13/10/2021
5 WAKTU MAKAN YANG PALING SESUAI
Waktu makan adalah waktu yang sering di nanti untuk menambah semula tenaga, apatah lagi apabila perut sudah mula berkeroncong. Waktu makan perlu dipatuhi supaya makanan yang diambil dapat dicerna dengan baik sebelum mengambil makanan yang baru. Seeloknya makan sebelum berasa lapar dan berhenti sebelum berasa kenyang. Berikut dinyatakan waktu yang sesuai untuk mengambil makanan supaya dapat mengekalkan kesihatan diri:
1. Sarapan pagi
Sarapan pagi sekitar 8 pagi atau dalam masa 30 minit sehingga 1 jam selepas bangun dari tidur. Selepas tidur selama 6 hingga 8 jam, sarapan pagi amat penting untuk menambah kembali paras gula di dalam darah. Selain untuk membekalkan tenaga kepada tubuh badan, sarapan pagi juga membuat otak kita lebih cergas dan cerdas. Seeloknya pilih makanan tinggi kandungan karbohidrat kompleks seperti kekacang, oat, bijirin gandum, buah-buahan dan sayur-sayuran. Contoh sarapan pagi: Muffin pisang dengan oat, muesli bar
2. Makan tengahari
Makan tengahari sekitar 12 tengahhari atau dalam tempoh 3 hingga 4 jam selepas mengambil sarapan pagi. Makan tengahhari amat penting kerana kita memerlukan banyak tenaga untuk melakukan aktiviti seharian. Seeloknya ambil makanan yang seimbang dengan protein, karbohidrat kompeks, lemak baik (lemak yang tidak di proses serta bebas daripada bahan kimia sintetik) dan serat.
Haaa nak tahu lebih banyak tips? Boleh follow my page 😊https://www.facebook.com/ChocoMai02/
/2021