Dinies Enterprise

Dinies Enterprise Kami adalah syarikat bumiputera yang membuat dan memasang grill, pintu pagar dan awning di kawasan pantai timur.

Selamat Hari Guru 2014..Seorang guru bertanya kepada tiga orang anak muridnya tentang cita-cita mereka setelah dewasa.Mu...
16/05/2014

Selamat Hari Guru 2014..

Seorang guru bertanya kepada tiga orang anak muridnya tentang cita-cita mereka setelah dewasa.

Murid yang pertama menjawab " Saya nak jadi Juruterbang "
Murid yang kedua menjawab " Cikgu, Saya nak jadi peguam "
Murid yang ketiga menjawab "Saya p**a nak jadi jurutera, Cikgu"

Guru tersebut bertanya lagi, " Kenapa kamu semua tidak berminat menjadi guru?"

Murid yang pertama menjawab " Saya akan jadi guru sekiranya tiada pilihan lain cikgu. Lagipun ibu dan ayah saya suruh saya cari kerjaya yang lebih baik"
Murid yang kedua menjawab " Saya tidak pandai mengajar dan tak s**a berhadapan dengan budak-budak,Cikgu"
Murid yang ketiga hanya mendiamkan diri.

Guru tersebut kemudiannya menyoal kembali Murid yang ketiga itu. "Kenapa kamu hanya mendiamkan diri?"

Murid yang ketiga menjawab " Saya tak tahu bagaimana nak menjawab soalan itu. Kalau dari segi kerjaya, mungkin dah dijawab oleh kawan-kawan saya tadi. Cuma dari aspek kehidupan, secara fitrahnya, kita semua adalah guru. Kita akan mengajar diri sendiri dan orang-orang di sekeliling kita. Sejak kita berakal dan berpengetahuan, kita akan diajar dan mengajar, sehingga ke akhir hayat."

Terima kasih CIKGU.

Kadangkala..Kita diberikan dua pilihan sahaja,Betul atau salah,baik atau buruk,Pahala atau Dosa..Syurga atau Neraka..Tia...
25/01/2014

Kadangkala..
Kita diberikan dua pilihan sahaja,
Betul atau salah,
baik atau buruk,
Pahala atau Dosa..
Syurga atau Neraka..

Tiada jalan tengah diantaranya..
Dan tiada peluang kedua jika telah meninggal dunia..

Dari ruang kecil ini,ada cahaya menyinariMembuka mataku melewati tembok ini..melihat alam diluar sana..Semoga doaku buka...
08/01/2014

Dari ruang kecil ini,
ada cahaya menyinari
Membuka mataku melewati tembok ini..
melihat alam diluar sana..

Semoga doaku bukannya diterima dari ruang ini..

Selamat Tinggal 2013,Sampai bila-bila pun tak akan berjumpa lagiSetahun berlalu,Setakat mana amalmu bertambah..Sebaik ma...
31/12/2013

Selamat Tinggal 2013,
Sampai bila-bila pun tak akan berjumpa lagi

Setahun berlalu,
Setakat mana amalmu bertambah..
Sebaik mana imanmu terjaga...
Sedalam mana ilmumu berganda...
Azam yang ditanam dahulu..Akarnya bagaimana..

Selamat Tahun Baru...
Banyak yang sedang menunggu..
Rintangan dan halangan, untuk kita galaskan
Peluang dan Kesempatan, untuk kita manafaatkan

Jadikan tahun-tahun mendatang,
Lebih baik dari tahun-tahun yang telah pergi..

Dalam hadith qudsi Allah berfirman:“Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mende...
28/12/2013

Dalam hadith qudsi Allah berfirman:
“Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.”(HR. Thabrani dari Abu Umamah)

Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW. bersabda:
“Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya.”
(H.R. Bukhari dan Muslim)

Jauh Perjalanan...Luas Pandangan
27/12/2013

Jauh Perjalanan...Luas Pandangan

Lihat ke arah sanaSerakan warna dan berarakanAwanPabila terik panasSegera hadirnya memayungi diriPabila kau dahagaSesege...
26/12/2013

Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri

Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu ( Awan Nano Song Lyric )

Awan tak dapat diubah, tapi yang dibawah tu boleh diusahakan..

Kepada sahabat yang bekerja, Sepatutnya bukan alasan kesibukan menyebabkan kita tiada ruang untuk menuntut ilmu. Lihatla...
25/12/2013

Kepada sahabat yang bekerja,

Sepatutnya bukan alasan kesibukan menyebabkan kita tiada ruang untuk menuntut ilmu. Lihatlah bagaimana orang yang bukan Islam, menjinjing buku sambil membaca ketika santai.

Hidup kita bukan di antara tempat kerja dan rumah hingga tidak ketahuan apa yang terjadi kepada alam sekeliling. Cubalah peruntukkan sedikit kewangan untuk membeli buku, majalah yang bermanfaat untuk akal.

Kewajipan menuntut ilmu itu bukan untuk pelajar sahaja..

Belajarlah sahabat, ramai antara kita hanya mengharapkan maklumat dari orang lain tanpa berusaha mencarinya.

Belajarlah memahami Al Quran setelah banyak kali mengkhatamkannya. Lihatlah orang-orang yang hanya pandai bertaranum semata-mata, atau tertarik dengan orang yang hafiz tetapi diri sendiri tidak mahu memperbaiki penghayatan kepada Al Quran.

Lihatlah, ada orang yang membaca al Quran tetapi auratnya tidak ditutup dengan sempurna. Bahkan ada yang tidak tahu langsung apa ertinya al fatihah yang dibaca sedangkan umurnya sudah meningkat tua p**a.

Ketahuilah sahabat, keutamaan menuntut ilmu itu yang menjadikan tamadun Islam itu gemilang.

Benarlah kata sasterawan :

Berpayah-payah tanpa mengharap redhaMu adalah sia-sia,
Tangisan yang bukan kerana engkau adalah bathil. ( Antologi Imam Al-Ghazali )

http://jarumemas.blogspot.com

Our Brochure,please check it out ya.. Thx..
24/12/2013

Our Brochure,please check it out ya.. Thx..

Isnin...Hari Isnin (Monday dalam Bahasa Inggeris) merupakan hari ke-2 dalam seminggu dan terletak antara Ahad dan Selasa...
23/12/2013

Isnin...

Hari Isnin (Monday dalam Bahasa Inggeris) merupakan hari ke-2 dalam seminggu dan terletak antara Ahad dan Selasa. Perkataan Isnin itu berasal dari Bahasa Arab, yang bermakna dua, iaitu hari kedua dalam seminggu. Namun begitu, di sesetengah tempat di Eropah, Isnin dianggap sebagai hari yang pertama.

Walau bagaimanapun, semua orang bersetuju bahawa hari Isnin adalah hari pertama bekerja. Jadi, sesetengah orang mungkin mengalami rasa malas atau "sakit" pada hari ini. Garfield, seekor kucing kartun yang pop**ar, bencikan hari Isnin.

Penganut agama Kristian biasanya menyambut perayaan Paskah (Easter) selama dua hari, iaitu pada hari Ahad dan Isnin (Easter Monday).

Sumber : Wikipedia

21/12/2013

Falsafah Perniagaan Islam

Berniaga bukan semata-mata untuk mencari untung kerana di dalam perniagaan tidak semestinya kita sentiasa mendapat keuntungan. Dalam perniagaan sering juga kita menghadapi kerugian.

Tujuan perniagaan mengikut Islam sebenarnya ialah untuk memperbesarkan, memperpanjangkan dan memperluaskan aktiviti syariat dan dengan tujuan beribadah dan mendapat pahala yang banyak. Justeru di dalam perniagaan, hendaklah kita sentiasa mencari keredhaan Tuhan dengan niat yang betul serta perlaksanaan yang betul.

Mari kita lihat betapa di dalam perniagaan itu luas sekali syariatnya atau luas sekali ibadah yang berlaku di mana kebaikan dan pahalanya p**a amat banyak. Di antaranya:

1. Di dalam Islam berkawan itu disuruh. Di Akhirat kelak, kawan itu boleh memberi syafaat. Melalui perniagaan, kita akan banyak dapat kawan sama ada dari kalangan pembekal-pembekal, kawan-kawan sekerja ataupun para pelanggan.

2. Melalui perniagaan, kita dapat memberi khidmat secara langsung mahupun tidak langsung kepada manusia dan ahli-ahli masyarakat.

3. Islam sangat menggalakkan kerjasama. Di dalam perniagaan banyak terdapat unsur-unsur kerjasama dan peluang serta keperluan untuk bekerjasama.

4. Di dalam perniagaan juga ada banyak tolak ansur, iaitu satu sifat terpuji yang sangat dianjurkan oleh Islam. Kalau tidak ada tolak ansur tidak boleh berniaga.

5. Perniagaan membantu dan memudahkan manusia dan ahli masyarakat mengurus dan mendapatkan keperluan hidup mereka, terutama di bidang makan minum dan keperluan harian. Mendahulukan, mengutamakan dan memudahkan orang lain itu sangat dipandang tinggi dan baik dalam Islam.

6. Dengan berniaga kita dapat menyelamatkan barangan keluaran umat Islam sama ada hasil pertanian, hasil ternakan dan lain-lain dengan mengumpul dan memasarkannya. Kalau tidak, barangan itu akan rosak dan terbuang. Akan timbul pembaziran. Dalam Islam pembaziran sangat dilarang. Menjauhi dan mengelak pembaziran adalah satu kewajipan.

7. Kita dapat memperolehi banyak pengalaman melalui perniagaan sama ada di bidang pengurusan, perakaunan, mengenal barang, mengenal tempat, mengenal cara hidup dan masalah manusia dan lain-lain lagi. Dalam Islam, mencari ilmu dan pengalaman seperti ini sangat dituntut.

8. Dalam berniaga, kita boleh berlatih sabar dan berlapang dada dalam menghadapi berbagai kerenah manusia. Ia sentiasa mencabar emosi dan perasaan kita. Orang yang sabar diberi pahala oleh Tuhan tanpa hisab.

9. Berniaga merupakan salah satu cara untuk memajukan agama, bangsa dan Negara. Ia merupakan tanggungjawab manusia sebagai khalifah Tuhan di muka bumi supaya dapat dilihat kebesaran Tuhan serta dapat dibesarkan dan dinikmati segala nikmat dan anugerah-Nya agar manusia boleh bersyukur dan mendapat pahala p**a di atas kesyukuran mereka itu.

10. Dalam berniaga, kita berpeluang mengeluarkan zakat perniagaan. Dengan itu salah satu dari rukun Islam dapat kita tunaikan. Dapat kita wujudkan salah satu sumber atau saluran untuk membantu fakir miskin dan asnaf-asnaf yang lain. Banyak golongan akan terbantu dan terbela.

11. Perniagaan mewujudkan peluang pekerjaan untuk manusia sebagai sumber mencari rezeki. Dengan perniagaan, manusia boleh mengelak diri dari menganggur yang ditegah oleh syariat. Sekaligus tenaganya dapat dimanfaatkan oleh orang lain. Ertinya, dengan adanya perniagaan, tenaga manusia tidak dibazirkan dan manusia itu boleh jadi produktif dengan mengeluarkan hasil untuk faedah manusia lain.

Jelas sekali bahawa dengan apa yang disenaraikan di atas, begitu banyak syariat Islam dapat kita tegakkan melalui perniagaan. Maksudnya, berbagai-bagai aspek dalam Islam dapat kita bangunkan di dalam perniagaan. Apabila banyak aspek yang kita bangunkan maka banyaklah ibadah kita. Oleh itu, tidak hairanlah Islam menganggap orang yang berniaga secara jujur dan menepati kehendak-kehendak syariat itu sebagai orang yang berjihad fisabilillah. Munasabah juga berniaga itu dianggap kerja paling baik dalam Islam kerana kebaikan yang diperolehi oleh masyarakat hasil dari perniagaan adalah terlalu banyak.

Sumber : Rufaqa Online

Fikirkan bersama,Jangan persoalkan knpa Allah tak makbulkan doa kita serta merta, tapi bersyukur Allah tak balas tunai s...
19/12/2013

Fikirkan bersama,

Jangan persoalkan knpa Allah tak makbulkan doa kita serta merta, tapi bersyukur Allah tak balas tunai segala dosa kita serta merta atas dunia ni.

Address

No. 10, Jalan Jaya Gading 3, Kawasan Industri Jaya Gading
Kuantan
25150

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dinies Enterprise posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share