Rindu Mama Cafe

Rindu Mama Cafe Kami menyediakan aneka masakan utara, roti canai dan fresh homemade kuih-muih. Pakat mai datang ramai-ramai!

Untuk sebarang pertanyaan, sila whatsapp: https://wa.link/z3xmt1

Assalamualaikum Pak Long Mak Long semua.Kami nak maklumkan yang kami akan bercuti selama 2 hari mulai esok Isnin 22/9/20...
21/09/2025

Assalamualaikum Pak Long Mak Long semua.

Kami nak maklumkan yang kami akan bercuti selama 2 hari mulai esok Isnin 22/9/2025 sehingga Selasa 23/9/2025. Kami akan beroperasi semula pada hari Rabu 24/9/2025.

Untuk makluman juga kami dah mula jual Murtabak Daging (RM5) bersama Kari Kambing (RM10) sebagai menu baru kami. Mai la cuba rasa.

Jemput datang Pak Long Mak Long semua untuk menjamu selera di Rindu Mama Cafe seawal pukul 7.00 pagi.

Kami ada di
No 37-1, Jalan Dataran Suria 15/7
Puncak Alam

No H/P : 012-677 1587
013-342 8571

Assalamualaikum Pak Long Mak Long semua.Sempena cuti persekolahan minggu ni Rindu Mama Cafe akan terus dibuka esok Khami...
17/09/2025

Assalamualaikum Pak Long Mak Long semua.

Sempena cuti persekolahan minggu ni Rindu Mama Cafe akan terus dibuka esok Khamis 18/9/2025 sehingga Ahad 21/9/2025.

Baru-baru ni kami dah mula hidang Pulut Kuning makan dengan Rendang Kerang (RM8.00) dan Murtabak Daging (RM5.00).

Jemput datang Pak Long Mak Long semua untuk menjamu selera di Rindu Mama Cafe seawal pukul 7.00 pagi.

Kami ada di
No 37-1, Jalan Dataran Suria 15/7
Puncak Alam

No H/P : 012-677 1587
013-342 8571

Assalamualaikum...Rindu Mama Cafe di Dataran Alam Suria, Puncak Alam sedang mencari pekerja untuk kemasukan SEGERA.1. Pe...
09/09/2025

Assalamualaikum...

Rindu Mama Cafe di Dataran Alam Suria, Puncak Alam sedang mencari pekerja untuk kemasukan SEGERA.

1. Pelayan (Lelaki dan Perempuan)

2. Separuh Masa (6.00 pagi hingga 11.00 pagi)

3. Jumaat hingga Rabu. Khamis Cuti.

4. Warganegara Malaysia sahaja.

Sila hubungi 012-6771587 untuk keterangan lanjut.

Kisah Di Rindu Mama CafePagi ni part time staff yg juga anak asuhan wife aku masa kecil berborak dengan aku..dia panggil...
24/08/2025

Kisah Di Rindu Mama Cafe

Pagi ni part time staff yg juga anak asuhan wife aku masa kecil berborak dengan aku..dia panggil aku Abah dan wife aku Ibu

Staff : Abah orang Melaka ke?

Aku : Eh! Bukan...Ibu yang orang Melaka...

Staff : Melaka kat Mana?

Aku : Ayer Molek..

Staff : Kat mana tu? (Dia mcm blurr je)

Aku : Ala..kat Bukit Katil!

Staff : Ooo..(mcm tau )

Aku : Abah kat Bukit Bantal...itu yang boleh kahwin dengan ibu tu..sorang ada Katil..sorang ada Bantal..πŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ

Staff : Hahaha..πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€

Cenggitu jer aku game staff tu..

Gurau senda membawa bahagia..

Nota : Rindu Mama Cafe dah tukar signboard baru ya..sekarang baru nampak dengan jelas ...✌️✌️✌️

Terima kasih "Gang Meja Mesyuarat" yang setia support Rindu Mama Cafe sejak mula di buka pada tahun 2020 lagi. Moga ukhw...
21/08/2025

Terima kasih "Gang Meja Mesyuarat" yang setia support Rindu Mama Cafe sejak mula di buka pada tahun 2020 lagi. Moga ukhwah kita berkekalan hingga ke akhir hayat..

Check out Rindu Mama Cafe’s post.

Kisah Di Rindu Mama CafePagi tadi ada satu family datang sarapan.Ayah dia test anak lelaki umur 12 tahun β€” suruh pergi k...
17/08/2025

Kisah Di Rindu Mama Cafe

Pagi tadi ada satu family datang sarapan.
Ayah dia test anak lelaki umur 12 tahun β€” suruh pergi kaunter bayar. Bawa duit RM50 sekeping.

Aku pun kira²… total sebenar RM30.
Tapi saja aku acah, aku cakap:
β€œRM105 dik…” 😏

Budak tu terus freeze macam kena β€œpause button” 🀣
Mata terbeliak β†’ suara naik sikit,
β€œHAAA???” 😳

Aku tak tahan ketawa… terus cakap,
β€œRelaks la dik, atuk acah je… RM30 je semua.”
Baru la dia lega, terus gelak sama-sama.

Gurau senda membawa bahagia

πŸ‘‰ Jom bawak family sarapan kat Rindu Mama Cafe esok.
InsyaAllah makan kenyang, hati pun senang βœ¨β˜•πŸ΄

01/07/2025

Kisah Di Rindu Mama Cafe

Kisah Di Rindu Mama CafeSemalam sembang dengan sorang staff lepasan SPM dan tanya dia keputusan UPU dapat offer ke mana....
22/06/2025

Kisah Di Rindu Mama Cafe

Semalam sembang dengan sorang staff lepasan SPM dan tanya dia keputusan UPU dapat offer ke mana..

Aku : Dapat offer U mana?

Staff : Tak dapat mana-mana pun...

Aku : Satu pun tak dapat? Salah isi borang kot?

Staff : Entah la..tapi ada dapat offer dari Unisel

Aku : Haa.dapat course apa kat sana?

Staff : Pendidikan Awal Kanak-Kanak..

Aku : Bila daftar?

Staff : Tapi saya dah reject!

Aku : Kenapa reject?

Staff: Tak minat Pendidikan Awal Kanak-Kanak...

Aku : Habis tu apa yang ko minat? Pendidikan Awal Emak-Emak? πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€

Staff : Hahaha...πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€

Aku ; Hahaha...πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€

Cuba kome bayangkan kalo betul ada kursus Diploma Pendidikan Awal Emak-Emak. Apa gamaknya Silibus program ni ya..mungkin ada subjek cara-cara tido kan anak, tukar lampin bayi, cara mandikan anak...gamaknya ler..

Antara cadangan tenaga pengajar

Siti Saodah - ajor cara sendawakan baby
Suria Sulaiman - ajor cara bancuh susu baby
Hanna Nizzam - ajor cara masak bubur baby
Ct Kelly - ajor cara mandikan baby
Afifah Ilyana - ajor cara tidokan baby dengan maknya sekali tido
Norazah Ahmad - ajor cara tukar lampin
Sakinah Mohamad - ajor cara mengagah baby

Sekian, teman melabun dari Restoran Rindu Mama Cafe Puncak Alam...

Gurau senda membawa bahagia.

Nota: Gambar di bawah tak de kena mengena dengan cerita di atas. Saja nak tunjuk salah satu menu di Rindu Mama Cafe.

Kisah Di Rindu Mama CafeHari ni hantar catering 110 pax Nasi Goreng + sepotong kuih talam cendol + air mineral untuk stu...
21/06/2025

Kisah Di Rindu Mama Cafe

Hari ni hantar catering 110 pax Nasi Goreng + sepotong kuih talam cendol + air mineral untuk student di Kolej Casuarina. Diorang ada game volleyball kat situ.

On the way balik ke Cafe, aku borak dengan sorang staff yang ikut aku hantar catering namanya Naem.

Aku : Lepas ni kita kena balik ambik satu lagi catering. Cuba kau check nak hantar ke mana tu..

Naem : Hantar ke (Kolej) Futsal Angsana (sambil semak kertas order catering).

Kebetulan masa ni kami sampai ke simpang untuk keluar dari Kolej Casuarina dan aku nak belok ke kanan.

Naem: Kalau (nak pergi) Angsana sebelah sana tu..(sambil tunjuk sebelah kiri)

Aku : Ok kalau sana Angsana, sini apa? (sambil tunjuk sebelah kanan)

Naem : Entah...(Kolej) Rafflesia kot!

Aku : Bukan..kalau belah sana Angsana, belah sini Angsini laa..hahaha πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€

Naem : Hahaha..πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€

Cenggitu jer aku game si Naem...πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€

Gurau senda membawa bahagia.

Kisah Di Rindu Mama CafeHari ini catering tengahari agak banyak di Rindu Mama Cafe. Ada beberapa catering ni memerlukan ...
19/06/2025

Kisah Di Rindu Mama Cafe

Hari ini catering tengahari agak banyak di Rindu Mama Cafe. Ada beberapa catering ni memerlukan makanan secara buffet untuk VIP dan juga packing untuk student serentak.

Jadi aku terpaksa hantar barang-barang keperluan seperti dome, tray, pinggan mangkuk, bekas air dan sebagainya lebih awal dalam pukul 9.30 pagi dan trip yg kedua nanti akan hantar makanan sahaja.

Ada satu catering ni PIC nya seorang student bernama Sha. Sebenarnya, catering ni adalah hari yang kedua dan terakhir program yang diuruskan oleh Sha.

Masa aku hantar barang-barang tu Sha offer nak bantu susun di meja dan aku biarkan jer dia bantu. Lepas selesai aku pun pulang ke Cafe untuk ambil makanan pulak.

Masa aku on the way nak hantar makanan, Sha call aku.

Sha : Assalamualaikum pakcik, bila makanan akan sampai ya?

Aku : Pakcik rasa pakcik hantar malam ni boleh?..πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€ (saja aku menyakat Sha)

Sha : Haaaaa!!!...kenapa nak hantar malam pulak pakcik? (dengar suara Sha panik..πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€)

Aku : Ehh! Tak boleh ya hantar malam? hahaha

Sha :: Tak booooleeehhh pakcik..kena hantar sekarang!!!....(suara macam nak nangis)

Aku : Ok..jangan risau..pakcik dah on the way ni...hahaha

Sha : Hahaha...(lega sebab kalau makanan tak sampai, dia yang kena jawab)

Sampai kat tempat kejadian..Sha dengan kawan dia dah tertonggok kat loading bay tunggu makanan sampai. Risau ler tu takut makanan tak sampai...

Sekali sekala kita sakat student yang "lurus" dan "polos" syok jugak.

Gurau senda membawa bahagia...

Address

37-1, Jalan Dataran Suria 15/7, Seksyen 15, Bandar Puncak Alam
Kuala
42300

Opening Hours

Monday 07:00 - 15:00
Tuesday 07:00 - 15:00
Wednesday 07:00 - 15:00
Thursday 07:00 - 15:00
Saturday 07:00 - 15:00
Sunday 07:00 - 15:00

Telephone

+60133428571

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rindu Mama Cafe posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Rindu Mama Cafe:

Share

Category