02/12/2022
CARA MEMBUAT SOS “HOMEMADE”
1. Potong dadu bawang holland dan ketepikan.
2.Kemudian panaskan periuk dan masukkan mentega. Biarkan mentega cair dan barulah masukkan bawang besar holland. Tumiskan sehingga naik bau yang wangi.
3.Masukkan p**a tepung gandum ke dalam periuk dan kacau sehingga sekata.
4.Selepas itu, masukkan kiub pati ayam, sos tomato, sos cili dan air. Kacau sehingga kuah menjadi sebati.
5.Baru masukkan lada hitam dan kicap pekat. Kacau lagi agar kuah menjadi sekata dan sebati.
6.Tutup api dan masukkan ke dalam pengisar. Kisar kuah sehingga menjadi halus.
7.Kemudian, masukkan kembali kuah yang sudah dikisar ke dalam periuk dan kacau lagi.
8.Kuah akan menjadi pekat dan biarkan ia mendidih masak.
9.Tutup api dan angkat.
10.Boleh dihidangkan bersama makanan bakar anda.