24/04/2019
SPECIAL BURGERS FOR SPECIAL PERSON
Selama 3 hari kami di UM, bermacam-macam orang datang ke booth kami untuk merasai Burger Bakar kami yang murah dan barkah. Pelajar, pensyarah, staf dan pelawat dari pelbagai latar belakang singgah untuk support kami.
Tapi yang buat kami terharu apabila insan istimewa ni sanggup beratur untuk rasa burger kami. Beliau beratur ok?! Walau dengan kerusi roda, beliau beratur untuk beli 2pcs dan 1pcs .
Alhamdulillah sambutan di UM sangat memberangsangkan dan kami bersyukur dapat serve burger kami kepada warga UM yang mungkin jauh untuk mereka datang ke HQ kami.