14/11/2023
Berita baik buat penggemar aiskrim... Pakar ini dedah kebaikan jamah pencuci mulut ini ketika sarapan pagi!!
Menerusi kajian dilakukan oleh seorang profesor di Tokyo's Kyorin University, Jepun, Yoshihiko, kajiannya dilakukan ke atas sebilangan sukarelawan di mana mereka harus makan ais krim setelah bangun tidur.
Katanya, mereka juga diminta melakukan beberapa ujian mental menerusi komputer dan keputusannya menakjubkan setelah menunjukkan kumpulan makan aiskrim bertindak balas dan memiliki keupayaan memproses maklumat dengan lebih baik.
Selain mengandungi vitamin dan mineral, makan aiskrim pada waktu pagi boleh membawa manfaat kesihatan yang positif seperti:
1. Sumber tenaga tambahan
Rasa lesu dan tidak bersemangat? Terima kasih kepada kandungan gula di dalamnya, anda boleh makan aiskrim untuk mendapatkan tenaga baru dengan segera.
Bukan sahaja gula, aiskrim yang mengandungi lemak dan protein boleh menjadi pengambilan untuk badan menjalankan aktiviti harian.
2. Melegakan simptom selsema
Sekali pandang, makanan atau minuman sejuk seperti aiskrim dilihat sebagai punca penyakit tekak.
Sebenarnya adalah dinasihatkan untuk makan makanan berasaskan tenusu ketika anda selsema, termasuk aiskrim.
Tekstur aiskrim yang lembut akan membantu melegakan sakit tekak, mengurangkan dehidrasi dan meningkatkan pengambilan kalori yang hilang akibat kurang selera makan.
3. Pengambilan nutrien untuk badan
Selain meningkatkan mood, aiskrim juga kaya dengan vitamin.
Dalam kandungan aiskrim, terdapat bahan asas susu sebagai penyumbang utama vitamin dan mineral yang baik untuk kesihatan.
Malah, aiskrim mengandungi vitamin A, D, K, B12, kalsium dan fosforus yang memberi kesan baik kepada kesihatan badan menyokong produktiviti sepanjang hari.