj yang lain. Yakjuj dan Makjuj akan memakan segala tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan ternakan yang terdapat atas muka bumi ini.

Kelebihan yang Allah berikan kepada Yakjuj dan Makjuj ini adalah mereka tidak dapat dibunuh dengan apa cara sekali pun melainkan dengan izin dari Allah.

Penyakit kulat yang Allah turunkan kepada Yakjuj dan Makjuj atas asbab doa dari Nabi Isa Alaihissalam itulah yang akan membunuh mereka, betapa banyaknya bilangan bangkai Yakjuj dan Makjuj yang bergelimpangan di atas muka bumi ini sehingga tidak menampakkan tanah dan bau busuk yang bertebaran atas muka bumi ini serta semua binatang yang memakan bangkai menjadi gemuk-gemuk belaka.

Setelah Nabi Isa Alaihissalam berdoa kepada Allah, diturunkan hujan sehingga banjir dan banjir tersebut membawa kesemua bangkai-bangkai Yakjuj dan Makjuj ke lautan, barulah bumi ini pada ketika itu menjadi bersih dan tumbuh-tumbuhan tumbuh dengan suburnya serta bumi ini menjadi sangat indah.

Di katakan pada ketika itu segala buah-buahan yg tumbuh menjadi sangat luar biasa sehingga dikatakan juga 1 buah delima tumbuh dengan besarnya sebesar kubah masjid dan isinya boleh dimakan sekian ramainya orang pada ketika itu.

Satu tangkai anggur dikatakan juga boleh dimakan sehingga kenyang. Setelah bumi ini dipenuhi dengan keindahan tumbuh-tumbuhan, Allah mencabut segala perasaan hasad dengki dan iri hati terhadap sesama manusia. Satu sifat kemesraan antara makhluk dgn makhluk.

Sehinggakan pada waktu itu dikatakan singa boleh berjalan dengan lembu, harimau boleh berjalan dengan unta, serigala boleh berjalan dengan kambing. Bahkan dikatakan di dalam hadith, anak-anak kecil boleh bermain dengan ular dan tangan kanak-kanak tersebut boleh masukkan ke dalam mulut ular.

Ketika kemesraan antara manusia sesama manusia, haiwan sesama haiwan sehingga tiada pembunuhan yang berlaku, barulah Nabi Isa Alaihissalam meninggal dunia kemudian Allah menghantarkan angin lembut untuk menarik nyawa setiap orang-orang yang beriman.

Sebelum ditarik nyawa orang-orang yang beriman, tiada lagi manusia yg sibuk mengejar dunia. Pada waktu itu kita tidak akan dapat menjumpai orang yang ingin menerima sedekah kerana tiada lagi sifat rakus terhadap dunia.

Seperti sabda Rasulullah Sollallahu Alaihi Wasallam yang bermaksud :

"Bersedekahlah kamu sebelum tiba satu zaman yang manusia tidak mahu menerima sedekah."

Setelah kesemua orang-orang beriman meninggal dunia, Allah akan mengangkat Al-Qur'an sehingga tiada satu orang pun yang akan menyebut dan melafazkan nama Allah, dan barulah akan terbitnya matahari disebelah barat, dan kiamat pun akan berlaku pada ketika itu.

"Moga-moga Allah menyelamatkan kita dan juga keturunan kita dari termasuk dalam golongan fitnah Ad-Dajjal serta fitnah Yakjuj dan Makjuj juga tidak tergolong dalam golongan orang-orang akhir zaman yg pada ketika itu hidup tidak ada lagi yang menyebut dan melafazkan nama Allah Subhannahu wa Ta'ala, insyaAllah. Aameen Allahumma Aameen."

- Al Habibuna Ali Zaenal Abidin Al Hamid -

CP

Strim movie tanpa gangguan, muat turun dengan pantas dan layan tiktok tanpa had! Dengan hanya RM35 setiap bulan, nikmati...
10/11/2023

Strim movie tanpa gangguan, muat turun dengan pantas dan layan tiktok tanpa had! Dengan hanya RM35 setiap bulan, nikmati internet dan panggilan tanpa had ke semua rangkaian!

Misi App
misirakyat.com/order/l01aqe

Simkad
https://halo-telco.biz/bittron007

Klik
https://www.wasap.my/601120470007/Nak_Simkad
Nota:

🚩Boleh kekalkan nombor lama
🚩Boleh pilih nombor baru
🚩Liputan oleh Celcom

Jom tukar ke pek serendah RM35/bulan sekarang!

PERCUMA :
✅ Khairat kematian sehingga RM800
✅ Zurich General Takaful sehingga RM5,000

10/11/2023

Vendor jom beralih guna Misi. Semalam cecah RM200K rakyat belanja di Misi untuk peniaga2 dan rider. Syukur makin meningkat dan viral. Isi je borang ni untuk join berniaga di Misi. Nanti team admin dalam kawasan akan bantu anda A - Z.
Takde yuran, free je..
https://misirakyat.com/daftar/bisnes

Kelmarin sales di Misi RM200k.. terkejut semua peniaga  kedai makan dan rider dapat rezeki banyak kelmarin.. Harini dija...
07/11/2023

Kelmarin sales di Misi RM200k.. terkejut semua peniaga kedai makan dan rider dapat rezeki banyak kelmarin.. Harini dijangka naik lagi sebab sepanjang semalam hingga pagi tadi, tak berhenti orang install app misi..
Bagi sapa yg tak tau, Misi ni app food delivery juga..
Ni tanda kita dah mula ada laluan untuk kuasai semula ekonomi lokal.. jadi saya nak seru semua peniaga lokal.. jom join Misi harini.. PERCUMA sahaja malah saya tak potong duit jualan ampa.. ampa untung 100% dan ampa wajib kekalkan harga kedai..
Sebab tak lama lagi sales sehari akan mula cecah RM1 Juta dan seterusnya 10 Juta ke atas.. saya nak semua kuasa membeli ni beralih kepada peniaga2 lokal..
Ini masanya kita kuasai semula ekonomi dan kayakan lokal. On x on?
Tolong saya sampaikan pada peniaga
https://misirakyat.com/daftar/bisnes
Install MISI segera.. harini kita try order ramai2.. nak cabar kemampuan rider misi.. nk tengok limit diorang.. ayuh 🔥☝️

Credits:Founder misi

Platform delivery untuk semua jenis perniagaan di dalam komuniti anda.

Surat ini sempat diberikan kepada Tuanku Permaisuri 🙏.Dari FB : Ningsi Nazri
05/09/2023

Surat ini sempat diberikan kepada Tuanku Permaisuri 🙏.

Dari FB : Ningsi Nazri

Kita ni hidup untuk menunggu mati. Supaya tak bosan menunggu mati yang tak tau bila datangnya, maka Allah bagi sikit hib...
03/08/2023

Kita ni hidup untuk menunggu mati. Supaya tak bosan menunggu mati yang tak tau bila datangnya, maka Allah bagi sikit hiburan. Dia bagi kita isteri dan suami untuk kita

bermanja-manja.

Dia bagi kita anak- anak main- main.

Dia bagi kita duit, harta, pangkat dan kedudukan untuk

kita bertenang-tenang. Suami adalah hiburan.

Isteri dan anak adalah hiburan.

Duit dan harta adalah hiburan.

Tapi kita ni macam budak-budak. Budak-budak kalau dibagi mainan, terus leka. Terhibur sangat dengan mainan sampai lupa makan, lupa mandi, lupa belajar, lupa solat. Begitulah kita.

Asalnya kita ni hanya menunggu mati.

Tapi dek kerana leka dan hanyut dengan hiburan yang Allah bekalkan, kita lupa tujuan asal kita hidup. Sibuk dengan kerja, sibuk kejar duit, sibuk kejar

pangkat, sibuk kejar jawatan.

Sampai ibadah pun hanya buat yang wajib saja, itupun sekadar buat cukupkan syarat. Ibadah hanya biasa-biasa kerana lebih seronok kejar hiburan.

Seperti budak-budak, bila mainannya dirampas, terus membentak-bentak dan nangis.

Begitulah kita, ketika Allah ambil suami, isteri, anak, kerjaya, duit, harta - kita menangis dan mengatakan Allah tak adil.

Padahal setiap hari kita tak berlaku adil pada Allah.

Address

KAWASAN KUNAK
Kunak
91207

Opening Hours

Tuesday 08:00 - 14:00
Wednesday 08:00 - 16:00

Telephone

+601120470007

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MISI Rakyat KUNAK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to MISI Rakyat KUNAK:

Share

Category