12/11/2018
LAWATAN DARI KPDNKK
Alhamdulillah hari ni kami dapat lawatan dari pihak KPDNKK. Bersyukur sangat kerana Allah nak tunjuk kepada kami cara berniaga dengan betul dan mengikut peraturan.
KPDNKK ada banyak beri tunjuk ajar untuk membaiki kekurangan dan kesilapan kami dalam berniaga. InSyaAllah suatu hari nanti kami boleh dijadikan contoh premis perniagaan yang dikehendaki oleh peraturan KPDNkk.
Walaupun kekurangan kami tidaklah seteruk kekurangan di kedai makan lain atau kedai mamak tapi kami tetap menjadi pilihan pihak berkuasa. Terima kasih kepada yang membuat laporan. Tanpa laporan anda, kami mungkin tidak sedar akan kekurangan kami. Alhamdulillah.
Kepada warga Saujana Utama, Seri Pristana, Seri Alam, SBCR dan Hillpark, jemput datang ke restoran kami. Kepakaran kami adalah menyediakan juadah makanan tengahari yang menyelerakan lagi berkhasiat sehingga anda dan anak-anak anda kenyang dan sihat.