26/05/2025
Zaki Bijak Kayak Solo 550km Sempena Ulang Tahun Ke-10 Cancer Fighter Malaysia
Jerantut, 26 Mei – Dalam satu misi penuh semangat dan ketabahan, Zaki bijak mencabar diri mengharungi Sungai Jelai secara solo dengan berkayak sejauh 550 kilometer dari Cameron Highlands ke Pekan, Pahang yang telah bermula pada 23 May .
Perjalanan ekstrem yang dijangka mengambil masa selama 9 hari itu dilakukan sempena memperingati ulang tahun ke-10 penubuhan Cancer Fighter Malaysia, satu komuniti sokongan pesakit kanser yang aktif di Malaysia.
Apa yang lebih mengagumkan, misi ini dijalankan tanpa sebarang penajaan. Zaki membiayai sepenuhnya kos ekspedisi ini daripada poket sendiri sebagai tanda penghormatan kepada perjuangan pesakit kanser serta waris mereka.
“Mereka yang melawan kanser menempuh kesakitan setiap hari. Saya munkin hanya berkayak 9 hari atau lebih, itu belum cukup untuk menyamai semangat mereka, tapi sekurang-kurangnya ini sumbangan kecil saya untuk memberi inspirasi,” katanya sebelum memulakan perjalanan.
Ekspedisi solo ini turut bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya sokongan moral dan komuniti bagi pesakit kanser serta memberi semangat kepada pejuang dan bekas pesakit untuk terus kuat dalam kehidupan seharian..
Zaki Bijak Pengasas Cencer Fighter Malaysia. Cancer Bukan Tiket Untuk Mati.
Takbernama