Ammar Cookies

Ammar Cookies Ammar Cookies made from heart. Resepi cookies & biskut raya yang confirm jadik! Jom, like & follow tau!

TIPS BUAT BISKUT1) Gunakan mentega yang agak sejuk kerana jika menteganya terlalu lembut, ia akan cepat cair - akibatnya...
12/02/2023

TIPS BUAT BISKUT

1) Gunakan mentega yang agak sejuk kerana jika menteganya terlalu lembut, ia akan cepat cair - akibatnya biskut menjadi l***r dan gelap.

2) Jangan gunakan telur saiz besar sebab kerana kandungan putih telur yang lebih. Putih telur p**a mengandungi air. Itu yang membuat biskut terlalu kembang dan susah nak garing walaupun dibakar lama.

3) Jangan pukul telur terlalu lama bila membuat biskut kerana ia akan menambah angin ke dalam doh - mengakibatkan biskut gelembung ketika dibakar.

4) Jika menggunakan mesin pengadun, jangan pukul terlalu lama ketika masukkan tepung, jika tidak 'gluten' daripada tepung itu akan membuat biskut menjadi keras.

5) Selalu 'rehatkan' doh sebentar sesudah diadun. Jangan terus mencanai atau membakarnya. Jika membuat chocolate chip, selalu 'rehatkan' doh di peti sejuk selama lima hingga 10 minit dahulu sebelum membakarnya.

6) Apabila doh sudah siap diadun, bahagikan ia kepada beberapa bahagian untuk disejukkan dan 'direhatkan'. Jangan 'rehatkan' kesemua doh itu dalam satu mangkuk. Ambil satu persatu doh yang mahu digunakan. Sebab jika kita gunakan semua dohnya sekali arus, doh itu akan mula keluar minyak - menjadikan biskut cepat gelap walaupun baru sahaja dibakar.

7) Jika membakar biskut chocolate chips, tidak boleh oles loyang dengan mentega. Harus gunakan baking paper atau parchment paper. Jika tidak, biskut chocolate chips itu akan kembang, l***r dan cepat hangus.

😎 Untuk biskut seperti makmur, sugi dan yang lain yang kita inginkan hasilnya garing, harus gunakan loyang yang dioles dengan mentega.

9) Pastikan ketuhar sudah dipanaskan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum mula membakar biskut atau kek.

10) Jika membakar biskut beberapa loyang sekali gus, lebih baik gunakan fungsi kipas di ketuhar. Jika ketuhar tidak ada fungsi kipas, tukar posisi loyang itu sesudah 10 minit dibakar - yang di atas ditukarkan ke bawah dan yang bawah dinaikkan ke atas dan sebagainya.

11) Jangan tinggalkan biskut di atas loyang terlalu lama sesudah keluarkan dari ketuhar. Biarkan ia di atas loyang itu selama 3-5 minit sahaja dan kemudian pindahkan ke atas 'cooling rack'. Setiap biskut akan ada wapnya (condensation) bila sudah dibakar dan apabila diletakkan di atas 'cooling rack', wap itu akan kering. Itu yang membuat biskut itu lebih garing dan tahan lama.

12) Pastikan biskut benar benar sejuk sebelum dimasukkan ke botol.

13) Untuk biskut yang mengandungi 'peanut butter', lebih baik jika ianya disimpan di peti sejuk kerana 'peanut butter' itu mungkin akan membuat biskut menjadi cepat tengik.

Credit :Maz Samad

The Best Choc Chips Cookies🍪
07/08/2020

The Best Choc Chips Cookies🍪

Resepi Tart Nenas GulungBahan-bahan :Bahan untuk jem:2 biji nenas, parut dan toskan air600 gram gula1 batang kayu manis2...
08/07/2020

Resepi Tart Nenas Gulung

Bahan-bahan :

Bahan untuk jem:

2 biji nenas, parut dan toskan air
600 gram gula
1 batang kayu manis
2-3 titik pewarna kuning

Bahan untuk hiasan:

1 biji kuning telur
1 sudu air
Setitik pewarna kuning

Bahan-bahan untuk tart:

125 gram butter, premium Anchor butter
1 sudu besar gula kastor
1 biji kuning telur
1 sudu besar minyak sapi
1 3/4 cawan tepung gandum*
1/4 cawan tepung jagung*
1 sudu besar tepung kastard*
1/2 sudu kecil garam halus

Cara Membuat:

Cara-cara untuk jem nenas:

Masak nenas yang telah diparut bersama gula.

Apabila hampir kering, masukkan pewarna kuning dan kayu manis. Masak dengan api perlahan sehingga agak kering.

Cara-cara untuk bahan hiasan:

Kacau sebati kuning telur, air dan pewarna kuning. Sapu di atas tart gulung.

Cara-cara untuk tart:

Pukul mentega ( dikeluarkan pada suhu bilik) bersama gula sehingga putih dan berkrim.

Masukkan kuning telur, minyak sapi dan garam. Kacau sehingga sebati.

Ayak ketiga-tiga jenis tepung (bertanda *). Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan sehingga menjadih doh yang lembut. Rehatkan seketika.

Masukkan doh ke dalam acuan tart, tekan dan gulung bersama inti nenas yang digentel kecil membujur. Susun di atas loyang yand dilapik dengan baking paper atau digriskan dengan butter.

Sapukan atas tart gulung dengan bahan hiasan. Panaskan oven pada suhu 175 darjah celcius, masukkan kuih dan bakar selama 20-25 minit.

Belgium Cookies Sedap..rangup...meltingBahan230 gm butter80 gm gula kastor170 gm gula perang2 biji telur1 sudu kecil ese...
22/06/2020

Belgium Cookies
Sedap..rangup...melting
Bahan
230 gm butter
80 gm gula kastor
170 gm gula perang
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
420 gm tpg gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
500 gm coklat cip(yg berkualiti)

Caranya
-satukan butter, gula kastor n gula perang
-kacau guna spatula sahaja
-masukkan esen vanilla n telur
-kacau2 sebati, masukkan tpg gandum n soda bikarbonat
-last sekali masukkan coklat cip gaul2 guna tangan pun blh
-susun dlm loyang.. jarak2 kan nt cookies mengembang
-bakar pada suhu 170°..selama 25@30 minit smp perang(api atas bawah)
sumber resepi : Zaimah Zakaria‎
Selamat mencuba..

Assalamualaikum 😍Tips berkenaan BISKUT ALMOND LONDON.Just nak share 1 tips nak memudahkan kerja tanpa perlu comot2 tanga...
16/05/2020

Assalamualaikum 😍

Tips berkenaan BISKUT ALMOND LONDON.

Just nak share 1 tips nak memudahkan kerja tanpa perlu comot2 tangan, papercup dan meje kerja anda.

Cara2.
1. Masukkan biskut dalam papercup siap siap
2. Tuang coklat dalam Squeeze Bottle kemudian picitkan coklat ke atas biskut yang telah diletakkan dalam papercup.
Siap....

Nota
Rendam botol dalam air suam untuk pastikan coklat sentiasa dalam keadaan cair.

kredit: Fauzi Karim

Sebagai Persediaan memasuki Bulan Ramadhan Al-Mubarak.. 💕Niat untuk sebulan ni hanya boleh di Niatkan pada malam pertama...
23/04/2020

Sebagai Persediaan memasuki Bulan Ramadhan Al-Mubarak.. 💕

Niat untuk sebulan ni hanya boleh di Niatkan pada malam pertama dalam Bulan Ramadhan sahaja insyaAllah..

Semperit Susu , versi Anzalna (rangup diluar cair di dlm mulut)resepi by sis ola Lola (ubahsuai by me😁😁)250 gm buttercup...
13/03/2020

Semperit Susu , versi Anzalna (rangup diluar cair di dlm mulut)
resepi by sis ola Lola (ubahsuai by me😁😁)

250 gm buttercup (suhu bilik tp jgn smpi lembik sgt nnti Bunga x cntik)
50 gm gula icing (1/4 cwn) - gula pasir yg dikisar halus pun blh
120 gm susu pekat manis (1/2 cwn)
400 gm tepung jagung
30 gm tepung kastard (1/4 cwn)
1 sd teh esen vanilla
Choc chip utk hiasan

Cara2 ;
Masukkan butter & gula .kacau sebati guna senduk je.
Masukkan susu pekat manis & esen vanilla, kacau sebati.
Satukan tepung jagung & tepung kastard. Masukkan dlm adunan. Gaul dgn tangan hingga jd doh yg lembut.
Bahagikn doh kpd 3 bhgian. Satu adunan warna pink, satu adunan warna ungu, satu adunan lg x perlu letak pewarna.
Ambil sedikit adunan dari ketiga2 warna, satukan. Masukkan dlm acuan semperit. Tekan atas dulang pembakar . Letakkan coklat chip.
Bakar suhu 180°c 20-25 min api atas bawah.
*Adunan ni saya blh dpt 100++bj ..
*rasa sedap x manis sgt, balance dgn rasa susu ..

Resepi Beryls Chocolate Cornflakesbiskut raya paling mudah skali nak buat..tanpa menggunakan oven..Bahan2nya:*Beryls Dar...
10/03/2020

Resepi Beryls Chocolate Cornflakes

biskut raya paling mudah skali nak buat..tanpa menggunakan oven..

Bahan2nya:

*Beryls Dark Compound Chocolate.
*Beryls Milk Compound Chocolate.
*Cornflakes(brand apa apa jer..).
*Coco Butter.
*Chocolate Chip/chocolate rice/badam(utk hiasan,ikut kita nak boh apa).

Caranya:

-Cairkan coklat + coco butter secara double boiler.

-Apabila coklat dh cair angkat dan gaulkan cornflakes hingga rata.

-Kemudian sudukan cornflakes yg dh siap digaul bersama coklat tadi kedalam cup kecil.

-Setelah itu biarkan cornflakes coklat kita diatas meja tanpa kena kipas angin...biasa saya biarkan selama 5jam diluar n keras tanpa masuk kedalam peti ais..kemudian...siap!!

kredit: nur syazwani ezatty

Resepi Biskut Semperit Lagi?Bahan2 :250 gm butter 2 biji kuning telur1 cwn gula aising 1 cwn tepung jagung1 1/2 cwn tepu...
06/03/2020

Resepi Biskut Semperit Lagi?

Bahan2 :
250 gm butter
2 biji kuning telur
1 cwn gula aising
1 cwn tepung jagung
1 1/2 cwn tepung kastard
2 1/2 cwn tepung gandum
1 sudu teh esen vanilla
ceri merah secukupnya (utk 90 - 100 biskut )

Cara2:
1. Kacau butter,gula,telur, & esen vanilla kacau sebati dgn menggunakan senduk kayu
2. Masukkan semua jenis tepung,sedikit2 & uli hingga jadi doh
3 .Terap menggunakan acuan semperit,dan hias dgn ceri merah
4. Akhir sekali,bakar pd suhu 180'c api atas bawah selama 15 -20minit

Nota:
1. Sukatan 1 cwn= 100gm
2. Warna tepung kastard memainkan peranan kpd keserian biskut.Ada kalanya tepung kastard bewarna pudar,sy syorkan tepung kastard jenama nona @ bird custard
3. Petua supaya bunga tak jatuh selepas bakar,letakkan aduan yg sudah diterap dibawah kipas biar terkena angin selama 15 minit
========================================
Dikongsi Oleh: Siti Hajar Hashim

Swiss Tart Cookies 🍓🍓🍓Bahan-bahan :🍪 150 gram butter🍪 50 gram gula icing (diayak) 🍪 150 gram tepung gandum (diayak) 🍪 50...
05/03/2020

Swiss Tart Cookies 🍓🍓🍓

Bahan-bahan :

🍪 150 gram butter
🍪 50 gram gula icing (diayak)
🍪 150 gram tepung gandum (diayak)
🍪 50 gram tepung jagung (diayak)
🍪 sedikit esen vanilla
🍪 strawberry filling

**kalau nak buat banyak,boleh gandakan adunan

Cara-cara :

1) Putar butter dan gula icing hingga kembang
2) Masukkan esen vanilla. Putar lagi
3) Masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Putar lagi hingga sebati dan tidak berketul. Adunan ni lembik sedikit, tak seperti cookies yang lain ye.. Sebab adunan ni kita nk piping dan guna nozzle. Tu pasal adunan lembik.
4) Masukkan adunan kedalam piping bag dan guna nozzle no 22 .
5) Alas dgn parchment paper, silicon mat atau loyang yang disapu butter.
6) Piping satu2 hingga habis. Piping strawberry filling ditengah² .
7) Bakar dgn suhu 150 darjah selama 20 minit atau hingga masak. Adjust ikut oven masing2

credit : Anith Syazwani‎

Address

Kuala Lumpur
57100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ammar Cookies posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share