02/04/2024
Assalamu'alaikum wbt dan selamat pagi.
Di sini pihak kami ingin mengambil kesempatan untuk menafikan penglibatan kami sebagai scammer dengan mengaitkan kami dengan mana-mana individu tertentu.
Pihak kami ingin memohon maaf sekiranya ada tanggapan yang tidak baik terhadap kami disebabkan perkara-perkara yang tidak berkaitan. Pihak kami juga mendapat tahu mengenai hadiah yang ditawarkan yang tidak masuk akal. Oleh yang sedemikian, pihak kami akan mempertimbangkan pengurangan jumlah wang tunai bagi menggelakkan sangkaan yang tidak baik terus berlaku.
Pihak kami berharap agar tiada spekulasi yang boleh mengganggu gugat perjalanan pertandingan yang diadakan kerana penglibat dari banyak pihak.
Sekali lagi pihak kami memohon maaf di atas apa kekhilafan sekiranya ada tanggapan yang tidak baik terhadap kami disebabkan perkara-perkara yang tidak berkaitan.
Sekian, harap maklum dan sejuta maaf dari kami.