02/08/2026
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pelanggan yang kami sayangi.
Hari tok, dengan hati yang sangat berat, kamek ingin menyampaikan satu berita yang mungkin agak mengejutkan ramai. Setelah sekian lama beroperasi, Canai Anjang Kafe, Plaza Astana akan menamatkan operasi.
Percayalah, keputusan tok bukan dibuat dalam sehari dua. Banyak malam kamek s*k dapat tidur memikirkan perkara tok. Banyak kali juak kamek cuba bertahan sebab kamek sayang sangat dengan kedai tok dan semua pelanggan yang sentiasa menyokong kamek dari hari pertama.
Ramai orang hanya nampak kamek senyum melayan pelanggan. Tapi s*k ramai yang tau apa yang berlaku di sebalik pintu dapur.
Dari awal pembukaan kedai, orang tua kameklah yang banyak mengorbankan tenaga membantu kamek berniaga. Mereka sanggup bangun awal pagi, bertungkus-lumus demi memastikan kedai dapat beroperasi seperti biasa. Tapi masa s*k pernah menunggu sesiapa. Hari berganti hari, umur mereka semakin meningkat. Tenaga mereka semakin berkurang, pergerakan pun semakin terhad. Mun salah seorang sakit, memang susah nak ada orang mengganti. Sebagai anak, hati kamek pun sakit melihat mereka masih berusaha sedangkan badan mereka semakin lemah.
Kamek juak pernah cuba mencari pekerja supaya beban dapat dikurangkan. Tapi realitinya, bukan mudah. Ada yang datang sekejap lepas ya berhenti. Ada juak yang s*k dapat memberi komitmen. Ada masanya, cabaran daripada s*kap pekerja lebih meletihkan daripada kerja ya sendiri. Sedikit demi sedikit, emosi, fizikal dan mental kamek semakin terkesan.
Dalam masa yang sama, harga bahan mentah semakin meningkat. Setiap kali harga naik, kamek duduk berfikir panjang. Mun naikkan harga makanan, kamek risau pelanggan rasa terbeban. Mun s*k naikkan harga, keuntungan semakin berkurang sehingga ada masanya sekadar cukup untuk meneruskan operasi. Memang serba salah.
Akhirnya, selepas berbincang bersama keluarga dan memohon petunjuk daripada Allah SWT, kamek mengambil keputusan yang paling sukar dalam hidup kamek... menutup Canai Anjang.
Bukan sebab kamek dah s*k minat berniaga. Bukan juak sebab pelanggan s*k menyokong. Hakikatnya, pelanggan kamek memang terbaik. Ramai yang datang dari awal sehingga hari tok, ada yang sanggup datang berkali-kali seminggu. Sokongan kitak semua adalah sebab utama kamek mampu bertahan selama tok.
Cuma, kadang-kadang dalam hidup, kita perlu berhenti sekejap... bukan kerana kalah, tetapi kerana mahu menjaga amanah yang Allah pinjamkan kepada kita, iaitu kesihatan, keluarga dan diri sendiri.
Insya-Allah, kamek s*k berhenti berniaga. Kamek akan meneruskan perjalanan dengan membuka stall sahaja. Mudah-mudahan langkah baru tok memberi ruang kepada kamek untuk terus mencari rezeki sambil menjaga keluarga dan kesihatan.
Buat semua pelanggan yang pernah singgah, makan, menyokong, berkongsi rezeki, memberi semangat dan mendoakan kamek... terima kasih yang s*k terhingga.
Mun ada layanan kamek yang kurang memuaskan, makanan yang s*k menepati selera, atau apa-apa kekurangan sepanjang Canai Anjang Kafe beroperasi, kamek menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf.
Terima kasih kerana pernah menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup kamek. Setiap sen yang kitak belanjakan, setiap senyuman yang kitak berikan, dan setiap doa yang kitak titipkan akan sentiasa kamek kenang sampai bila-bila.
Doakan semoga perjalanan baru kamek dipermudahkan. Kamek percaya, rezeki s*k pernah salah alamat. Di mana pun kita berniaga, mun Allah dah menetapkan rezeki ya, insya-Allah rezeki tetap akan sampai.
Jumpa kitak semua di stall baru kelak bermula 3 Ogos 2026, Insya-Allah.
Daripada kami sekeluarga, terima kasih atas segala sokongan selama ini. Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan kitak semua dengan rezeki yang melimpah, kesihatan yang baik dan keberkatan hidup. Aamiin.