06/03/2026
Bismillahi Alhamdulillah.
Gais... La Pizza Yolo dah ada cafe gais. Macam mimpi tau π₯Ί
Setelah setahun kami berniaga dari rumah, Alhamdulillah dengan izinNya kami dah berpindah masuk ke sebuah mini cafe di Kuala Ampang awal Feb haritu.
Direzekikan dengan owner yang sangat baik, sangat tak berkira, mudah berurusan. Direzekikan dengan tempat yang di tengah bandar, dekat dengan rumah. Aturan Allah cantik sangat.
Betullah, Allah ganti suatu benda yang kita fikir untuk kita, tapi bukan, dengan sesuatu yang lebih baik. Sebab asalnya kami nak masuk cafe lain, tapi mungkin tempat tu rezeki orang lain.
Terima kasih buat semua customer kami, family, kawan kawan yang tak putus support kami dari awal niaga, dari pizza bentuk oval, bentuk square, bentuk tak berapa nak bulat.
Terima kasih kerana percaya pada kami, sukakan pizza kami, sentiasa ingat pada kami. Buat regular customer kami semua, kami ingat korang. Tanpa anda semua, kami tak akan dapat kekuatan dan dorongan untuk melangkah kehadapan, buka cafe sendiri.
InsyaAllah, banyak plan kami untuk cafe kami ni. Slowly but surely, kita buat cafe ni port makan korang yang baru, yang best, cozy, chill, selesa. Yang penting, family & kids friendly!
Kalau korang ada idea untuk cafe kita, roger tau!
Kami dengan rendah hati menjemput anda semua datang memeriahkan cafe kami π₯°
Salam Jumaat semua β€οΈ
πLa Pizza Yolo, 21 Jalan Awan, Kuala Ampang (5 minit dari Ampang Point)
π² Wasap.my/60132217020