01/03/2024
Hi semua! Hari ni saya nak share kebaikan tentang buah Mangga p**ak!!
Mesti ada yang pelik kenapa tiba-tiba saya nak share kebaikan mangga. Kalau korang perasan, buah mangga ini mempunyai banyak kebaikan untuk diri kita semua tauuu!!!
Ok mesti dh tak sabar nak baca kan? jom baca kebaikan buah Mangga pasti ramai yang menunggu.
1. Melindungi kesihatan mata
Buah mangga mengandungi lutein, zeaxanthin, dan vitamin A yang dapat menyokong kesihatan mata anda. Lutein dan zeaxanthin boleh melindungi mata daripada matahari, manakala kekurangan vitamin A boleh menyebabkan masalah penglihatan. Kajian menunjukkan lutein dan zeaxanthin tertumpu di retina mata iaitu bahagian yang menukar cahaya kepada isyarat supaya otak kita boleh mentafsir apa yang kita lihat. Nutrien-nutrien ini tertumpu di bahagian tengah retina, yang dipanggil makula. Kajian juga menunjukkan di dalam retina, lutein dan zeaxanthin bertindak sebagai pelindung matahari semulajadi yang menyerap cahaya berlebihan. Selain itu, ia melindungi mata anda daripada cahaya biru yang berbahaya.retina, lutein dan zeaxanthin bertindak sebagai pelindung matahari semulajadi yang menyerap cahaya berlebihan. Selain itu, ia melindungi mata anda daripada cahaya biru yang berbahaya.
2. Mengurangkan risiko penyakit diabetes
Buah mangga yang segar mengandungi kandungan gula yang agak tinggi berbanding buah-buahan segar yang lain. Tetapi sehingga hari ini tiada kajian yang menunjukkan buah mangga segar dapat menyebabkan penyakit diabetes atau tidak sesuai dimakan untuk pesakit diabetes. Malah banyak kajian menunjukkan pengambilan buah-buahan segar dapat mengurangkan risiko diabetes secara keseluruhan. Satu kajian lain menunjukkan penambahan 10 gram buah mangga kering ke dalam diet setiap hari selama 12 minggu telah mengalami perubahan yang ketara dalam paras gula dalam darah. Kajian yang lain p**a menunjukkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi dengan vitamin C dan karotenoid boleh membantu mencegah penyakit diabetes. Buah mangga tinggi dalam kedua-dua nutrien ini dan berkemungkinan dapat memberikan manfaat yang sama.
3. Menyokong sistem pencernaan
Buah mangga mengandungi enzim pencernaan, air, serat makanan, dan sebatian lain yang membantu pelbagai aspek kesihatan pencernaan. Salah satunya adalahsekump**an enzim pencernaan yang dipanggil amilase.Kajian menunjukkan amilase dapat memecahkan karbohidrat kompleks kepada gula, seperti glukosa dan maltosa. Enzim ini lebih aktif di dalam mangga yang sudah masak, itulah sebabnya buah mangga yang sudah ranum ia lebih manis daripada buah mangga muda. Satu kajian lain selama 4 minggu ke atas orang dewasa yang mengalami sembelit kronik mendapati pengambilan mangga setiap hari dapat melegakan simptom daripada mengambil suplemen yang mengandungi jumlah serat larut yang serupa dengan mangga.