AF Vlog Channel

AF Vlog Channel Hi Gais, ini adalah Page Official untuk Youtube AF Vlog Channel
Teruskan support ya gais

05/09/2024

PIZZA HOMEMADE FULLY CHEESE DI RUMAH DAPO

Perniagaan Pizza Homemade by Rumah Dapo telah bermula sekitar 4 tahun lepas di Gong Badak Kuala Terengganu. Perniagaan yg dibuat bersama pasangan suami isteri ini semakin mendapat sambutan dek kerana menu yg menarik.

Selain pelbagai jenis pizza, Rumah Dapo juga menyajikan menu western, variasi sandwich & burger patty homemade, sup cendawan, roti garlic selain minuman kopi. Menariknya, kesemua menu ini adalah hasil resepi sendiri yg diolah untuk memenuhi permintaan masyarakat setempat.

Menu di olah dengan rasa dan gaya tersendiri sesuai untuk kanak2,dewasa dan semua orang

Nakk oder nak menu tekan je link wasap kat bawah ni👇👇

www.wasap.my/601116281769/NAKMENU
www.wasap.my/601116281769/NAKMENU
www.wasap.my/601116281769/NAKMENU

*Lokasi kedai* **RUMAH DAPO**:*
============
https://maps.app.goo.gl/ZaaKwYWX7TYpGUDN6

11226 Kampung Pak Tijah, Jalan Tok Jembal,21300 Kuala Nerus,Terengganu.
KEDAI BUKA:
🗓️Isnin-Sabtu
⏰ 2ptg-11mlm
🪧Jumaat 4ptg-11mlm
⏳7-8mlm rehat
❌Ahad cuti

âś…PICK UP
âś…WALK IN
âś…DINE IN
âś…COD
âś…MISI

08/04/2024

RARE !! Bukan Tanam Pokok, Tapi MASAK Ayam Guna PASU BUNGA

Ayam Pasu Tok Jiring terletak di laluan utama berdekatan dengan SK Tok Jiring Kuala Terengganu. Kedai yg asalnya adalah kedai makan nasi berlauk ini menjadi viral dengan menu special sempena Ramadhan setiap tahun iaitu Ayam Pasu.

Menyajikan ayam seekor yg dimasak menggunakan dapur arang dan pasu bunga, idea unik ini menjadi tarikan warga tempatan dan luar negeri untuk mencuba menu rare ini.
Dengan sos perapan hasil resepi sendiri membuatkan perniagaan ayam pasu ini mampu bertahan untuk tahun ke-4 Ramadhan dengan tempahan yg tidak putus.

Dibuka setiap hari bulan Ramadhan sehingga Selasa 9/4/24 (hari terakhir Ramadhan 2024) bermula pukul 4 petang sehingga 7 petang atau habis.

Lokasi gerai boleh lihat link di bawah
https://maps.app.goo.gl/A7oXd1HsMbm51SEw5

Sebarang pertanyaan & tempahan boleh hubungi no di talian 01165654740

08/04/2024

UNIK !! Masak Ayam Dalam TIN Sampai 70 Ekor LICIN Setiap Hari

Gerai Ayam Teng (Ayam Tin) Tok Jiring terletak di jalan utama berdekatan Petronas Tok Jiring Kuala Terengganu. Lokasi gerai yg bersebelahan jalan besar menjadikan ianya lokasi yg strategik.

Menyajikan menu unik iaitu ayam yg dimasak di dalam tin dengan sos perapan istimewa menjadikan gerai ini menjadi tarikan warga setempat & luar.

Dibuka setiap hari sepanjang Ramadhan sahaja (sehingga Selasa 9/4/2024) bermula pukul 3 ptg sehigga 6.30 ptg (atau sehingga habis).

Untuk pertanyaan & tempahan boleh hubungi no berikut 010-9229890

Lokasi gerai seperti berikut
https://goo.gl/maps/h2AnVvbQUgPeThecA

05/04/2024

190 Bungkus LICIN Sehari, Gerai Air Balang Aiskrim Ni PORT Paling PADU Di Kuala Terengganu

Gerai Air Balang Aiskrim sudah memasuki usia tahun ke-2 beroperasi. Terletak di Jalan Budiman Kuala Terengganu, lokasi yg strategik ini menjadikan gerai ini port tumpuan sehingga ada yg sanggup datang dari jauh untuk air balang ini.

Menyediakan 6 jenis pilihan air iaitu Air Coklat, Keladi, Jagung, Strawbery selain Cha Baa Ang & Epal Asam Boi. Menggunakan Aiskrim sebagai senjata utama menjadikan air balang ini sangat enak & berlemak untuk santapan warga setempat.

Dibuka setiap hari pada Ramadhan bermula pukul 4 ptg - 7 ptg dan ( 11 pg - 4 ptg) pada bulan biasa (cuti Jumaat).

Kepada anda yg ingin merasai kelainan air balang berlemak boleh singgah ke gerai ini.

Lokasi gerai seperti berikut
https://maps.app.goo.gl/vKK1SUGE6F8DLh8Y6

Untuk tempahan & pertanyaan boleh hubungi no berikut 018-9080718

26/03/2024

40-50kg Daging SEHARI TAK CUKUP Untuk Roti John Bas Mini

Gerai Roti John Bas Mini by Abe Comey terletak di kawasan yg sangat strategik, tepatnya di Kg Banggol Tuan Muda Manir, iaitu laluan daripada bulatan batu enam menghala ke manir Kuala Terengganu.

Gerai ini telah menutup operasi selama 2 tahun akibat pandemik covid sebelum kembali beroperasi pada awal Ramadhan tahun ini.

Roti John ini menjadi viral oleh kerana isinya yg mewah & melimpah dengan harga yg amat berpatutan. Menyajikan 2 menu iaitu Roti John inti daging & ayam, pelanggan juga boleh request untuk mencuba roti john campur (ayam + daging).

Mula beroperasi setiap hari pada Ramadhan bermula pukul 3 ptg sehingga habis atau paling lewat pukul 7 ptg.

Untuk sebarang tempahan boleh hubungi no 01169590630

Lokasi gerai boleh klik link berikut
https://goo.gl/maps/W43WWBbWfyXVy8qd6

14/03/2024

120 BUNGKUS LICIN SETIAP HARI, Port 'Nasi Kandar' Bajet PALING VIRAL Di K.Terengganu

Nasi Kandar Bajet ini mula berniaga sekitar 9 bulan di 'Tapak Baru' berdekatan dengan Mydin Gong Badak.

Walaupun usia perniagaan Nasi Kandar ini masih boleh dikatakan baru, namun kedai ini sudah menjadi tumpuan dengan dipenuhi warga tempatan setiap hari.

Menyajikan menu Nasi Kandar Bajet dengan variasi pilihan lauk ayam goreng, kambing & daging dengan harga rahmah selain ayam tandoori, sup ayam, sup keting & air locong.

Waktu operasi untuk bulan puasa bermula pukul 4 ptg sehingga waktu berbuka setiap hari sehingga 1 hari terakhir puasa.

Waktu operasi selain Ramadhan p**a adalah setiap Sabtu-Khamis bermula pukul 12 tnghari - 3 ptg

Lokasi kedai seperti berikut
https://maps.app.goo.gl/S5FbYw1SmW8XyNWg7

Untuk tempahan boleh hubungi En Ikram di talian 011-37776737

25/01/2024

SENARAI PASOR MALAM TERENGGANU

Pasar malam sekitar Kuala Terengganu yang wajib korang kena tahu :

Jumaat :
- Pasor Malam Pata Teluk Ketapang (Blkg Kem Askor)
- Pasor Malam Pulau Duyong
- Pasor Malam KT Night Walk
- Pasor Malam Shahbandor
- Pasor Malam Kg Laut
- Pasor Malam Wakaf Mesira
- Pasor Malam Sipang 3 Pasir Tinggi (kecik je)
- Pasor Malam Telaga Papan
- Pasor Malam Telemong
- Pasor Malam Kuala Berang
- Pasor Malam Maarang Nuu
- Pasor Malam Taman Permint Seberang Takir

Sabtu :
- Pasor Malam Giant Bando
- Pasor Malam Kg Teluk Ketapang
- Pasor Malam Pagar Besi Batu Rakit
- Pasor Malam Gong Tok Nasek
- Pasor Malam Wakaf Tapai
- Pasor Malam Paka

Ahad :
- Pasor Malam Wakaf Tengah Batu Rakit
- Pasor Malam Permint Jaya Chendering
- Pasor Malam Bukit Payong
- Pasor Malam Batu 6
- Pasor Malam Merang
- Pasar malam Kg Raja Besut

Isnin :
- Pasor Malam Manir
- Pasor Malam Kedai Buloh
- Pasor Malam Wakaf Tembesu (dekat Masjid)
- Pasor Malam Banggol Peradong
- Pasor Malam Kg Rawai Bukit Payong (kecik je)
- Pasor Malam Durian Mas AMBS

Selasa :
- Pasor Malam Gong Badak
- Pasor Malam Pengadang Baru
- Pasor Malam Cabang 3
- Pasor Malam Bukit Guntong
- Pasor Malam Kuala Berang

Rabu :
- Pasor Malam Wakaf Tengah Batu Rakit
- Pasor Malam Serdang Baru
- Pasor Malam Kg Baru Seberang Takir
- Pasor Malam Tok Adis
- Pasor Malam Wakaf Dua Bukit Payong
- Pasor Malam Kebor Air Manir
- Pasor Malam Paka

Khamis :
- Pasor Malam Pok Tuyu
- Pasor Malam Kebor Besor Manir
- Pasor Malam Batu Hampor Manir
- Pasor Malam Pasir Panjang
- Pasor Malam Jln Seri Budiman
- Pasor Malam Taman Safiah Murni
- Pasor Malam Sura Gate Dungun
- Pasor Malam Ajil

24/07/2023

Berniaga Suka-Suka Je Tapi VIRAL Terok Di TikTok, Air TEBU SEGAR Ni Paling MURAH Di Terengganu

Gerai air tebu Pok Ngoh terletak di Kampung Bukit Bayas Kuala Terengganu berhadapan dengan Pasaraya QMart Bukit Bayas.

Gerai kecil ini menjual air tebu segar sejak puluhan tahun yang lalu. Kesegaran air tebu dan harga yang murah menyebabkan gerai Pok Ngoh ini menjadi VIRAL di TikTok baru-baru ini.

Dibuka setiap hari Sabtu-Khamis (Jumaat cuti) bermula pukul 11.00 pagi sehingga pukul 5.00 petang. Dijual pada harga RM2.00 secawan & RM3.00 secawan (tiada ais batu).

Lokasi gerai Air Tebu Pok Ngoh seperti berikut (hadapan Pasaraya QMart) : https://maps.app.goo.gl/WXvgBCPajMPhe1J49

No telefon Pok Ngoh untuk sebarang pertanyaan 0179688629

Take noted semua
20/07/2023

Take noted semua

Bukan semua bahan sesuai untuk menjadi tempat penyimpanan dan penyediaan makanan. Untuk keselamatan, pilih bekas yang ada tanda “gred makanan”.

Penggunaan akuarium boleh menyebabkan kebocoran bahan kimia dari bahan akuarium (silikon) yang tidak selamat ke dalam makanan. Ada bahan bahan kimia bahaya yang boleh menyebabkan kanser.

Pam akuarium, lapisan dalam akuarium dan celah celah akuarium sukar untuk dibersihkan. Ada risiko pertumbuhan bakteria dan kulat.

Peniaga di ingatkan untuk mengutamakan keselamatan pengguna dan pengguna perlu bijak memilih premis makanan yang selamat.

09/07/2023

3000 Biji Sehari, KETUPAT PALAS Ni Ada 7 Jenis INTI Yang TAK ADA Di Tempat Lain

Gerai Ketupat Palas Hulwah Ketupat palas sambal ikan & daging pelbagai inti terletak di Kampung Wakaf Beruas-Merbau Patah Kuala Terengganu.

Perniagaan yg telah diusahakan selama 10 tahun ini menyediakan pelbagai jenis ketupat seperti serunding daging, ayam, sambal ikan, pulut hitam, jagung dan kacang selain turut menjual ketupat frozen yg boleh disimpan selama setahun di dalam peti sejuk beku.

Dibuka setiap hari (Kecuali JUMAAT cuti), bermula pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

Lokasi gerai seperti berikut
https://maps.app.goo.gl/stHDkZVSgSD1KWyW6

Untuk tempahan boleh hubungi talian
0139739653

07/07/2023

130 Bungkus Sehari, Jualan Gerai Ayam PERCIK Ni LICIN Dalam Masa 4 Jam

Gerai Ngecik Percik ketika ini diusahakan oleh 3 pemuda di kawasan luar parking pasaraya Giant Bukit Besar, berdekatan McDonald Kuala Terengganu.

Gerai yang baru dibuka 2 bulan lepas ini mendapat sambutan yg menggalakkan dari masyarakat setempat hasil daripada kesedapan kuah 'percik' yg dihasilkan sendiri. Selain daripada ayam percik, gerai ini juga menjual ikan kembong, selar dan keli percik.

Dibuka setiap hari bermula pukul 11.00 pagi sehingga 3.00 petang, gerai ini menerima tempahan dan urusan cod bermula pukul 12.30 tengahari setiap hari.

Untuk tempahan boleh hubungi talian berikut
014-523 3965

Lokasi gerai seperti berikut
https://maps.app.goo.gl/UWfx8eLUzpfgLKJGA

Address

Kuala Terengganu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AF Vlog Channel posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category