14/03/2021
Trivia Char Kway Teow
Char kway teow merupakan makanan yang popular di Malaysia dan Singapura. Ia diperbuat daripada kuey teow (shāhé fěn dalam Cina Mandarin), l***r dan kira-kira 1 cm lebar, digoreng di atas api panas dengan kicap dan sos, cili, udang, kerang, telur, tauge dan kucai Cina. Kadangkala hirisan sosej Cina dan kek ikan atau bahan-bahan lain ditambah mengikut citarasa setempat. Pada asalnya ia dimasak menggunakan lemak babi, yang memberikannya rasa tersendiri, namun kini sering dimasak menggunakan minyak biasa.
Bagi masyarakat islam, udang dan kerang menjadi pengganti pada perisa tersebut.
Cina Tradisional:
炒粿條
Cina Ringkas:
炒粿条
Maksud harfiah: Kuey teow goreng
Transliterasi
Bahasa Mandarin
- Hanyu Pinyin: cháo guǒ tiáo
Bahasa Min
- POJ Min-nan: chha2-koe2-tiau5
Bahasa Yue (Kantonis)
- Jyutping: caau2 gwo2 tiu4
Nama lain di
kawasan berbahasa Kantonis
Tulisan Tradisional:
炒貴刁
Tulisan Ringkas:
炒贵刁
Maksud harfiah:
tiada maksud harfiah
(lihat Etimologi)
Transliterasi
Bahasa Mandarin
Etimologi Sunting
Istilah "Char kway teow" ialah transliterasi aksara Cina, "炒粿條", bersandarkan loghat Hokkien, salah satu kelainan pertuturan bahasa Cina. Lebih tepat lagi, "炒粿條" disebut sebagai chha2-koe2-tiau5? dalam loghat Hokkien, dan cháo guǒtiáo? dalam bahasa Mandarin.
Char koay teow versi Pulau Pinang.
Pelbagai versi char koay teow telah dicipta. Perkara ini biasa ditemui di Pulau Pinang, Malaysia. Terdapat juga char kuay teow yang dicampurkan dengan telur itik (untuk memperkayakan rasanya) dan daging ketam (untuk menambahkan manisnya).
Jadi kesimpulannya apa ada pada Char Kue Tiow pandan?... Oder dulu baru tau...