13/02/2024
Susu
Di dalam bisnes coffee Antara, susu di gunakan dalam hampir 90% dalam menu minuman Antara.
Selain dari pemilihan jenama susu dan jenis susu, kualiti susu amat penting bagi memastikan setiap menu minuman di Antara berada di tahap yang terbaik dan konsisten, selari dengan RND yang telah Antara buat sebelum menjual sesuatu menu minuman.
~ Penggunaan susu ~
Buat masa ni, Antara menggunakan purata 6 carton atau 72 liter susu sebulan bagi memenuhi permintaan pelanggan.
Kedai-kedai coffee atau minuman lain yang menggunakan susu, dah tentu guna jauh lebih banyak dari Antara.
~ Masalah susu ~
Hari ini, Antara mengalami kejadian yang tak dapat di jangka, di mana susu baru yang masih jauh tarikh luputnya telah rosak di dalam botol yang masih kekal di seal dari kilang.
Seperti biasa, barista telah hasilkan sebanyak 4 cup minuman pelbagai menu dan diserahkan kepada customer seperti biasa, tanpa menjangkan apa-apa masalah.
Selang berapa minit, customer tadi telah datang semula dan mengajukan bahawa semua air yang di buat rasa masa & pahit.
Setelah di periksa, terdapat 3 botol susu dalam karton yang sama terpaksa di buang disebabkan perubahan rasa (masam & pahit). Walaupun tekstur & bau susu masih dalam keadaan baik, tidak menunjukkan tanda-tanda berketul atau berbau masam.
Antara bernasib baik, customer tersebut masih di kawasan kedai dan patah balik dan ajukan masalah susu rosak kepada Antara. Jadi Antara terus membuat permohonan maaf dan menggantikan semua minuman yang rosak kepada yang baru.
~ Pencegahan ~
Bagi memastikan kualiti bahan-bahan yang digunakan berada dalam keadaan yang terbaik, Antara akan menetapkan operasi standard kepada barista untuk sentiasa mencuba dahulu susu yang baru di buka, terutama dari segi rasa, bau dan keadaan fizikal susu tersebut, selain dari sistem First In First Out (FIFO). Walaupun jenuh nak cuba rasa setiap kali buka susu baru, tapi demi menjaga perniagaan, kena buat jugak.
Tak terhad pada susu sahaja, tapi pada semua bahan-bahan yang digunakan di Antara. Ini penting bagi menjaga kualiti setiap menu jualan agar tidak berlaku apa-apa keracunan makanan dan mengelakan kerugian dalam perniagaan.
Permasalahan ni jugak akan di ajukan pada pembekal susu bagi memastikan bekalan susu selepas ni berada dalam keadaan baik
~ Alhamdulilah ~
Ujian buat perniagaan Antara apabila terjadi hal-hal macam ni. Dan alhamdulilah Antara dapat customer memahami dan tak cepat melenting. Di kala zaman viral ni, boleh musnah sesuatu perniagaan kalau perkara-perkara macam ni di hebohkan dengan alasan content atau niat yang tak baik.
Semoga Antara cekal dalam menghadapi ujian dan rintangan di masa hadapan.. Insyallah
*********
Yang mana nak ke Bestari Jaya atau Puncak Alam atau yang nak balik ke Kuala Selangor boleh dapatkan secawan kopi dari Antara Coffee en Cake supaya segar sikit mata tu bila drive ๐
Nak mudah, Waze / Google Map โ โAntara Coffee & Cakeโ insyallah jumpa