Restoren Azila Kedai Binjai

Restoren Azila Kedai Binjai Hidangan tradisi Terengganu ikanpanggang #

08/03/2026

Salam ramadhan mubarak ..Kedai kami akan berperasi esok
09/03/2026
3ptg -8mlm
jemput semua

11/02/2026

SISI GELAP SEORANG PENIAGA

Bahagian 2

Abg Dee bercerita tentang sesuatu yang real. Sekadar untuk bacaan ringan dan santai. Situasi sebenar Abg Dee dah tulis di bahagian 1. Agak panjang coretan itu.

Ini bukan kisah kegagalan. Ini kisah yang ramai peniaga lalui tapi tak berani cerita. Kadang kadang kita sering bermimpi Indah. Semua itu tidak salah. Harapnya menjadi motivasi dan dorongan untuk jadi lebih berjaya.

Kita sambung.....

Apa yang berlaku sebenarnya?
Ini jawapan jujur yang pahit.

Waktu kecil bisnes kecil.

Stress dia sunyi. Tak ramai pelanggan.
Tak tahu esok ada orang datang ke tidak.
Tapi pada masa sama,
Tak ada sewa ribuan
Tak ada loan bank
Tak ada payroll belasan orang
Tak ada bil elektrik ribu-ribu
Dapat RM200, rasa kaya.
Dapat RM500, senyum sampai malam.
Tidur penat, tapi hati tenang.

Bila mula membesar..!

Stress dia ramai pelanggan. Penuh. Kedai sesak. Video viral. Tapi bersama-sama tu datang:

Gaji pekerja setiap bulan
Sewa kedai tak pernah tunggu kita bersedia
Loan bank tak peduli sale turun atau naik.
Bil elektrik jalan walaupun kedai kosong
Sale masuk besar…
Tapi duit tinggal kecil.
Tidur lewat, bangun awal.
Penat bukan sebab kerja…
Penat sebab tanggungjawab.
Inilah hakikat yang orang tak nampak
Orang nampak:
“Wah, kedai besar. Ramai pelanggan. Mesti kaya.”
Tapi peniaga tahu:
“Kalau sehari tutup, esok ada bil menunggu.”

Bila peniagaan membesar, beban pun membesar.

Dulu cara kita berfikir -

“Kalau ada ramai pelanggan, semua selesai.”
Hakikatnya:
Ramai pelanggan ≠ bebas dari stress
Ramai pekerja ≠ untung berganda
Kadang-kadang:
Kedai kecil → duit sikit, hati lapang
Kedai besar → duit lalu, tak sempat berhenti di kocek kita.

Inilah konflik sebenar peniaga

Nak kekal kecil → takut tak berkembang
Nak jadi besar → takut dengan komitmen

Setiap naik satu level, stress pun naik satu level. 10 kali sale bermaksud mengheret sama 10 masalah.

Bezanya cuma:
Stress orang kecil → “Esok ada jualan ke?”
Stress orang besar → “Sale cukup tak bayar semua?”

Inilah sisi gelap yang jarang diceritakan
Pelanggan hulur duit, tapi duit tak pernah rasa cukup.
Bukan sebab tamak.
Tapi sebab terlalu banyak mulut yang perlu disuap. Terlalu banyak komitmen yang perlu dihadap dalam satu masa.

Kalau kita peniaga kecil dan rasa penat —
kita tak keseorangan.

Kalau kita peniaga besar dan rasa kosong —
itu bukan tanda gagal.
Itu tanda kita sedang memikul sesuatu yang berat.

Bisnes bukan tentang besar atau kecil.
Bisnes tentang kesiapan emosi, kewangan dan keputusan.

Dan tak semua orang sanggup jujur bercerita pasal ini.

Ini bahagian 2. Nanti Abg Dee sambung bahagian 3.

Apa sebenarnya hala tuju kita..!

“Apa yang peniaga patut buat supaya tak terperangkap di tengah-tengah”

Sekali lagi Abg Dee tegaskan, ini sekadar coretan buat bacaan. Moga kita berfikiran lebih terbuka dan real.

Banyak kesilapan yang kita buat tanpa sedar.


15/01/2026

Semoga segala urusan anda hari ini dipermudahkan,diberi kelancaran dan hasilnya penuh kebaikan.aminn

Jeput maghi makang tupak sutong❤️❤️❤️
12/09/2025

Jeput maghi makang tupak sutong❤️❤️❤️

Terengganu muncul sebagai negeri paling bahagia di Malaysia selepas mencatat skor 8.64 dalam Indeks Kebahagiaan Malaysia (MHI) 2024.

Manakala daerah Kluang, Johor p**a menjadi Daerah Pentadbiran Dengan Skor Indeks Kebahagiaan Tertinggi iaitu 9.83 mata.

Secara keseluruhan, rakyat Malaysia bahagia dengan skor kebahagiaan perempuan (7.62) melebihi skor kebahagiaan lelaki (7.57).

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

06/08/2025
Di buka hari ini sempena cuiti sekolah(khamis 5/6/25,, aelamay menjame selera
05/06/2025

Di buka hari ini sempena cuiti sekolah
(khamis 5/6/25,, aelamay menjame selera

07/04/2025
02/03/2025
30/01/2025

kami beroperasi hari ini (khamis)cny

26/12/2024

KAMI BEROPERASI HARI INI SEMPENA CUTI SEKOLAH😀😀

07/10/2024

Tutup
air xde

Address

No. 110, Jalan Bukit Kechil, Kampung Bukit Kecil
Kuala
21100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 16:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 16:45

Telephone

+60139153781

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Restoren Azila Kedai Binjai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share