23/02/2024
KOFI PENYU AKAN DITUTUP
Last operasi esok ( SABTU HINGGA SELASA)
24 feb - 27 feb 2024.
Pahtu takdok doh lah situ
Kami terpaksa mengambil keputusan untuk menutup premis kiosk kofi penyu kami kerana kekurangan kondisi dan fasiliti premis kedai
Asalnya kami nak buka kedai waktu siang tapi tiada pekerja, jadi kami terpaksa buka waktu petang hingga malam iaitu lepas waktu kerja hakiki terus pegi buka kedai kopi pulak. Kalau balik awal boleh buka kedai tepat waktu, kalau balik lewat memang malam baru boleh buka kedai. Waktu operasi pun jadi dok konsisten, balik kerja terpaksa ambik dan hantar dulu anak sekolah balik rumah ( rumoh pulok jauh dengan kedai dekat sejam baru sampai.. dan kadang2 terpaksa tutup 3-4 hari sebab kerja diluar negeri. Jadi orang nampok kedai macam banyok tutup. Bila buat naik mula kedai memang alhamdulillah sangat memang mendapat sambutan, tapi bila terpaksa tutup beberapa hari, nak naikkan balik tu perit sangat (takdok customer mari kedai tu memang biasa sangat doh).. sebab memang akan melalui perkara ni tiap2 bulan pasal memang hampir tiap bulan kena gi kerja luor.
Kenapa dok cari pekerja?
Okay memang dah cari , siap interview tapi setakat ni memang semua main-main. Janji nok mari esok (waktu operasi pagi) tengok2 beberapa jam sebelum buka dia mesej xsesuai dengan jiwa. Jadi kedai pun xleh buka lah pasal kite ade kerja hakiki doh waktu siang hari. Pahtu jadi kena buka malam jugok. Mende hok boleh nampok kat sini mungkin orang tak mboh kerja sini sebab takdok tempat nok semayang dan tandas taman hiliran buka waktu siang je tu pun waktu tertentu je (pagi 2-3 jam dan petang 2-3 jam) malam tutup terus. Kalau kiteorg ni memang solat je atas rumput apor tikor or solat je dalam kiosk mini ni muat2 je untuk sorang solat, kalu nok gi tandas terpaksa gi stesen minyok or supermarket terdekat. Memang gitu la tiap2 hari.
Terima kasih sangat2 buat customer yang dok breti support kofi penyu (you know who you are!) tanpa kalian kofi penyu tidak mampu bertahan hingga bulan februari ini.
Kofipenyu akan terus beroperasi dari rumah untuk tempahan kopi botol dan tambahan chocolate serta matcha latte. Follow kami dari masa ke semasa untuk promo ambang ramadan hingga promo raya.
Stay tuned!
Jangan lupa mari kedai esok lusa sampai selasa ni. Woh nutup