18/06/2026
📢 Makluman Operasi Thedaniellos Street Cafe
Sempena aksi MPFL di SUKPA, kami akan beroperasi pada:
📅 20 & 21 Jun 2026 (Sabtu & Ahad)
🕛 12:00 PM – 8:00 PM
⏰ Last Call: 7:00 PM
Kami tutup lebih awal untuk turun memberi sokongan kepada pasukan kebanggaan negeri, Pahang Rangers FC! 🖤🤍
⚽ Kick Off: 8:30 PM
📍 Stadium SUKPA, Kuantan
🔥 Dan kali ini bukan setakat futsal!
Pasar Sera turut memeriahkan Sirkit 4 dengan pelbagai aktiviti menarik di perkarangan SUKPA dari jam 2PM hingga 10PM:
✅ Futsal Market
✅ Gerai-gerai vendor
✅ Sepakan penalti
✅ Perlawanan 3v3
✅ Aktiviti untuk seluruh keluarga
Jadi memang berbaloi datang awal dan luangkan masa sepanjang hujung minggu di SUKPA! 💥
🙏 Sedikit pesanan mesra:
Kalau nak datang makan di Thedaniellos, jangan tunggu pukul 6:55PM baru sampai ya 😆 Kami cuma ada team kecil dan nak pastikan semua sempat makan dengan tenang sebelum kami gerak ke stadium.
🎟️ Tiket:
https://tickethotline.com.my/events/mpfl-day-1
Makan dulu di Thedaniellos, lepas tu terus gerak ke SUKPA!
Jom kita penuhkan stadium dan gegarkan lautan hitam putih! 🖤🤍🔥
Photo credit: FACEBOOK Pahang Rangers FC
PasarSeraFutsalMarketKuantan