27/12/2021
TEKA DIALEK GANU
Siapa faham maksud dialek Terengganu ni? 🤔🤭
Kalau korang faham, cuba komen maksudnya apa 😆
Yang tak faham takpe, kita belajar bersama okayy 🤩 🗣
Negeri Terengganu Darul Iman bukan sahaja terkenal dengan keindahan panoramanya yang memikat hati, sepertimana yang dimaktubkan oleh kerajaan negeri sebagai ‘Warisan Pesisir Air’, bahkan ia juga mempunyai keunikan bahasa tempatan negeri khususnya dialek Melayu Terengganu. Wahhh! Menarik ke amat menarik? 😍😍😍 Korang teruja tak nak belajar cakap ganu? 🙈
Jadi pada hari ini, ingin dikongsikan beberapa ungkapan dialek Terengganu khas buat anda semua, iaitu:
1. Mu tak mboh makang ke? : Kamu tak nak makan ke? 🤭
2. Sedak ning : Sedap ni 😋
3. Ce mung rase : Cuba kamu rasa 😆
4. Dok cukup se boh : Tak cukup satu ni 🤣
5. Nok se agi : Nak satu lagi 🥺
Selain itu, mesti korang tertanya-tanya p**ak kan, maksud ungkapan dalam gambar atas tadi tu 🤣 Okay maksudnya ialah, “Dalam banyak-banyak makanan Terengganu, korang s**a makan apa?”
Poknulicious juga salah satu makanan asli Terengganu tau 🤩🤩. Jomlah try, comfirm repeat berkali-kali 🤣😆.