Nasi Ulam D'Pondok & Kafe D'Pondok

Nasi Ulam D'Pondok & Kafe D'Pondok Lebih dari 100 jenis lauk-pauk kampung, ulam2an dan pelbagai jenis kerabu.. Best Malay Traditional cuisine in town
(240)

Program Umrah percuma untuk staff D Pondok. Alhamdulillah, dalam 5-6 tahun lepas management D Pondok sebulat suara berse...
20/08/2026

Program Umrah percuma untuk staff D Pondok. Alhamdulillah, dalam 5-6 tahun lepas management D Pondok sebulat suara bersetuju untuk memberikan reward kepada semua staff yang telah berkhidmat dgn baik dan melebihi tempoh 5 tahun. Reward tersebut dalam bentuk tajaan menunaikan Umrah percuma dari D Pondok. Kami juga memberikan duit poket sebanyak 1000 Saudi Riyal, dan RM1000 untuk pekerja gunakan semasa mengerjakan Umrah. Ada yg dah nak masuk round ke 3 dan round ke 2 dapat pakej menunaikan Umrah kerana telah berkhidmat berbelas tahun dgn D Pondok. Kami juga berbesar hati memberikan reward tajaan Umrah kepada kedua ibubapa staff kami sekiranya staff bersetuju utk memberikan peluang kpd ibubapa mereka yg belum pernah menjejakkan kaki ke Mekah. Insya Allah tahun depan kami ada 2-3 org staff yg akan pergi menunaikan Umrah dgn tajaan D Pondok. Terima kasih kepada semua staff yg banyak membantu memudahkan urusan seharian restoran D Pondok. Jutaan terima kasih juga kepada semua pelanggan D Pondok yang sudi dan setia menyokong perniagaan kami. Tanpa sokongan anda semua, sudah pasti program cakna sebegini tidak dapat dilakukan oleh pihak kami. Doakan D Pondok terus maju jaya🤲🤲

Bermula dengan usaha kecil kami pada tahun 2017, kami menyediakan makan malam percuma  utk lebih kurang 200 student peru...
12/08/2026

Bermula dengan usaha kecil kami pada tahun 2017, kami menyediakan makan malam percuma utk lebih kurang 200 student perubatan UIA Kuantan. Semua lauk pauk yg ada selepas pukul 5 petang, kami infaqkan kepada pelajar2 yg memerlukan. Alhamdulillah, sehingga hari ini kami teruskan dgn IPT lain p**a. Kami amat berterima kasih kpd semua pensyarah mahu pun unit Hal Ehwal Pelajar setiap IPT yg terlibat. Kerana tanpa bantuan dari pihak IPT tersebut, kami tidak mampu menjalankan program ini. D' Pondok juga berbesar hati, jika ada IPT lain yg berminat untuk program makanan ini. Sila berhubung terus dgn pihak kami. Jutaan terima kasih juga kepada semua pelanggan D' Pondok kerana menyokong perniagaan kami. Tanpa sokongan anda semua, sudah pasti program sebegini tidak mampu kami lakukan. Doakan Allah murahkan rezeki kami, agar program kemasyarakatan seperti ini dapat kami teruskan lagi.

07/08/2026

Alhamdulillah, sejak 2023, kami menyediakan sarapan percuma pada pagi Jumaat untuk jemaah subuh Masjid Tepian Putra Kuantan.

Doakan kami mampu menggerakkan pelbagai program kemasyarakatan lagi. Jutaan terima kasih buat semua pelanggan kami, kerana sokongan anda, kami mampu menyediakan program seperti ini.

Alhamdulillah, projek sepanjang bulan puasa tahun ni Ramadhan 2026. D Pondok menyediakan 1000 pax makanan dan minuman be...
05/08/2026

Alhamdulillah, projek sepanjang bulan puasa tahun ni Ramadhan 2026. D Pondok menyediakan 1000 pax makanan dan minuman berbuka puasa untuk pelajar IPTA/IPTS yang kurang brkemampuan sekitar Kuantan sepanjang bulan Ramadhan. Antara IPT yg terlibat adalah , , , , , dan . D Pondok mengambil inisiatif ini kerana kami ingin meringankan beban kos sara hidup kepada pelajar yg terlibat. Terima kasih tak terhingga buat semua semua pensyarah dan juga unit Hal Ehwal Pelajar kesemua IPT ini kerana memberikan kerjasama yang baik dalam menjayakan program ini. Tak lupa juga kepada semua staff D Pondok yg bertungkus lumus dalam menyediakan makanan dan memastikan program ini berjalan lancar. Insya Allah Ramadhan tahun depan kami akan adakan lagi program kemasyarakatan seperti ini. Terima kasih juga kepada semua pelanggan yg sudi makan di restoran kami kerana dengan sokongan anda semua kami mampu menjalankan program ini.

29/05/2026

Nasi Ulam DPondok di buka setiap hari mulai hari ini

23/03/2026

Nasi Ulam D Pondok mula beroperasi hari in. Jemput singgah semua.

09/03/2026

Jom iftar percuma di Masjid Tepian Putra, Kuantan.
Kami di sini bermula malam 17Ramadhan hingga 27Ramadhan. Sama-sama kita meriahkan Masjid Tepian Putra.



09/03/2026
DPondok sekarang membuka cawangan ke 3 di Foodcourt Maahad Tahfiz Yayasan Pahang, Tg. Lumpur.. Kami mengekalkan trademar...
26/12/2025

DPondok sekarang membuka cawangan ke 3 di Foodcourt Maahad Tahfiz Yayasan Pahang, Tg. Lumpur.. Kami mengekalkan trademark kami yang menghidangkan lebih 100 jenis lauk pauk tradisonal setiap hari. Kami juga menyediakan lebih 30 menu sarapan pagi beserta roti canai dan kuih muih... Jommmm semua...

Anda mungkin tercicir. Sila datang ambil di cawangan bersebelahan Berjaya Megamall
18/12/2025

Anda mungkin tercicir. Sila datang ambil di cawangan bersebelahan Berjaya Megamall

Address

B-34 Lorong Tun Ismail 6, Sri Dagangan
Kuantan
25000

Opening Hours

Monday 07:00 - 17:00
Tuesday 07:00 - 17:00
Wednesday 07:00 - 17:00
Thursday 07:00 - 17:00
Friday 07:00 - 17:00
Saturday 07:00 - 17:00
Sunday 07:00 - 17:00

Telephone

+60139552122

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nasi Ulam D'Pondok & Kafe D'Pondok posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Nasi Ulam D'Pondok & Kafe D'Pondok:

Shortcuts

Share