Ali Crispy

Ali Crispy The Real Fast Food In Village Burger petak

Assalamualaikum awok2 seme, jemput singhoh gerai burger Ali crispy di tempat baru..hari ning baru masuk hari kedua buka....
13/02/2026

Assalamualaikum awok2 seme, jemput singhoh gerai burger Ali crispy di tempat baru..hari ning baru masuk hari kedua buka..

lokasi di hadapan masjis seberang takir
depan kedai plasti takir…
meh pakat rasa burger kukus😋

Ali Crispy buke mcm biasa mlm ni awok2,jemput singhoh
14/02/2022

Ali Crispy buke mcm biasa mlm ni awok2,jemput singhoh

Ali Crispy Open Today Deh awok2..meh singgoh
13/09/2021

Ali Crispy Open Today Deh awok2..
meh singgoh

Dengan waktu niaga dihadkan hingga jam 8.00 malam sahaja, mustahil jualan peniaga burger tak terkesan.Pasti berikan kesa...
24/05/2021

Dengan waktu niaga dihadkan hingga jam 8.00 malam sahaja, mustahil jualan peniaga burger tak terkesan.

Pasti berikan kesan besar dari segi jumlah jualan.

Kebiasaannya, pelanggan akan membeli burger pada waktu malam.

Saya tak pasti sejarah asalnya dan sudah berapa puluh tahun trend membeli burger hanya pada waktu malam sahaja.

Apa yang saya lihat, punca trend membeli burger pada waktu malam disebabkan oleh waktu jualan peniaga burger itu sendiri.

Kebanyakan peniaga burger yang saya kenal jadikan perniagaan burger ni sebagai bisnes sampingan.

Pada siang hari mereka jalankan rutin kerja tetap, jadi hanya pada waktu malam sahaja mereka ada masa untuk buat bisnes sampingan dengan menjual burger.

Ada juga peniaga burger yang jadikan bisnes ini sebagai sumber pendapatan utama tapi masih lagi mengekalkan trend beroperasi pada waktu malam.

Saya cuba berfikir secara positif dan berikan beberapa cadangan yang inshaa Allah mampu jadi solusi kepada peniaga burger dan peniaga lain yang lazimnya beroperasi pada waktu malam sahaja.

✅ Waktu Operasi Baru :
Disebabkan pelaksanaan SOP PKP 3.0 yang mengehadkan perniagaan hanya sehingga jam 8.00 malam, peniaga burger sudah boleh mula ubah waktu operasi mereka. Wujudkan trend baru berniaga burger pada siang hari. Masyarakat sudah terdidik dengan waktu perniagaan yang dibenarkan, jadi ini masanya untuk anda ubah trend membeli burger pada waktu malam kepada membeli burger juga pada waktu siang.

Mungkin ada yang berpendapat tiada pelanggan yang nak makan burger pada siang hari. Saya boleh katakan pendapat ini tak 100% betul. Cuba anda ke premis MekDi, BegerKing, Kepci dan sebagainya pada waktu siang hari. Anda akan lihat deretan kenderaan sedang beratur untuk drive-thru dan juga ada pelanggan yang sedang dine in (sebelum pkp). Ini membuktikan, trend makan burger pada waktu malam hari sahaja berjaya diubah oleh syarikat tersebut.

Ini masanya untuk anda 'up to date' waktu operasi anda kepada new trend.

Ia bukan soal bisnes skala besar atau skala kecil. Ia soal siapa yang nak naikkan bisnes mereka ke skala yang lebih tinggi.

✅ Model Bisnes Pre 0rder
Peniaga juga boleh mula ubah model bisnes daripada walk in kepada model bisnes pre 0rder.

Dengan cara ini, peniaga dapat jimatkan kos operasi dan dapat kurangkan risiko kerugian bahan mentah.

Strategi pemasaran perlu dirangka dan dipertingkatkan kepada komuniti setempat.

Melalui cara ini juga, branding gerai burger anda akan mula naik dan dikenali.

✅ Pelbagaikan Menu
Menu yang pelbagai mampu tarik lebih ramai pelanggan berfokus kepada gerai anda.

Jika sebelum ini anda hanya fokus kepada menu burger sahaja, sekarang adalah masanya untuk variasikan menu di gerai anda.

Ayam goreng, snek, French Fries, minuman dan sebagainya.

Buat pakej combo untuk tingkatkan jualan dan keuntungan.

Boleh juga jalinkan kerjasama dengan peniaga lain.

✅ Ubah Bidang
Ini adalah cara terakhir sekiranya 3 cara di atas tak dapat dilakukan.

Memang perit tetapi ia hakikat yang terpaksa ditelan.

Banyak perniagaan di luar sana yang terpaksa ubah model bisnes dan bidang disebabkan nak survive dalam situasi pandemik.

Ada yang dari bidang F&B beralih arah ke bidang transport, hotel ke bidang F&B dan sebagainya.

**

Penulisan ni hanyalah pandangan peribadi saya dan semoga ada manfaat untuk peniaga di luar sana. Inshaa Allah

Apa yang kita perlu sedar, kesan pandemik ni bukan hanya dirasai di Malaysia, bahkan di seluruh dunia.

Jika hanya bisnes lah sumber pendapatan kita, kita kena bersedia untuk berubah atau diubah.

Saya doakan semoga urusan kita dipermudahkan Allah dan dimurahkan rezeki sentiasa. Inshaa Allah

MAA Parfum Legacy
Fragrance's One Stop Centre

03/05/2021
03/05/2021

ALI CRISPY
BUKA JER NI AWOK2
nok makan sini pun buleh air panas & sejuk

14/04/2021

ALI CRISPY
BEROPERASI MACAM BIASA HARINING JEMPUT SINGGOH

10/04/2021

JAWATAN Kosong di *ALI CRISPY*
( Full-time )
*KITCHEN HELPER/PEMBANTU DAPUR DIPERLUKAN*

*(Kemasukan segera APRIL 2021)*

Lelaki/Perempuan
Umur 18-30

* Waktu Kerja
- AHAD - JUMAAT
- SABTU CUTI
- FULL TIME
- 5.00ptg-12.30mlm
- Gaji Berpatutan

* Lokasi: di Batu Hampar (Manir)

Kriteria yg dicari :
* Mahir guna alatan dapur
* Mencari pengalaman berkerja
* Ingin mencari rezeki yang halal

Jika ada yg berhampiran dan berminat.. boleh terus wasap utk interview ringkas.. . terima kasih..

http://www.wasap.my/60145068437/KitchenHelper

ALI CRISPYBUKA DOH NI GAISMEH LA SINGGOHkite open cod skali mlm ni dehnok tempoh / cod buleh wassap / call terus014-5068...
01/04/2021

ALI CRISPY
BUKA DOH NI GAIS
MEH LA SINGGOH
kite open cod skali mlm ni deh
nok tempoh / cod buleh

wassap / call terus
014-5068437

01/04/2021

Welcome
1 April 2021

Address

Batu Hampar Manir
Kuala
21200

Opening Hours

Monday 18:00 - 00:00
Tuesday 18:00 - 00:00
Wednesday 18:00 - 00:00
Thursday 18:00 - 00:00
Friday 18:00 - 00:00
Saturday 18:00 - 00:00

Telephone

+60145068437

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ali Crispy posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share