16/04/2023
Dalam Kenangan‼️
Untuk Makluman semua pelanggan King'S Thai Kitchen yang kami sayangi, Semalam 16/4/2023 merupakan hari terakhir kami beropeasi. Selepas ini kami hanya akan beroperasi dari rumah untuk pickup dan delivery sahaja.
Genap setahun kami menapak disini, tapi apakan daya Kita hanya merancang Allah tentukan segalannya. ada beberapa kekangan yang membuatkan kami terpaksa menamatkan operasi kami di kedai.
Terima kasih buat semua pelanggan setia kami yang selalu support.. pada kawan2 dan semua staff yang pernah bekerja bersama kami terima kasih untuk kenangan yang dicipta bersama di sini.
lepas Raya In Shaa Allah yang mana rindu nak makan miang pla mahupun Daging danok Rojer ja kita hantar sampai depan rumah tau.