10/03/2026
TALAM KAMBING BAKAR 1 KILO!
Ramadan ni belum ada kesempatan berbuka beramai-ramai di luar bersama keluarga? Jom kali ni singgah Iftar bersama Kupi Kupi Hillpark di Hillpark Avenue Puncak Alam.
Apa yang istimewa Ramadan kali ini adalah set Talam Kambing Bakar Sekilo dan Talam Kari Kepala Ikan dalam pilihan tiga saiz berbeza dengan harga serendah RM45 sahaja.
Talam Kambing Bakar lengkap dengan sambal kicap, nasi, salad beserta sup daging dan tak lupa juga oren Sunquick percuma. Sesuai utk anda yg sedang diet protein.
Pencinta kepala ikan p**ak boleh pilih Talam Kari Kepala Ikan Merah atau Jenahak, lengkap nasi, sayur, ikan masin, ulam sambal belacan dan juga sirap selasih percuma. Rasanya pasti surr!
Nak best lagi, pilih lauk kampung add on kami yg dijamin membuka selera seperti asam picit ikan rebus, siput sedut masak lemak cili api, keli berlado, ayam masak merah, siakap berlado dan banyak lagi.
Lokasi : KUPI KUPI Hillpark Avenue (berdekatan Hospital UiTM)
Waze : KUPI KUPI Hillpark
Waktu operasi : 4ptg hingga 12 malam
Atau jika anda berada sekitar Seksyen 7, Shah Alam, boleh menikmati set talam sama di cawangan KUPI KUPI Shah Alam di Pusat Komersil Seksyen 7.
Boleh walk in atau take away. Sebarang pertanyaan boleh hubungi http://www.wasap.my/60163642007
Bagaimanapun utk dine in kami galakkan reserve lebih awal supaya dapat kami bersiap siaga terlebih dulu. 😁