22/11/2016
PATIN JERANTUT RUPANYA LEBIH SEDAP DARI TEMERLOH
Saya ni memang orang Pahang. Apa jenis patin kalau saya gigit sahaja dah tahu patin sungai, patin sangkar dan patin kolam semua boleh tahu. Patin kolam lagilah, tengok muka jer dah tahu patin kolam.
Memang saya gemar untuk mencuba banyak resipi ikan patin mana-mana sahaja yang keluar dalam iklan atau ternampak semenjak dulu lagi. Tapi yang ni paling saya tak minat sebenarnya kerana dia kata PATIN JERANTUT. Dalam hati saya, mana ada patin lebih sedap dari patin temerloh. Takpe, saya cuba.
Sekali bila cuba sahaja saya terbelalak biji mata. PEDAS CUKUP, TEMPOYAK TAK LOKEK dan ikan patin sungai pahang di Jerantut ternyata lebih best dari Temerloh. Cuma temerloh lagi famous. Reason dia senang jer, sungai pahang di Jerantut lebih bersih airnya berbanding di Temerloh. Memanglah, sungai di hulu lagi bersih dari hilir.
Beli online jer ni. Order 1 hari sebelum dan paling menarik, dia tak buat lebih dari 50 hidangan sehari buat masa ini kecuali permintaan untuk kenduri punya katering. Kualiti memang kualiti dari dapur dan bukan dari kawah kantin. Bila saya rasa sahaja, saya terus rindu resipi arwah emak saya. Terasa sangat memang itulah dia. Pack dia siap ada sambal hitam pahang dalam bekas yang ada gambar tu dan sambal belacan dan tiada dalam gambar ni ialah salad yang mewah. Sekali dia hantar....TAK CUKUP NASIK!! saya terpaksa masak nasik lagi untuk habiskan kuah dan hirup sampai ke titisan kuah terakhir.
THE MOLAKS boleh tengok kot kat if dan fb mereka.
IG :
FB : Mealbox TheMolaks - Patin Tempoyak Expert
Jangan tanya saya apebende The Molaks ni tapi by far, saya merasa banyak kedai tempoyak patin dan hanya 2 sahaja yang saya sebutkan. Pertama Restoran Temerloh Katering dan ini yang kedua. Tiada restoran, masak di rumah siap delivery lagi dan paling tak boleh blah....sebanyak itu harganya HANYA RM15 JER!! Kalau siapa tahu...biasa kalau makan patin tempoyak jer, ikan tu sahaja satu slice dah antara RM14-18 seketul. Ini dia bagi RM15 siap dengan extra dishes. Paling best selain tempoyak tu...SAMBAL HITAM. Power!! memang terbaik untuk hantu sambal macam saya. Tempoyak pulak saya rasa sahaja saya tahu ini bukan tempyak beli kat pasar...rasa sahaja saya tahu ini tempoyak buat sendiri dalam tempayan glass. Tak ramai orang pandai buat tempoyak macam ni.
Serius...kena cuba dan ini BUKAN REVIEW BERBAYAR ATAU SATU IKLAN. Benda baik...saya akan cerita pada orang. Satu yang saya eyeing lepas ni ialah "Patin slice bakar dalam daun pisang dengan pes tempoyak". Huhhhh...dia bagi tester sikit, saya jilat sampai daun pisang pembalut pun jadi licin. Kalau boleh dengan meja-meja saya jilat.
TERBAIK! OSSEM!!
Aok memang kelas!!