Mamaza

Mamaza Produk makanan simple..cepat,mudah & lazat. Sesuai untuk korang yg busy, kaki camping & kaki travel makanan yg simple..lazat, mudah & jimat�

Kelate Kitchen menyediakan masakan tersohor dari negeri Cik Siti Wan Kembang..

ThaiStreetMart Bukit bintang gran opening.!!! SAVE THE DATE ‼️‼️‼️ 28 OCT 2023SPECIAL FOR YOU ON THE OPENING DAY ONLY
20/10/2023

ThaiStreetMart Bukit bintang gran opening.!!!

SAVE THE DATE ‼️‼️‼️ 28 OCT 2023
SPECIAL FOR YOU ON THE OPENING DAY ONLY

Ramai usahawan yg terpaksa tutup bisnes mereka buat masa sekarang ni, Yang tutup kedai, yang tutup cawangan dan ada yang...
02/10/2023

Ramai usahawan yg terpaksa tutup bisnes mereka buat masa sekarang ni,
Yang tutup kedai, yang tutup cawangan dan ada yang terpaksa gulung tukar semua sekali.

Bukan kerana dah give up atau putus asa tapi kerana keadaan ekonomi kita agak suram sedikit pada tahun 2023. Dah tak dapat nak buat apa2.
Tak mampu nak bertahan dah.
Its ok utk tutup mana yang sepatutnya ditutup.

Klu admin tgk bulan Ramadhan hari tue lagi kuasa membeli dah slow, jadi admin rasa mukin sampai 2026 ekonomi dunia suram, jadi sebab tulah cepat2 admin tukar “Plan B” dlm bisness nie kita kena cepat bertindak dan kena berani buat keputusan jgnlah kita duk syok sendiri.!!!

Jangan kerana kononnya nak jaga air muka dan maruah diri kita pertahan juga bisnes kita yg sedang menjunam..
Hanya kita saje yg tahu apa perlu kita lakukan utk kesinambungan visi dan misi dlm berbisnes ini.

Hello Oktober !Yang pahit kami telan yang indah kami ingin kongsikan.Sejujurnya keputusan untuk tutup Kelate Kitchen ada...
02/10/2023

Hello Oktober !
Yang pahit kami telan yang indah kami ingin kongsikan.
Sejujurnya keputusan untuk tutup Kelate Kitchen adalah sesuatu yang amat berat untuk kami, namun akibat kekangan ekonomi dan kenaikan harga bahan mentah yg mendadak telah mendesak kami untuk ambil langkah yang terbaik buat masa ini iaitu menamatkan operasi kami dalam bidang F&B restoran ini.

Satu nasihat dari admin tentang business untuk dikongsikan dengan semua peniaga, dalam business ni owner perlu cepat dan berani ambil tindakan, jatuh memang sakit tapi jangan biarkan sampai luka melarat hingga berkudis. Anggaplah setiap pengakhiran itu sebagai sebuah permulaan baru.

“When one door closes, Allah will open another one for you”

Begitulah cantiknya susunan aturan Tuhan pada setiap hambanya. Admin tahu ramai yang turut berdukacita dengan penutupan Kelate Kitchen, lagi2 pelanggan setia peminat fanatik Teh Beng Jebok kami kan? Jangan risau lah, sebab korang masih lagi boleh menikmati air favourite korang tu di our new venture of F&B outlet soon!

THAI STREET MART IS COMING TO YOU SOON!!!
Apa pulak Thai Street Mart ni???
Nantikan special announcement dari admin nanti!!!

Setiap yg bermula pasti akan berakhir. Setiap jalan yg dilalui pasti ada onak dan duri.6 tahun Kelate Kitchen berjuang m...
19/09/2023

Setiap yg bermula pasti akan berakhir.
Setiap jalan yg dilalui pasti ada onak dan duri.
6 tahun Kelate Kitchen berjuang menjamu pelanggan dgn signature Nasi Kukus King dan Teh Beng Jebok kami.

Dari takde orang kenal sampai menjadi sebutan segenap masyarakat. Dari 0 follower di FB, hingga mencapai 52ribu. Kami dah rasa orang beratur panjang, ayam beribu ekor, teh madu beribu gelas,

pelanggan berebut kerusi meja dan bulan ramadhan menjadi pesta moreh buat semua.
Namun bukan semua perjuangan akan sentiasa peroleh kemenangan.

31/08/2023 dengan penuh rasa berat hati kami terpaksa berundur diri. Bukan kalah tanpa berjuang, tapi mungkin ini yang terbaik sekarang.

Kesan ekonomi pasca pandemik membuatkan kami gagal bertahan. Buat semua pelanggan setia Kelate Kitchen, maafkan segala kekhilafan kami sepanjang perkenalan kita ini.

Andai ada rezeki Ilahi, Insyaallah kita berjumpa lagi. Terima kasih atas segala sokongan anda yg tidak pernah berbelah bagi. Kepada semua rakan seperjuangan yg masih berjuang, kami doakan kalian semoga terus kuat dan sentiasa dimurahkan rezeki.

Salam hormat dari kami dan semoga Kelate Kitchen akan terus tersemat abadi didalam ingatan semua.
~Kelate Kitchen 2017-2023

Khasiat Tempe
24/05/2023

Khasiat Tempe

📌Tempe merupakan makanan yang tidak asing dalam hidangan harian masyarakat Nusantara.

Tempe dihasilkan daripada proses penapaian kacang soya dan boleh dimakan begitu sahaja atau dimasukkan dalam hidangan makanan.

Tempe mengandungi karbohidrat, kalsium, fosforus, vitamin B 12, kalsium dan antioksidan.Oleh itu, orang ramai disarankan untuk mengambil tempe dalam menu harian untuk mendapatkan khasiatnya.

Assalamualaikum & Salam Jumaat Penghulu segala hari. Semoga dihari yg mulia ini segala urusan dunia kita dipermudahkan d...
12/05/2023

Assalamualaikum & Salam Jumaat Penghulu segala hari. Semoga dihari yg mulia ini segala urusan dunia kita dipermudahkan dan dikurniakan keberkahan dalam kehidupan.

Kelate Kitchen beroperasi seperti biasa. Jemput datang. Setiap kali Kelate Kitchen upload gambar je mesti ramai yg jilat screen kan? Adoyyyy, jangan la begitu. Kenapa jilat screen kalau boleh menjilat jari? Apa lagi jom serbu Kelate Kitchen hari ni! Sedap hingga menjilat jari!

Untuk sebarang pertanyaan atau delivery boleh hubungi : www.wasap.my/60189523220/HiKelateKitchen

Sudah lunch ke belum? Jemput singgah kelate kitchen prima setapak
09/05/2023

Sudah lunch ke belum?

Jemput singgah kelate kitchen prima setapak

Amboi berkerut kerut dahi sampai pening kepala nak fikir makan kat mana yer? Meh sini kita tolong jawabkan, makan kat Ke...
05/05/2023

Amboi berkerut kerut dahi sampai pening kepala nak fikir makan kat mana yer? Meh sini kita tolong jawabkan, makan kat Kelate Kitchen lah jom! Untuk pengetahuan semua, Kelate Kitchen dibuka dari jam 11 pagi hingga 8 malam setiap hari. Jangan risau pasal kesegaran makanan kami sebab kami sentiasa masak yg panas2 untuk anda. Special kan? Tunggu apa lagi? Jom la! Kami ada menu baru tau!!! Siapa penggemar ikan patin wajib cuba!!! Meh la serbu ramai2 untuk rasa menu terbaru kami!

Hari nie kelate kitchen beroprasi mcm biasa Jemput singgah semua
04/05/2023

Hari nie kelate kitchen beroprasi mcm biasa

Jemput singgah semua

Alhmdulilah selesai cuci kedai selepas habis cuti rayaEsok kelate kitchen akan beroprasi mcm biasa Ada yg rindu ke?
03/05/2023

Alhmdulilah selesai cuci kedai selepas habis cuti raya

Esok kelate kitchen akan beroprasi mcm biasa

Ada yg rindu ke?

Selamat hari raya 🤝
21/04/2023

Selamat hari raya 🤝

PESTA COLEK HARGA LELONG!!! HARGA RUNTUH!!! HARGA PENUTUP!!!Tarikh : 18 April 2023Masa : Start 8 malam Harga :UDANG XXL ...
18/04/2023

PESTA COLEK HARGA LELONG!!! HARGA RUNTUH!!! HARGA PENUTUP!!!
Tarikh : 18 April 2023
Masa : Start 8 malam

Harga :
UDANG XXL : Seekor SERINGGIT!!! RM 1 sahaja
IKAN : RM 2 seekor
KEROPOK LEKOR : RM 2 sepinggan
COLEK BUAH : RM 2 sepinggan
JERUK CAMPUR : RM 5 sepinggan
POPIA SAYUR : RM 1 = 5 ketul
COLEK MALAS : RM 1 seketul

Tunggu apa lagi!!! Jom serbu Kelate Kitchen malam ni!!! Kita kasi licinnnnnnn

Address

Sri Rampai
Kuala Lumpur
50480

Opening Hours

Monday 11:00 - 20:00
Tuesday 11:00 - 20:00
Wednesday 11:00 - 20:00
Thursday 11:00 - 20:00
Friday 11:00 - 20:00
Saturday 11:00 - 20:00
Sunday 11:00 - 20:00

Telephone

+60176664407

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mamaza posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Mamaza:

Share