NADI PPR Taman Malihah

NADI PPR Taman Malihah "Community of Digital Age"

03/06/2026

📢 Anda kini boleh mendaftar sebagai ahli NADI menerusi aplikasi NADI! 📱✨

Anda hanya perlu:

✅ Download aplikasi NADI
✅ Daftar sebagai ahli NADI
✅ Aktifkan akaun dan mula menggunakan aplikasi

Pendaftaran kini lebih mudah secara dalam talian di mana jua anda berada, dan nikmati pelbagai kemudahan di NADI secara PERCUMA!

Nota: Pastikan aplikasi NADI anda telah dikemas kini ke versi terkini di App Store dan Google Play untuk menggunakan fungsi pendaftaran ini.



03/06/2026

Warga NADI MCMC ingin mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai kepada semua yang meraikannya 🌾✨

Semoga perayaan ini membawa rezeki yang berpanjangan, kesejahteraan dan kebahagiaan kepada semua, di samping mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan serta semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.


03/06/2026
03/06/2026

Saksikan “NADI: Dari Komuniti ke Pentas Dunia” dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9 bersama Dr. Mohd Arif Adenan, Ketua Bahagian NADI MCMC.

🗓️ Rabu, 3 Jun 2026
🕥 10.30 pagi – 11.30 pagi
📺 Siaran: TV9

Kupasan ini akan mengetengahkan peranan NADI dalam memperkasa komuniti melalui akses digital, perkhidmatan pintar dan peluang pembangunan sosioekonomi daripada komuniti setempat hingga ke pentas dunia.



28/05/2026

Apa yang bermula dengan satu klik boleh membawa kepada kandungan yang tidak sepatutnya dilihat oleh kanak-kanak.

Kandungan ganas, unsur eksploitasi, buli siber, cabaran berisiko dan individu tidak dikenali hanyalah sebahagian daripada ancaman yang wujud di ruang digital hari ini. Tanpa pemantauan yang sewajarnya, anak-anak boleh terdedah kepada pengaruh yang memberi kesan kepada emosi, tingkah laku dan keselamatan mereka.

Apabila mereka bersendirian di hadapan skrin, adakah kita benar-benar tahu apa yang sedang mereka lihat?

Lindungi mereka sebelum risiko menjadi realiti.


27/05/2026

Pada hari yang penuh keberkatan ini, marilah kita menghayati nilai pengorbanan, keikhlasan dan rasa syukur dalam memperkukuh perpaduan serta kesejahteraan bersama.

Ikhlas daripada warga NADI MCMC.


Makluman Notis Penutupan NADI PPR Taman Malihah sempena Hari Raya Haji 27.05.2026 (Rabu)  Beroperasi semula pada 28.05.2...
26/05/2026

Makluman Notis Penutupan NADI PPR Taman Malihah sempena Hari Raya Haji 27.05.2026 (Rabu) Beroperasi semula pada 28.05.2026 (Khamis).

Terima kasih😊

26/05/2026

Satu video. Satu mesej. Satu pengaruh.

Bagi kanak-kanak, setiap kandungan yang ditonton boleh meninggalkan kesan yang lebih besar daripada yang kita sangka. Kandungan yang tidak sesuai, buli siber, cabaran berbahaya dan tekanan untuk menjadi "sempurna" boleh membentuk pemikiran mereka secara perlahan tanpa disedari.

Apabila skrin menjadi guru, siapa yang mengawal apa yang diajar?

Sebagai ibu bapa dan penjaga, kita perlu menjadi benteng pertama keselamatan digital anak-anak. Kerana tidak semua yang viral selamat, dan tidak semua yang popular sesuai untuk perkembangan mereka.

Address

NADI PPR Taman Malihah, No. 434, Lot 612, Grd Floor , Tmn Malihah, Jalan Matang
Kuching
93050

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NADI PPR Taman Malihah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to NADI PPR Taman Malihah:

Share