24/06/2023
Khasiat Daun Kari
Daun Kari sangat sebati dalam kalangan masyarakat Malaysia. Selain dari bau yang wangi, daun kari juga merupakan elemen masakan yang penting dalam sajian masakan. Tetapi, tahukah anda bahawa daun kari sebenarnya mempunyai khasiat yang lain, antaranya:
1. Mencegah penyakit jantung
🎗️Daun kari mempunyai kandungan antioksida yang tinggi. Sifat ini dapat mencegah proses pengoksidaan kolesterol yang akan membentuk kolesterol LDL, atau lebih mudah dikenali sebagai ‘kolesterol buruk’. Seterusnya, kadar ‘kolesterol baik’ (kolesterol HDL) dapat ditingkatkan lantas menurunkan risiko beban penyakit seperti strok dan serangan jantung.
2. Mengawal paras gula dalam darah
🎗️Kajian yang dijalankan terhadap pesakit kencing manis mendapati daun kari mempunyai kandungan kimia yang boleh menurunkan paras gula dalam darah. Kebaikan ini dipercayai terhasil daripada fungsi daun kari dalam meningkatkan penghasilan insulin serta menjadikan kadar pengambilan glukosa dari dalam darah oleh sel badan semakin tinggi. Melalui kebaikan ini, risiko komplikasi diabetes seperti masalah buah pinggang juga dapat dikurangkan.
3. Membantu penyembuhan luka
🎗️Proses penyembuhan luka adalah rumit dan melibatkan banyak proses biokimia dan proses lain di peringkat sel. Melalui kajian ke atas model haiwan, daun kari berupaya meningkatkan regangan luka dan merangsang penghasilan kolagen. Hal ini membantu luka untuk sembuh dengan lebih baik dan cepat.
4. Membantu penghadaman
🎗️Daun kari dengan kandungan serat yang tinggi dapat mencegah masalah penghadaman seperti sembelit, cirit-birit, mual, serta kembung perut. Satu sudu makan serbuk kari mengandungi 1.2 gram serat, lebih kurang bersamaan dengan kandungan serat dalam sebatang lobak merah.
✨Sebenarnya banyak lagi tau khasiat daun kari ni.
Korang jangan lepaskan peluang untuk grab Popia Pedas Crunchy sebab produk kami pun ada daun kari. Makan & sihat💪🏻
https://wa.link/d2hyjm (Huda)
https://wa.link/1tcv8x (Hanis)