28/06/2023
TAHUKAH HAMPA?
Maksud tersirat gelaran "DULI YANG MAHA MULIA' dan 'SERI PADUKA BAGINDA' yang patut kita tahu.
Ada orang kata Perkataan "Yang Maha Mulia" tidak sesuai digunakan pada manusia sebaiknya hanya layak bagi Tuhan. Penggunaan perkataan ini boleh membawa kepada syirik kerana seolah-olah meletakkan seorang Sultan setaraf dengan Tuhan.
Masalah ini bukan kerana gelaran Sultan tetapi kerana dari kita sendiri yang kurang Pemahaman dalam bahasa melayu dan malas mengkaji dan mencari.
Untuk Pengetahuan umum.
Maksud "Duli Yang Maha Mulia"
-Adapun "Duli" itu maknanya "debu". Makanya "Duli Yang Maha Mulia" itu maknanya Raja yang bertakhta itu walau seluas manapun jajahan takluknya, hanyalah ibarat debu di sisi Tuhan Yang Maha Mulia. Adapun "Paduka" itu maknanya "selipar" manakala "Baginda" itu ialah baginda Rasulullah SAW.
Maksud "Seri Paduka Baginda"
-Makanya "Seri Paduka Baginda" itu maknanya Raja yang berkuasa itu, meskipun segunung emas sepuluh mutu banyak hartanya, hanyalah selipar pelapik kaki kepada Baginda Rasulullah, utusan Tuhan Yang Maha Mulia.
Inilah keunikan dan kekayaan Bahasa Melayu.
DAULAT TUANKU!
Kredit : FB Tengku Daeng Mawelle