Burger Kukus Samudera

Burger Kukus Samudera Menjual Burger berkonsepkan Kukus & Panggang (Steam & Grill)

Kami adalah salah satu "Rakan Niaga" kepada Burger Kukus Jalan Rejang (BKJR) yang beroperasi di Taman Samudera Batu Cave.

We will be Opening SOON ! The Burger RETURN
21/10/2013

We will be Opening SOON ! The Burger RETURN

Jg lupa niat puasa yer.. :)
09/07/2013

Jg lupa niat puasa yer.. :)

Selamat menyambut Ramadhan dari crew Burger Kukus Samudera.
09/07/2013

Selamat menyambut Ramadhan dari crew Burger Kukus Samudera.

03/06/2013

Assalamualaikum... pada semua rakan fb dan pelanggan setia kami, untuk makluman semua, kami akan menghentikan perniagaan kami buat sementara untuk menaik taraf serta memindahkan lokasi perniagaan kami ke tempat baru bermula 10 Jun 2013.

Memandangkan bulan Ramadhan akan tiba tidak lama lagi dan para chef kami juga mempunyai beberapa komitmen yg perlu diselesaikan seperti pengambilan sijil Kulinari dan lain2. Burger Kukus Samudera akan berhenti beroperasi buat sementara waktu. Terima kasih kerana menyokong kami.

Jom Serbu kami sebelum penutupan sementara ini...!!! Kami menanti anda.. :)

31/05/2013

Kisah Duit Syiling dan Batu

TINGG!

Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.

TINGG!

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya. Lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan di sekelilingnya. Tiada siapa yg berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama, dia mengambil dan menyimpannya.“Rezeki aku!” kata lelaki itu dalam hati.

Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu. Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.

Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan, cuba memanggil itu yg berada pada aras paling bawah.Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan,dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.Lantas, ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu. Setelah merasa sakit dan terganggu ,lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi. Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

P/s : Sahabat sekalian, kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta. Tanpa sedar, Allah sering menjatuhkan ‘syiling’ lambang rezeki, rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita. Tuhan menjatuhkan ‘syiling’ itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya.Tetapi, kita acap kali lalai untuk ‘mendongak’ ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi, apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu Dia jatuhkan p**a ‘batu’ yg berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak,menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita..

Burger kami tak menggunakan planta yg biasa. Tapi juga mengandungi garlic. Jom serbu..
13/05/2013

Burger kami tak menggunakan planta yg biasa. Tapi juga mengandungi garlic. Jom serbu..

Kami sudah mula beroperasi ! Tgk ni first customer kami petang2 mcm ni dah layan Supreme Ayam ! Tabik spring laa kak !! ...
06/05/2013

Kami sudah mula beroperasi ! Tgk ni first customer kami petang2 mcm ni dah layan Supreme Ayam ! Tabik spring laa kak !! Korg tana cuba ke ? Hehe

Mai pekene benjo untuk alas perut malam ni kejap lg boleh bedal Burger Supreme plak . Layannn
05/05/2013

Mai pekene benjo untuk alas perut malam ni kejap lg boleh bedal Burger Supreme plak . Layannn

Apa anda rasa bila tengok gambar ni?? Komen please... :)
03/05/2013

Apa anda rasa bila tengok gambar ni?? Komen please... :)

Leaflet - in the makingTunggu..... :)
03/05/2013

Leaflet - in the making

Tunggu..... :)

30/04/2013
Jom cuba nama Ninja kita.. :)Zumezushi Arikarindotekushika
29/04/2013

Jom cuba nama Ninja kita.. :)

Zumezushi Arikarindotekushika

Address

Jalan Samudera Utara
Kuala Lumpur
68000

Opening Hours

Monday 16:00 - 00:00
Tuesday 16:00 - 00:00
Wednesday 16:00 - 00:00
Thursday 16:00 - 00:00
Friday 16:00 - 00:00
Saturday 16:00 - 00:00
Sunday 16:00 - 00:00

Telephone

+60196222642

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Burger Kukus Samudera posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share