Soto Parit Sulong - KL

Soto Parit Sulong - KL Soto Parit Sulong-KL(002246082-K). Menerima tempahan menu Malay Style, Sup Station, Ala Carte dan Western sekitar KL.

Kadangkala kita perlu pekak dan bisu dari dengar apa orang kata. Mulut orang ni bukan semuanya nak cakap yang baik-baik....
13/11/2021

Kadangkala kita perlu pekak dan bisu dari dengar apa orang kata. Mulut orang ni bukan semuanya nak cakap yang baik-baik.

Jangan ambil pusing kata-kata orang.
Maju terus. Jangan mundur!

Gambar sekadar hiasan

17/01/2021
19/11/2020

Assalamualaikum hai guys..Rindu nk merasai keenakan sup Ipoh n sambal kicap + fucuk goreng keluaran SNK FOOD INDUSTRIES?Mai sini sis nk promote skit product 💯% keluaran bumiputera,di jamin Halal & Bersih..Korang akan berpuas hati merasakan kenikmatan sup Ipoh meletop kebabom ni & sambal kicap padu berapi + fucuk goreng mantop kerangupannye...utk sebarang pertanyaan @ nak order boleh pm sis okey 😉..

INSTANT SERBUK IPOH SUP(200G) RM15
SAMBAL KICAP PADU(260G) RM15
FUCUK GORENG(50PCS) RM13

AGEN & DROPSHIP DIPERLUKAN SETIAP NEGERI



😊
💪😎

📣📣Assalamualaikum wbt..sambal kicap,instant serbuk Ipoh sup dan fucuk is back..sesiapa yg lama mengidam nk makan dan nk ...
09/11/2020

📣📣Assalamualaikum wbt..sambal kicap,instant serbuk Ipoh sup dan fucuk is back..sesiapa yg lama mengidam nk makan dan nk buat sendiri dkt rumah boleh grab produk ni..guna air panas coway pon bolehh..

❤️Tinggalkan di ruangan komen sy nak grab..

Sambal kicap rm15(250g)
Instant serbuk Ipoh sup(200g) rm15
Fucuk goreng 50pcs rm13

Pre order produk viral,sebotol hanya rm15..tinggal di ruang komen,sy nakk✌️
19/10/2020

Pre order produk viral,sebotol hanya rm15..tinggal di ruang komen,sy nakk✌️

done hantar bihun ipoh sup dkt menara fgv pagi td
23/12/2019

done hantar bihun ipoh sup dkt menara fgv pagi td

Bagaimana kau nk jual 2000pcs chic chop setiap hari??1.set dlm minda aku pasti boleh2.cari seberapa b*k kedai/peniaga/ca...
15/04/2019

Bagaimana kau nk jual 2000pcs chic chop setiap hari??

1.set dlm minda aku pasti boleh
2.cari seberapa b*k kedai/peniaga/cafe/agen/pelanggan yg boleh
3.sehari 100pcs x 20kedai.buat secara online@offline
4.billboard bergerak
5.saleteam yg power yg bantu kau iklankan produk dlm mudah/youbeli/lazada/ shopee/running ads
6.naik taraf sistem yg ada mcm kau guna tng e wallet..sgt mudah dan xnyah pikir pjg
7.jgn putus asa,sebab setiap hari org nk makan..so jgn risau..kalau dah sedap,org mesti cari produk kita..

p/s: Berdoa dan setiap lepas semayang cube kau memuji2 nama allah swt..dan sebut laa inna haza larizkuna ma lahu min nafad(sesungguhnya inilah rezeki daripada kami yg tiada habisNYA)

27/02/2019

asalamualaikum wbt temen-temen..

16/09/2018

PERINCIAN RINGKAS BAGAIMANA INGIN MEMULAKAN BISNES PRODUK (MAKANAN) SENDIRI DENGAN MODAL =< RM10,000

Berikut adalah cadangan bagaimana kita mahu pecahkan modal RM10,000 tersebut :
* Jika modal RM5k / RM20k / RM50k atau RM100k sekalipun, boleh guna ratio percentage seperti dibawah :

1. Premis = rumah sendiri - 0%
2. Mesin & Alatan = < RM1,000 - 10%
3. Bahan Mentah = RM2,000 - 20%
4. Pakejing = RM500 - 5%
5. Alat Pemasaran = RM1,000 - 10%
6. Iklan = RM2,500 - 25%
7. Logistik = RM600 - 6%
8. Komunikasi = RM400 - 4%
9. Utiliti = RM200 - 2%
10. Sample produk = RM300 - 3%
11. Tunai di tangan = RM1,500 - 15%
================================
JUMLAH RM10,000 100%
================================

Disclaimer :

** Kaedah ini amat sesuai jika kos bahan mentah atau (cost of good sold) setiap produk tak melebihi RM5.00

** Kaedah ini adalah cadangan berdasarkan pengalaman penulis sendiri (CEO D'Apple) dalam fasa pertama memasarkan produknya sendiri. Bukan suatu formula yang wajib diikuti..

** Game permulaan tidak sama dengan game pengembangan. Kaedah ini cadangan untuk permulaan bisnes. Tempoh cadangan - 3 bulan.

1. Premis
Ambil satu ruang dalam rumah untuk proses produksi. Sewa = 0.

2. Mesin & Peralatan (RM1,000)
Pada peringkat permulaan, jangan habiskan lebih dari 10% dari modal awalan untuk mesin dan peralatan. Jika boleh buat manual, buat manual dulu.

3. Bahan Mentah (RM2,000)
Produk tidak perlu banyak pada peringkat permulaan. Yang kita mahu adalah berapa kerap produk itu dapat dipusing (rolling), bukan berapa banyak produk ini ada dalam stor. Peringkat pertama, jualan mesti TUNAI. Cadangan saya stok pertama tak perlu lebih 20% dari modal awal.

4. Pakejing (RM500)
Pakejing sangat-sangat penting. Keinginan pembeli untuk membeli pada fasa pertama adalah bergantung pada pakejingnya. Cadangan saya 5% @ RM500 dari modal awalan adalah untuk PEMBANGUNAN pakejing. Dari RM500 tu, ambil sebahagian dari bajet itu untuk upah designer buat design pakejing. Jika anda tidak pandai, serahkan pada designer buat design pakejing anda. Bayar kepakaran mereka. Biasanya dalam RM300-RM400 untuk satu design.

Buat pakejing cantik-cantik namun jangan p**a melibatkan kos yang terlalu tinggi, lebih tinggi dari kos produk sebenar. Jangan p**a mahal tali daripada lembu.

5. Alat Pemasaran (RM1,000)
+ 2 helai t-shirt korporat RM60
+ 1 box kad bisnes RM30
+ 1 set Sales Kit (katalog & profile) RM20
+ 20 helai banting RM400
+ 1 helai banner RM150 (letak depan rumah)
+ 2,500 helai flyers RM340

6. Iklan (RM2,500)
Bab ni paling penting. Kebanyakan dari pengusaha kita pandai buat produk tapi tak pandai jual atau pasarkannya. Cadangan saya, buat iklan fb ads bajet RM30 sehari, perkenalkan produk, pilih women only dulu dan setkan hanya kawasan radius 30-40 km sekitar. Satu bulan = RM900 x 2 = RM1,800. RM30 sehari lagi set ads untuk jualan atau delivery.

* Bisnes pada peringkat permulaan ni memerlukan untuk kita buat penghantaran. Lagi rendah kos penghantaran lagi baik.

Baki RM700 iklan standby untuk fb ads jika bajet RM1,800 kurang berkesan.

Tiada iklan, tiada jualan. Sekurang-kurangnya 25% dari jumlah keseluruhan modal awal mesti pergi kepada iklan untuk pengenalan dan jualan. Tiada jualan, tiadalah perniagaan kita. Sebab tu peruntukan kepada iklan adalah yang tertinggi.

7. Logistik (RM600)
Bajet RM600 atau RM20 sehari adalah untuk tampung kos delivery dan kos marketing (hantar stok ke outlet). Untuk cover kawasan beradius 30 km, kos logistik RM20 sehari sudah mencukupi.

8. Komunikasi (RM1,000)
Kos untuk topup dan data selama sebulan RM400. Baki RM600 untuk beli hand phone second hand + satu nombor baru. Nak berbisnes, tidak digalakkan untuk campurkan no khas perniagaan dengan nombor peribadi. Banyak masalah akan timbul.

9. Utiliti (RM200)
Kos elektrik dan air untuk proses di rumah

10. Sampel Produk (RM300)
Sediakan bajet 3% untuk free sample kepada prospek yang punya peluang tinggi untuk jadi pelanggan tetap kita.

11. Tunai di tangan (RM1,500)
15% stand by tunai untuk kegunaan tak terjangka.

-----------------------------------------

Bagaimana nak laksanakannya?
(Tempoh cadangan : 3 bulan)

1. Siapkan produk dengan pakejing yang menarik. Ambil gambar pelbagai sudut dengan hasil yang menarik dan menggiurkan. Jangan lupa buat page khas untuk produk.

2. Siapkan produk dalam jumlah minima. Contoh, prepare stok dalam 150 - 200 unit (untuk consignment). Yang lain jual secara tunai.

3. Cari 10 outlet paling berpotensi. Letak produk secara consignment. Tinggalkan kad bisnes, flyer dan banting di 10 outlet tersebut. (Jika mampu jual secara tunai, lebih baik jualnya secara tunai.. saya cadangkan 'consignment' atas sebab ;

i. Produk baru dan

ii. Memudahkan produk tembusi outlet berkualiti jika letak dulu, bayar kemudian. Pada fasa ini, kita lebih memerlukan mereka (outlet) dari mereka memerlukan kita.

4. Cetak list nama 10 outlet tersebut pada kertas A5 (jimat sikit) dan fotostat (bersama info produk). Edar kepada pelanggan dalam radius 10km dari sekitar outlet.

5. Guna gambar produk yang seksi tadi dan iklan dalam facebook. Satu iklan untuk jualan dan satu iklan untuk perkenalkan list outlet yang kita letak produk secara consignment tadi. Buat fb ads.

6. Viral kan dalam wassap group juga.

7. Tengok pergerakan dan sambutan pelanggan di outlet dan facebook. Jual dengan harga paling seksi dan menarik. Fasa ni kita nak tahu feedback pelanggan berkenaan produk kita. Feedback pelanggan sangat mahal nilainya. 'Survival' kita bergantung kepadanya.

8. Jika ada feedback yang mewakili 50% dan ke atas (pelanggan yang telah mencuba produk kita) meminta melakukan perubahan pada produk, maka berusahalah untuk perbaikinya. Jangan syok sendiri..

9. Selepas kritikan berkurangan dan 'repeat order' semakin banyak, waktu inilah baru kita boleh bersedia untuk membuat 'production' lebih sedikit namun masih mengikut kapasiti atau keupayaan semasa.

10. Jangan terburu-buru untuk terus buat secara besar-besaran. Bermula dengan test market dulu. Tunggu hingga 70% pelanggan boleh terima produk kita dahulu

11. Buat produk delivery. COD atau kurier.

Hasil jualan nasi goreng chicken chop 200pinggan arini!!!!Minat berniaga,mulakan impian disini..grab now!!!!Pakej set be...
09/08/2018

Hasil jualan nasi goreng chicken chop 200pinggan arini!!!!

Minat berniaga,mulakan impian disini..grab now!!!!

Pakej set berniaga xl chicken chop(RM1500)
-stall lipat x1(4x2)
-dapur gas x1
-gas regulator head x1
-strainer x1
-short tong x1
-long tong x1
-yellow tray x1
-plastic bag x1
-handglove x1
-foam box x1
-bahan mentah(50pcs ayam+50 pcs sos frozen)
(25pcs ayam grill&25ayam bread crum)
-strategi dan marketing akan diajar

http://xlchickenchop.wasap.my/

Bersempena hari raya yg bakal menjelma apakata anda menjamu sanak saudara serta kenalan dengan hidangan yg pasti memikat...
02/06/2018

Bersempena hari raya yg bakal menjelma apakata anda menjamu sanak saudara serta kenalan dengan hidangan yg pasti memikat hati

Address

Depan UKPTM
Kuala Lumpur
56100

Opening Hours

Monday 07:30 - 16:00
Tuesday 07:30 - 16:00
Wednesday 07:30 - 16:00
Thursday 07:30 - 16:00
Friday 07:30 - 16:00

Telephone

+60122373341

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Soto Parit Sulong - KL posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share