11/06/2026
Hati mahu menyerah. Jiwa mahu berjuang.
Harus bertahan atau mengaku kalah?
Minggu ini, kami memilih untuk berehat sebentar. Mengutip semula cebisan tenaga, mencantum kembali jiwa yang sedikit hilang. Ada kalanya, berhenti seketika bukan bererti menyerah. Barangkali, itu cara terbaik untuk terus bertahan.
InsyaAllah, jika diizinkan Tuhan, kita ketemu semula minggu hadapan.
Mimpi&Jiwa
📍 KEDAI KOPI MIMPI&JIWA
Jiwacamp, Air Terjun Sungai Pandan, Kuantan
🕘 9.00 pagi - 6.00 petang
📅 Buka setiap Sabtu dan Ahad, cuti sekolah serta cuti am sahaja.
📌 Selepas kaunter bayaran, turun ke parkir bawah sebelah kanan. Kami berada di dalam kawasan Jiwacamp.
Terima kasih buat yang sentiasa menunggu dan memahami. Semoga dipermudahkan segala urusan kita.