Nutricity Setiawangsa

Nutricity Setiawangsa 🌿 Healthy Morning Boost
⚡ Energy tanpa heavy & crash
🥤 Quick breakfast untuk busy lifestyle
📍 Setiawangsa (Pickup available)

Wellness Coach - membimbingan pemakanan sihat dan turun berat badan.

🥤 Kami blend fresh, sedap dan creamy… khas untuk anda. ❤️Bukan sekadar nampak sedap, setiap cawan disediakan untuk memba...
10/07/2026

🥤 Kami blend fresh, sedap dan creamy… khas untuk anda. ❤️

Bukan sekadar nampak sedap, setiap cawan disediakan untuk membantu anda mulakan hari dengan lebih baik.

✅ 10g protein (option hingga 20g protein)
✅ Dipenuhi nutrisi harian
✅ Mengenyangkan lebih lama
✅ Membantu anda kekal bertenaga sepanjang hari

Badan kita bekerja setiap hari. Berikan ia nutrisi yang baik untuk menyokong aktiviti harian, bukan sekadar mengisi perut. 😊

📍 Nutricity Setiawangsa
⏰ Isnin – Jumaat | 8.00 pagi – 2.00 petang

🌿 Datang untuk sarapan…
🍽️ Atau singgah makan tengah hari bersama kami.

Dine-in atau takeaway, pilihan di tangan anda. Jumpa anda di Nutricity Setiawangsa! ☺️

07/07/2026

✨ Sarapan sihat. Minuman bertenaga. Suasana yang tenang. ☕🥤

Kalau selama ni tertanya-tanya Nutricity Setiawangsa kat mana, kami betul-betul sebelah Secret Recipe. 😊

📍Naik ke Tingkat 2.
Jumpa anda di atas! 💚

Pagi ni saya terbaca satu soalan di Threads:"Dalam 5–10 tahun akan datang, industri apa yang akan mendominasi ekonomi Ma...
15/06/2026

Pagi ni saya terbaca satu soalan di Threads:

"Dalam 5–10 tahun akan datang, industri apa yang akan mendominasi ekonomi Malaysia?"

Banyak jawapan menarik.

Tapi satu jawapan yang betul-betul membuat saya terdiam seketika:

"Dialysis Centre."

Jujurnya, saya tak jangka jawapan itu.

Tetapi bila difikirkan semula, ia sangat masuk akal... dan sangat menyedihkan.

Hari ini semakin ramai rakyat Malaysia berdepan masalah obesiti, diabetes, tekanan darah tinggi dan penyakit buah pinggang.

Dialysis centre bukan berkembang kerana masyarakat semakin sihat.

Ia berkembang kerana semakin ramai yang sakit.

Lebih menyedihkan, kebanyakan masalah ini tidak berlaku dalam semalam.

Ia terbina sedikit demi sedikit melalui gaya hidup harian:
- kurang bergerak,
- makan berlebihan,
- minuman bergula,
- kurang tidur,
- dan sikap "nanti dulu" terhadap kesihatan.

Ramai antara kita tahu apa yang perlu dilakukan.

Tetapi pengetahuan tanpa tindakan tidak mengubah apa-apa.

Kadang-kadang kita berada dalam fasa penafian. Kita rasa penyakit serius itu berlaku kepada orang lain, bukan kepada kita.
Sehinggalah suatu hari bacaan gula naik.

ATAU Bila ia berlaku pada kita, kita nafikan amalan sendiri lah yang mengakibatkan seorang itu mendapat penyakit diabetes.

Sehinggalah doktor mula bercakap tentang ubat.

Sehinggalah buah pinggang mula menunjukkan tanda-tanda kerosakan.

Saya bukan menulis ini untuk menakutkan sesiapa.

Saya menulis kerana saya benar-benar berharap jawapan "dialysis centre" itu tidak menjadi ramalan yang tepat untuk masa depan negara kita.

Kesihatan bukan sesuatu yang kita hargai apabila hilang.
Kesihatan adalah sesuatu yang perlu dijaga ketika kita masih memilikinya.

Hari ini masih belum terlambat untuk mula berjalan lebih banyak, makan lebih baik, minum lebih banyak air, kurangkan gula, dan mengambil tanggungjawab terhadap kesihatan diri sendiri.

Kerana masa depan kita sedang dibina oleh pilihan yang kita buat setiap hari.

Jom buat perubahan.

Join komuniti sihat Nutricity Setiawangsa

Pagi yang baik bermula dengan sarapan yang baik ☀️Kadang-kadang kita bukan tak makan sarapan… cuma pilihan sarapan itu y...
11/06/2026

Pagi yang baik bermula dengan sarapan yang baik ☀️

Kadang-kadang kita bukan tak makan sarapan… cuma pilihan sarapan itu yang menentukan macam mana badan rasa sepanjang hari.

✨ Ringan di perut
✨ Membantu rasa kenyang lebih lama
✨ Ada protein untuk menyokong keperluan harian
✨ Tak rasa terlalu berat atau mengantuk selepas makan

Sambil sembang-sembang dengan kawan, sambil nikmati sarapan yang sedap dan menyenangkan. 😊

Kalau anda di kawasan Setiawangsa, singgahlah cuba sendiri.

📍 Nutricity Setiawangsa
⏰ Isnin – Jumaat
8.00 pagi – 11.30 pagi

Belum cuba, belum tahu 😉

02/06/2026

🌿 Sarapan Sihat, Minuman Bertenaga 🌿

Mulakan pagi dengan pilihan yang lebih baik.

🥤 Nutritional Shake
⚡ Power Drink
😊 Ringan, mengenyangkan & menyegarkan

Jom singgah ke Nutricity Setiawangsa.

📍 Setiawangsa, Kuala Lumpur
🕗 Isnin – Jumaat | 8:00am – 11:30am

Sihat hari ini, lebih baik esok! 💚

Selamat Hari Raya Eidul Adha 🌙✨Raikan hari penuh keberkatan ini dengan kesyukuran, kasih sayang dan juga pemakanan berpa...
26/05/2026

Selamat Hari Raya Eidul Adha 🌙✨

Raikan hari penuh keberkatan ini dengan kesyukuran, kasih sayang dan juga pemakanan berpada 😊

Hari raya bukan bermaksud kena “balas dendam makan” ya 😄
Nikmati juadah bersama keluarga, tapi jangan lupa jaga kesihatan diri juga ❤️

Semoga Eidul Adha kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan kebahagiaan buat semua 🤲

Nampak macam air biasa je kan? 😊Tapi dalam satu cup ni ada:✔️ 18g protein**✔️ Hanya 250 kcal✔️ Karbohidrat sihat✔️ Lemak...
21/05/2026

Nampak macam air biasa je kan? 😊
Tapi dalam satu cup ni ada:

✔️ 18g protein**
✔️ Hanya 250 kcal
✔️ Karbohidrat sihat
✔️ Lemak sihat
✔️ Vitamin & mineral penting

Yang best…
Kenyang lebih lama, tenaga lebih stabil & bantu kawal craving 😋

Sesuai untuk:
• Breakfast cepat tapi padat nutrisi
• Busy people
• Yang nak jaga berat badan
• Yang selalu skip breakfast

Bila badan dapat nutrisi cukup waktu pagi, kita rasa lebih ringan & lebih bertenaga sepanjang hari 💪

Datang try sendiri 😊 Minum baru faham kenapa ramai repeat every morning ☕✨

Isnin - Jumaat
8:00am - 11:30am

**18g protein dengan 1 scoop F3 & tambahan soy milk.

19/05/2026

Take away
Dine in
Ok je. Asal dapat good nutrition.
Nutricity Setiawangsa
Mon-Fri
8:00am to 11:30am

Jom cuba!

Sarapan bukan sekadar kenyang… tapi apa yang badan kita dapat untuk mulakan hari 💪✨Combo ni ramai s**a sebab:🥤 Kenyang l...
15/05/2026

Sarapan bukan sekadar kenyang… tapi apa yang badan kita dapat untuk mulakan hari 💪✨

Combo ni ramai s**a sebab:
🥤 Kenyang lebih lama
⚡ Tenaga lebih stabil, tak cepat crash
✨ Ada collagen untuk kulit & kesegaran
🛡️ Lengkap dengan nutrisi untuk support badan setiap hari

Kadang-kadang kita busy… sampai breakfast pun main belasah je 😅 . Tapi bila badan mula rasa ringan, lebih bertenaga dan tak cepat lapar… baru faham beza sarapan padat nutrisi 👍

Singgah try sendiri di Nutricity Setiawangsa 😊

Healthy breakfast yang sedap, mudah dan mengenyangkan.

📍 Nutricity Setiawangsa
⏰ Isnin – Jumaat | 8:00am – 11:30am

Belum cuba belum tahu 😉

Sarapan simple… tapi kenyang lama 😋Rasa ringan, lebih bertenaga & tak mudah mengantuk lepas makan 👍Kalau pagi-pagi tak s...
14/05/2026

Sarapan simple… tapi kenyang lama 😋

Rasa ringan, lebih bertenaga & tak mudah mengantuk lepas makan 👍

Kalau pagi-pagi tak sempat makan berat, boleh singgah ambil healthy meal dekat Nutricity Setiawangsa 😊

⏰ Isnin – Jumaat
8:00am – 11:30am
(Kami serve breakfast je 😄)

Belum cuba, belum tahu 😉 Jom singgah!

Address

27-2, Jalan Setiawangsa 9, Taman Setiawangsa
Kuala Lumpur
54200

Telephone

+60126181095

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nutricity Setiawangsa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Nutricity Setiawangsa:

Shortcuts

Share

Category