Pablo Crispy Chicken Burger

Pablo Crispy Chicken Burger The best crispy chicken burger in Kuantan.

23/02/2023

Best cerita ni korang kene baca ‼️

Aku nak berkongsi sedikit pengalaman setahun jagung aku dalam berniaga.

Semalam merupakan hari yang sales aku agak teruk. Booking melalui phone kurang. Call untuk pre order kurang.

Kita update pergerakan kedai kita dari opening sampai closing/sold out. Agak sedih fikir duit masuk kurang dan fikir stock masih banyak sebab kita takkan simpan ayam dalam freezer semula selepas process sebab ianya akan ubah rasa dan agak tak fresh rasa nnti bila masak.

So semalam jam sudah hampir 2.00pagi masih berbaki ayam yang agak banyak. Termenung aku cari silap kt mana. Aku tak buat posting ig ke?Aku tak update kat facebook ke? macam macam la aku fikir.

Tapi sebenarnya aku lupa nak tengok satu benda. Amalan kita sebagai umat islam, ye betul rezeki datang dengan usaha. Tetapi bukan sekadar usaha dan doa. Solat di awal waktu, solat tempat azan di azan kan(Lelaki), solat berjemaah ini semua kunci rezeki melimpah ruah. Selalu nak cari salah tempat lain, bila sales takde automatic cakap kedai kene sihir, orang dengki la selalu ini je yang ada dalam pemikiran peniaga orang kita. Ianya berbalik kepada kita sendiri yang berniaga ni. Tanya balik diri kita sendiri.

Sedih bila “formula” untuk rezeki melimpah ruah dah ada tapi kita tak ikut sebab leka dengan duit yang tak seberapa ni. Ini bukan nak mengajar ini hanya mengingatkan diri aku sendiri yang lalai mengejar dunia. Kita jangan sama kan kita dengan orang lain.

So sebelum closing kedai semalam aku meeting dengan geng kedai kita decide untuk masak semua yang ada dan sedekah kepada gelandangan. Mungkin rezeki diorang untuk makan pagi ni.

Sebenarnya tak rasa ralatpun bila kita faham konsep rezeki. Dah tertulis pun apa yang kita dapat dan apa kita terlepas.

Kita manusia biasa takkan terlepas dari salah dan silap. Itu sahaja untuk harini. So kawan kawan aku yang berniaga jangan give up and jangan takut untuk memberi kerana dengan memberi itu korang akan rasa nikmat sedekah.

Dan harini kedai buka seperti biasa
❗️6.00ptg-2.00pagi
❗️Cuti setiap hari Ahad

22/02/2023

Ayam gemok gemok semuanya, burger crispy terpadu di Kuantan.

Rangup⭐️
Ayam Juicy⭐️
Roti Special ⭐️
Size besar ⭐️
Kenyang⭐️

Memang ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

Dapat apa yang anda bayar, kepuasan dijamin 100%

Hanya yang terbaik dari Pablo Crispy Chicken Burger.

Lokasi di Indera Mahkota 7, Berhadapan IM7

Boleh Waze/Google (Umies Kitchen)

20/02/2023

We’re open guys, dont be late okay.

Nanti lambat habis. Kalau takut habis boleh roger Pablo 011-6079 6031 untuk order.

But make sure dengan payment ya. Takut kene scam.

20/02/2023
Introducing our superstar ⭐️Crispy Chicken Wrap⭐️Come and grab before its too late. Today were open from 6.00pm to 2.00a...
18/02/2023

Introducing our superstar

⭐️Crispy Chicken Wrap⭐️

Come and grab before its too late. Today were open from 6.00pm to 2.00am.

‼️PERHATIAN WARGA KUANTAN‼️‼️PABLO CRISPY CHICKEN BURGER ‼️ MALAM TAK TAHU NAK MAKAN APA❓SELALU TAK BOLEH TIDO SEBAB LAP...
14/02/2023

‼️PERHATIAN WARGA KUANTAN‼️

‼️PABLO CRISPY CHICKEN BURGER ‼️

MALAM TAK TAHU NAK MAKAN APA❓

SELALU TAK BOLEH TIDO SEBAB LAPAR❓

Jom try BURGER CRISPY yang dicipta khas untuk mengenyangkan anda pada waktu malam😉

📍DEPAN STARBUCK IM7 (Umies Kitchen)
⏰6.00PTG-2.00PAGI
📆CUTI AHAD

JOM CUBA SEKARANG‼️

https://wa.me/601160796031

https://wa.me/601160796031

https://wa.me/601160796031

14/02/2023

Kita menggunakan teknik masakan ”double fry method” untuk ayam lebih rangup dan juicy.

Ramai taktau cara ni, bukan untuk menggoreng ayam sahaja. Cara ni juga boleh digunakan untuk ikan, ubi kentang, cucur, tauhu, tempe.

Gorengan pertama ialah untuk memastikan isi ayam masak sepenuhnya tak perlu ambil masa yang lama, lebih kurang 5-7 minit (170•c) bergantung kepada size dan kuantiti. Dengan cara ini kita kekal kan ”juice” atau orang panggil ”flavour” dalam ayam tu. Bagi aku la kan, aku tak s**a ayam goreng yang terlalu kering sebab ianya “Tasteless”

Setelah selesai gorengan pertama angkat dan biarkan selama 1-2 minit untuk pastikan semua minyak dah jatuh. Gorengan yang kedua ni adalah untuk garingkan lapisan ayam kat luar. Jangan goreng terlalu lama sebab isi ayam akan terlalu kering nanti. Masa untuk gorengan kedua 2-3minit sahaja. Tetapi ! Pastikan minyak panas secukupnya atau nanti ayam terlampau banyak serap minyak tak sedap.

*Cara lain untuk tau ayam kita masak ialah ayam akan terapung di permukaan minyak. So masa ni tak boleh nak ikut sangat kita agak agak sahaja. Sebab masa untuk makanan masak akan berubah bergantung kepada size dan kuantiti.

Aku bukan chef bertauliah, aku cuma peniaga jalanan yang ada 1% ilmu untuk dikongsi bersama 💕

So minta maaf kalau ada silap. Assalamualaikum

Berniaga makanan paling susah nak puaskan hati semua orang. Aku focus kepada portion dan rasa. Kita buat test rasa banya...
13/02/2023

Berniaga makanan paling susah nak puaskan hati semua orang.

Aku focus kepada portion dan rasa. Kita buat test rasa banyak kali sampai sekarang pun still minta untuk customer complain.

Jangan takut untuk orang kritik makanan kita. Dengan kritikan customer itulah kita boleh improve dari segi rasa dan harga.

Aku tulis ni bukan nak cakap produk aku sedap gila. Tetapi Insha Allah puas kalau korang makan.

Prinsip aku korang dapat apa yang korang bayar. Kalau ada yang tak puas hati boleh bagitau je. Dari segi apa produk aku kurang. Insha Allah aku boleh perbaiki.

Customer pun perlu tahu pergerakan harga semasa di pasaran. Sedih kalau customer complain dan bandingkan harga di tempat lain.

Apa aku boleh cakap satu je. Mungkin “Kedai lain” dengan aku jual produk yang sama. Tapi komitmen bulanan kita sama ke?

Maksud aku dia jual stall di tepi jalan dengan kadar sewa Rm10 dengan MPK. Sebulan baru Rm300. So mungkin dia boleh jual dengan harga lebih rendah disebabkan komitmen bulanan yang lebih rendah dari aku.

Dari segi rasa sangat la subjektif. Aku tak boleh tekankan makanan aku sedap giler walaupun aku rasa sedap di mulut aku. Cita rasa orang lain-lain.

So itu sedikit bebelan dari aku 😂 apa apa pun aku mintak maaf kalau ada tersalah bahasa. So orang kuantan boleh datang ke stall aku di Indera Mahkota 7. Berhadapan Starbuck IM7 bertapak di Umies Kitchen.

Assalamualaikum 💕

Address

B66 Jalan IM7/1
Kuantan
25200

Opening Hours

Monday 18:00 - 23:59
Tuesday 18:00 - 23:59
Wednesday 18:00 - 23:59
Thursday 09:00 - 23:59
Friday 06:00 - 23:59
Saturday 06:00 - 11:59

Telephone

+601160796031

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pablo Crispy Chicken Burger posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category