24/02/2025
📢📢 Disebabkan CENDOL UMMI menerima banyak whatsapp daripada customer yang bertanyakan mengapa CENDOL UMMI tidak beroperasi beberapa hari kebelakangan ini, di sini CENDOL UMMI ingin memaklumkan bahawa CENDOL UMMI ditutup buat masa ini kerana kami ingin memberi tumpuan kepada persiapan bagi jualan baju raya kami di Bazar Aidilfitri Stadium Darul Makmur dan di Kuantan Parade. 👔👚Jadi kalau tuan/puan mencari baju raya, boleh la datang ke tempat jualan kami nanti. Kami akan update lokasi jualan baju raya kami apabila dah siap setting tempat ye ☺️
🍨🧋CENDOL UMMI akan beroperasi kembali selepas raya. Jumpa tuan/puan kembali selepas raya nanti. Terima kasih kerana sentiasa menyokong CENDOL UMMI 😊