10/11/2023
Bila kita baca 'qoutes' ni ada benarnya betul?
Kita belajar pelan-pelan keluar dari kebiasaan rutin harian kita. Ubah ke arah lebih baik. Tak boleh buang semua? Tidak mengapa, kita buat satu-satu. Lebih baik memulakan langkah pertama daripada tak buat langsung kan?
Sebagai contoh, jika dulu kita selalu tidur lewat kemudian bangun lewat tengah hari sekarang kita boleh tidur lebih awal & bangun lebih awal insya Allah. Ada circle atau sahabat positif bersama-sama usaha seperti ini juga buat kita bertambah bersemangat tiap hari.
Bila berperang dengan emosi yang membolak-balik p**a, kadang berkurung dalam bilik saja. Tak mahu bertemu orang ramai mahupun keluarga sendiri. Kerja pun terpaksa henti seketika. Apa perlu kita lakukan pada saat itu? Bernafas dengan baik. Boleh praktik detik 2.4.8 saat (tarik, henti, lepaskan perlahan-lahan dan ulanginya). Mensyukuri nikmat yang hadir sambil muhasabah diri kita. Beritahu orang yang hampir dengan kita & boleh dipercayai seperti pasangan atau ibu bapa. Jelaskan keadaan kita seperti sangat penat & perlukan masa bertenang sebentar. Duduk dalam bilik pastikan anggota tubuh kita bergerak keluarkan peluh juga ya. Senaman ataupun aktiviti ringan seperti kemas lap habuk barangan kecil dalam kabinet, lipat & susun baju dalam almari, sisih ubat atau barangan seperti skincare yang dah tamat tarikh luput. Suasana pasti rasa berbeza dan mood kita juga bertambah lebih baik. Insya Allah.
Selain tu habit kita dalam perniagaan p**a, jika selama ni kita buka kedai dari pagi sampai tengah malam menanti pelanggan datang masuk membeli sekarang kita boleh jemput prospek kita dengan minat mereka sendiri. Kenalkan kedai kita melalui media sosial seperti Facebook, TikTok & Instagram. Reka gambar dan video menarik melalui aplikasi seperti Canva & CapCut juga dapat menarik perhatian prospek juga.
Paling penting, niat utama kita untuk membantu mereka yang memerlukan dengan penyelesaian yang terbaik! Sampaikan mesej yang betul agar mudah untuk difahami. Kenapa mereka perlukan kita? Bila kita dah build trust, mereka pasti cari kita kerana kita adalah kunci penyelesaian kepada masalah yang mereka hadapi. Niche yang tepat membawa kita pada prospek yang betul.
Selamat berjuang para sahabat 🥰
Mudah-mudahan segala usaha ke arah kebaikan kita atas dunia yang fana ini diberkatiNya sentiasa.