17/07/2024
“Masak? Semua orang boleh masak!”
“Kejayaan dalam bidang Masakan bagi aku, kita dapat hidangkan makanan yang seakan seseorang yang telah pergi berada dimeja makan bersama kita”
🧑🏾🍳Cucu MakTok, Chef Haqril.
Ia bermula pada 22 tahun lepas, Nasi Lemak ialah hidangan pertama yang tersemat di ingatan sewaktu kecil yang diajar oleh MakTok atau nama sebenarnya Aisha Binti Ismail. Setiap kali MakTok ke dapur untuk memasak, dia sering mengajak untuk membantu kerana usianya menghalang pergerakkan dan dari situ dipelajari ilmu lama masakan dan ada juga resepi yang diturunkan oleh penulisannya sendiri dibuku conteng sekolah lamaku.
MakTok sangat menitik beratkan rasa Lemak pada Nasi yang datang daripada sukatan Santan yang mencukupi dan bahan tambahan yang lagi menaikkan rasa Lemak pada Nasi. Sambal p**a, haruslah mengikut turutan lidah bermula dengan Pedas, Manis & Masin. Sukatan air semasa mengkisar wajib disukat dengan betul supaya sambal tidak ‘Ceroi’ (Cair Air).
Sekarang, ia menjadi kenangan terindah yang menaikkan semangat bila kenangkan memori semasa kecil menolong Mak Tok di dapur & cara bersahaja Mak Tok mengharungi kehidupan dengan kata-katanya yang memberi inspirasi. Dengan pemergian beliau, diharapkan cucunya ini dapat menyajikan makanan terbaik diajar olehnya dan juga perkara yang memberi impak positif kepada komuniti sekeliling.
Terima Kasih, MakTok.
Aishah Binti Ismail, 1932-2020.