22/04/2026
MEREKA TAK KAYA, TAPI MEREKA IKUT PROSES β INILAH KUCHING CITY F.C
Dalam penulisan kali ini, min ada petik nama seorang legend. Baca sampai habis β ini bukan cerita kelab nak cepat.
Kuching City F.C bukan kelab cepat naik. Cepat menang. Cepat pop**ar.
Tapi Kuching City F.C pilih jalan berbeza.
Mereka pilih jalan yang lambat β tapi betul.
Bermula dari Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) pada 2015, mereka hanyalah pasukan kecil yang membawa nama daerah.
Tiada nama besar.
Tiada bajet besar.
Tapi mereka ada satu perkara: kesabaran.
Juara LBR 2015/16.
Naik ke Liga FAM.
Gagal dua musim di situ. Paling terbaikpun hingga ke suku akhir.
Mereka tidak lari.
Mereka belajar.
Tahun 2019, mereka bangkit.
Naib juara Liga M3 dan menang play-off menentang Sarawak FA β tiket ke Liga Perdana akhirnya dalam genggaman.
Masuk 2020, mereka semakin matang.
Layak ke Piala Malaysia.
Lepas tu, bila peluang ke Liga Super datang pada 2023 β hasil penstrukturan liga oleh MFL β mereka tidak sekadar menumpang.
Mereka bersaing.
Hari ini, di bawah Aidil Sharin Sahak, KCFC bukan lagi pasukan biasa.
Mereka pernah singkirkan Terengganu F.C dalam saingan Piala FA β mantap!
Mereka ikat Selangor F.C (1-1) di separuh akhir pertama Piala Malaysia.
Pada 18/4/2026 mereka akan sambung lagi 'fight' untuk separuh akhir pusingan kedua p**a.
Lama-kelamaan min fahami, mereka lakukan semua ini tanpa membeli kemewahan.
Sebaliknya, mereka membina.
Mereka hidupkan semula karier pemain. Antaranya Ramadhan, Haziq Nadzli dan Danial Asri.
Mereka angkat bakat tempatan. Antaranya Jimmy Raymond, Gabriel Nistelrooy dan Rodney Celvin.
Mereka bina identiti.
Pejam celik sudah sepuluh tahun. Untuk tahun ni tahun yang kesebelas.
Itu harga yang mereka bayar untuk berada di tahap ini.
Bukan sekejap.
Tapi berbaloi.
Satu hari seorang kawan pernah tanya: βApa rahsia mereka?β
Jawapan min mudah: βMereka sabar. Sabar dalam membina keserasian pemain terutamanya."
Dan satu lagi: βKalau tak ada duit besar β itu sahaja jalan yang ada.β
Tapi, min dah lama perasan, dalam negara kita ada seorang Coach legend yang pakar memprofesionalkan dan menaikkan status pasukan.
Kalau ada pasukan yang bergelut atau baru mula bertatih min jadi saksi, beliau boleh buat dan berjaya
Beliau ialah Coach Irfan Bakti.
Dialah yang pernah menaikkan semula Terengganu F.C pada 2017.
Beliau tidak terkenal sebagai Coach yang boleh buat pasukan itu kekal jadi hebat.
Tapi beliau cukup terkenal dalam 'membina asas' agar pasukan tersebut dapat keluar dari kemelut tertentu.
Coach Irfan Bakti Abu Salim ada rahsia 'sentuhan emas' tersebut.
Dia pernah bimbing kelab Felda United F.C dan Kuching City F.C
Terkini beliau sedang membimbing Kelantan Red Warrior (KRW) β begitulah.
β Abe Awe β