04/10/2026
Terima kasih kepada semua peserta Kursus Ternakan Kambing Tenusu - Satu Ternakan Pelbagai Hasil, yang singgah di Restoran Dbaung Terengganu tengahari tadi. Peserta dari seluruh Malaysia ini berkursus di Terengganu yang di bimbing oleh team Sri Mersing Farm & Resources.
Setelah 2D1N berkursus, teori dan praktikal, tengahari tadi sebelum bersurai mereka ramai-ramai menikmati makan tengahari berlaukkan Baung Tempoyak, Baung Goreng Bebawang dan pelbagai lagi lauk pauk dan ulaman kampung, dengan lazat sekali. Tak sangka ramai peminat Baung Tempoyak rupanya!
Dan Dbaung telah menyatakan komitment nya untuk menjadi hub jualan susu kambing segar keluaran para penternak Kambing Tenusu sekitar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus😘
Sambil menikmati pelbagai hidangan enak Dbaung, pelangan Dbaung boleh mencuba susu kambing fresh yang sangat sedap dan penuh khasiat💪
Sekali lagi terima kasih atas sokongam semua
Ada peluang datang Terengganu di masa hadapan, sudi sudi kan lah jengok kami di Restoran Dbaung Terengganu
Dbaung Sedap Do’oH