10/07/2026
FAQ KURSUS KAHWIN YANG RAMAI BAKAL PENGANTIN SELALU TANYA β PART 2
Sambungan FAQ sebelum ini.
Ramai juga pasangan dan bakal pengantin nak tahu pasal perkara-perkara ni.
Soalan nombor 4 ni adalah perkara yang paling banyak Urus Setia terima setiap minggu.
Q1: Siapa yang layak masuk kursus kahwin?
Kursus kahwin ini TERBUKA BUKAN HANYA kepada bakal pengantin sahaja.
Ianya juga terbuka kalau korang masih SOLO, masih BUJANG atau MASIH BELUM nak kahwin.
Juga kat korang yang sudah ada pasangan - tetapi masih belum ada tarikh nikah.
Korang boleh ambil peluang sertai kursus kahwin dan dapatkan sijil kursus kahwin awal-awal.
Ini kerana sijil kursus kahwin ini TIADA EXPIRY DATE.
Kalau korang dapat sijil kursus kahwin nanti, simpan elok-elok sampai korang sampai jodoh atau nak nikah nanti.
Q2: Boleh ke datang kursus kahwin seorang diri tanpa pasangan.
BOLEH JE. Tak ada masalah.
Boleh datang seorang.
Tapi paling bagus datang berdua supaya ada perkara penting perkahwinan yang pasangan terus boleh bincang kat situ.
Kalau ada masalah atau kemusykilan, dua-dua boleh terus mengadap penceramah minta nasihat dan solusi.
Jadi, banyak perkara yang boleh selesai sebelum pasangan melangkah keluar dari sewan kursus kahwin.
Q3: Dokumen apa yang saya perlu bawa bila hadir kursus kahwin?
Tak perlu bawa dokumen itu ini. Cukup bawa IC atau PASSPORT asal sahaja.
Q4: Nak pakai macam mana bila hadir kursus kahwin nanti?
Tak susah.
Peserta lelaki β KASUAL dan SOPAN. Tapi dilarang pakai cap, topi, subang, gelang, rantai atau pakai jeans lusuh
Peserta perempuan β SOPAN dan TUTUP AURAT. Wajib bertudung (paling bagus kalau berbaju kurung atau berjubah). Dan dilarang pakai seluar dan pakaian ketat).
-----
Daftar awal, dan nikmati proses menuju hari bahagia awak dengan tenang tanpa rasa terburu-buru.
WhatsApp kami sekarang untuk semak tarikh & slot Kursus Kahwin Danau Kota.
Jom mulakan langkah pertama menuju rumah tangga yang bahagia! π€
---
WhatsApp bila-bila masa: 013 4133343 (LINK WHATSAPP, https://kursuskahwindanaukota.wasap.my)
Laman web: Kursus kahwin Danau Kota, www.KursusKahwin.net